Selasa, 21 Disember 2010

PM dan TPM panas punggung gara-gara 'Program 100 Hari PR'

Rasa nak tergelak pun ada tengok kenyataan dua orang pemimpin negara ulas 'program 100 hari PR' bila dah berjaya tawan Putrajaya.Antara kandungan 100 hari PR jika dapat tawan Putrajaya ialah heret perasuah ke mahkamah, hapuskan ISA, jadikan polis, fru, SPRM sebagai betul-betul bebas daripada dipengaruhi mana-mana pihak dan hapuskan tol di lebuhraya.

Awat TPM Muhyiddin Yaasin dan PM Najib jadi macam cacing kepanasan, tak senang duduk dengan 100 hari PR perintah Malaysia.Saya senang ja kalau PR perintah Malaysia tak buat apa yang depa cakap kita pakat ramai-ramai turunkan PR lepas tu kita gantikan dengan puak-puak lain. Senang ja bukan payah pun! Ni dak baru buat cadangan tapi dua orang pemimpin Umno dah tak senang duduk pasai apa, takut apa?Kalau tak salah buat apa nak takut? Takut kalah ka dengan idea 100 hari PR perintah Malaysia?

Selangor selama 50 tahun diperintah Umno-Bn, bila tiba giliran PR ambik alih Selangor tak terbayang pun nak dapat air percuma 20 m3 percuma kira-kira RM11.90 sebulan.Umno -Bn tak boleh bagi tapi PR boleh bagi air percuma, dulu langsung tak ada yang free untuk rakyat semua kena bayar takkan Muhyiddin dan PM Najib tak nampak benda yang senang ni.Anak baru lahir di selangor dapat RM100 masuk tabung Tawas sebagai tabungan masa depan anak-anak. Ni semua Umno-Bn tak buat dulu.Pulau Pinang pulak boleh bagi bonus kepada kakitangan kerajaan negeri Pulau Pinang cepua pi cepua mai sampai jadi RM 1300 .Adakah ini menghairankan? Mak cik jual tom yam pun dok riuh barang naik harga dan kata, "saya rasa lega di Selangor dapat juga rasa air free dulu 5 duit pun tak rasa free."

Yang tak nampak semua ni hanya yang berfikir hidup hanya untuk Umno dulu, kini dan selamanya. Puak-puak ni memang tak nampak apa yang depa nampak ialah bila dah tak berkuasa kata hak Melayu dah hilang. Hak Melayu 5 duit pun tak hilang yang hilang ialah kroni-kroni yang dok sapu projek 50 tahun dulu sekarang dah papa kedana dek sombong dan megah dengan projek yang mereka dapat dulu.Tunjuk bukti kata hak Melayu hilang bila PR perintah di 4 negeri tak dapat nak tunjuk yang depa dok usung dan melalak kerana hilang projek dan kontrak kerajaan negeri.Rakyat lawan ISA depa sokong ISA lepas tu pakat jaja rata kampung kata nak pertahan Raja-raja Melayu yang kuasa Raja depa sendiri yang cabut dulu.Rakyat dan MB Selangor bangun lawan nak pertahan harga air di Selangor depa panggil polis dan fru sembur gas pemedih mata, sembur air asid , tembak gas pemedih mata dan tangkap rakyat masuk lokap ni memang kerja gila kerajaan Umno-BN!

Bila nak hilangkan bahang rakyat marah barang naik harga pakat tipu rakyat nak bina loji nuklear supaya setanding dengan India , Pakistan, Iran dan negara maju. Rakyat yang syok dengan gula-gula Umno rasa seronok sebab akan ada loji nuklear tahun 2021.Bahang radioaktif kesan daripada loji nuklear kepada rakyat jangan ambik kira! Woi tolong rakyat miskin dulu la, ni sekolah nak buka banyak pakai duit jangan dok merapu cakap nak buat loji nuklear nak tipu sapa ni?Nak buat loji nuklear apa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Jalla kata Malaysia dah nak bangkrap tahun 2019.Kata Felda bangkrap marah kata Malaysia nak bangkrap tak marah.Muhyiddin pun tumpang sekaki kata kalau buat kebajikan untuk rakyat PR perintah 100 hari Malaysia boleh boleh bangkrap. Ha ha ha.

Benda baru , cadangan yang baik untuk rakyat kita cuba dulu baru tau ok ka tidak . Ni dak tak buat lagi dah kata tak boleh.53 tahun dah rakyat kena tipu dengan Umno-Bn takkan selamanya rakyat nak kena kencing lagi dalam pru 13 akan datang buat selama-lamanya.Negara kita negara kaya semua ada, hasil minyak setahun petronas untung berpuluh bilion ringgit bawa pi mana? Tu belum kira lagi dengan hasil getah, kelapa sawit, untung pelaburan daripada sektor industri dan perkilangan. Kalau Umno tak boleh tunjuk jalan kepada rakyat macam mana nak bagi rakyat hidup selesa puak lain boleh tunjuk jalan untuk faedah rakyat buat apa nak tunggu lagi sokong Umno-Bn sampai tua. Rakyat dapat apa nak buat Menara Warisan 100 tingkat? Dapat tengok ja dongak ke atas pejam celik pejam celik barang naik lagi padan muka!Cuba naik tingkat paling atas KLCC anda dapat tengok berapa banyak setinggan Melayu Kuala Lumpur berada di bawah. Sapa tak nampak tak tau la.Kita orang Melayu kena berani, berani buat perubahan takkan nak sokong Umno-Bn sampai 7 keturunan.

Berkaitan ;
10 perkara asas 100 hari PR -Harakahdaily
Najib:Tawaran Pakatan tak berpaksi realiti-Malaysiakini
Program 100 hari Pakatan boleh jadikan Malaysia muflis dakwa Muhyiddin-The Malaysian Insider.
BN gelisah janji 100 hari , membazir 100 tingkat-Harakahdaily
Konvensyen Pakatan umum program 100 hari-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. kebnyakan projek2 UMNO BN bt ni hanya utk tampung kroni2 mereka..jika dlihat dr mata kasar xmemberi keuntungan walau sekecil zarah skalipun pun kpd rakyat...

    BalasPadam