Khamis, 2 Disember 2010

Najib cemas dengan Muhyiddin yang lebih 'Umno' daripada Najib-Mahfuz

Pakatan Rakyat mendakwa langkah penangguhan pemilihan Umno walaupun dilihat satu proses lazim dilakukan menjelang pilihan raya umum, tetapi dipercayai menunjukkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak masih berhadapan dengan “konflik” dalaman parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib mungkin takut hilang sokongan sebagai Presiden Umno sekiranya pemilihan secara langsung dilaksanakan seperti yang dijadualkan awal tahun depan.

Ini kerana menurut beliau, dasar liberalisasi politik dan ekonomi yang diperkenalkan Najib sejak menjadi Perdana Menteri April tahun lalu seakan menggamit protes senyap daripada akar umbi Umno sendiri.

“Najib sebenarnya nak pastikan bahawa selepas pilihan raya umum ke-13 nanti, beliau kekal sebagai Perdana Menteri.

“Mungkin selepas beberapa dasar liberalisasi ekonomi dan politik yang dilaksanakannya sebelum ini dia (Najib berasa) sedang menerima protes dalaman Umno sendiri.

Ditambah dengan karisme Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno yang dilihat tegar mempertahan kepentingan Melayu serta pernah mempersoal hala tuju gagasan “1 Malaysia” Najib sebelum ini, Mahfuz yakin bahawa pertimbangan politik Najib kian mencemaskan sekarang.

“Najib mungkin bertambah cemas apabila akar umbi Umno melihat Muhyiddin sekarang lebih ‘Umno’ daripada Najib.

“Najib menghitung semua ini sekarang kerana jika diadakan juga pemilihan (agung Umno) juga boleh menyebabkan beliau (Najib) hilang jawatan dalam parti (presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional) dan dalam kerajaan (perdana menteri),” katanya.

Tambah Mahfuz, Najib sendiri mungkin yakin bahawa BN kekal mendapat mandat rakyat pada pilihan raya umum depan berdasarkan beberapa perubahan politik yang ditempuhi oleh PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Disebabkan itu, Mahfuz berkata, Najib tidak mahu dikhianati oleh Muhyiddin pada ketika rakyat menyokong Umno dan BN.

“Kalau Barisan Nasional kekal memerintah selepas pilihan raya umum nanti, mungkin Najib mempunyai kekuatan politik untuk mempertahankan jawatannya (presiden Umno) dari dikhianati oleh kem Muhyiddin, bagaimana kalau Najib kalah (jika pemilihan agung Umno 2011 diadakan) sekarang.

Pun begitu, sekiranya Umno dan BN ditolak rakyat nanti, mungkin Najib sendiri pasrah sekiranya akar umbi parti menolaknya pada pemilihan tersebut.

“Kalau Barisan Nasional kalah pada pilihan raya umum depan, mungkin tidak masalah bagi Najib (jika hilang kepercayaan sebagai Presiden Umno),” ujar Mahfuz ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Justeru, Mahfuz menegaskan bahawa penangguhan pemilihan agung Umno 2011 demi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka awal tahun depan, bukanlah untuk membuat persiapan jentera Umno dan BN.Baca semua di The Malaysian Insider Tangguh Pemilihan ;Najib perlu masa selesai 'konflik' dalaman Umno dakwa Pakatan.

Jika PM Najib bubarkan parlimen Mac depan sama dengan pilihanraya Negeri Sarawak yang penggal pemerintahannya tamat tahun depan adakah negeri yang ditawan Pakatan Rakyat akan turut bubarkan dun mereka? Jika PR tidak bubarkan dun tunggu hingga penggal pemerintahan tamat pada 2013 kerajaan pusat tak boleh buat apa-apa.

Jika pilihanraya parlimen saja diadakan bersama dengan negeri2 yang BN kuasai dan BN kalah di peringkat parlimen ia merupakan satu tamparan hebat kepada Umno-Bn.Semua kemungkinan ada. Kuasa di tangan rakyat bukan PR dan Umno-BN!

Berkaitan;

Isu TPM :Umno-Bn sakit teruk , tiada harapan pulih-Harakahdaily

3 ulasan:

  1. Perjuangan PAS lebih bermaruah tanpa PKR dan DAP.
    Keujudan PAS dalam PR hanya sebagai Babi tunggangan sahaja.
    Tak percaya? Tanyalah sama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

    BalasPadam
  2. Woit! ha ha kan dah kena jerat..nak tanya sikit ni sape jadi babi masa Gerakan-Umno-Bn kuasai kerajaan Penang dulu? Ni contoh Melayu Mudah Lupa.

    Sape jadi 'taukey' babi yang kecoh di S'ngor cikit masa lalu yang lawat ladang babi kat oversea..

    BalasPadam
  3. Wahai 17:41,
    Kalau macam tu..sekarang ni turn PAS la pulak teringin nak jadi babi tunggangan DAP PKR?? Mmmm..elok lah tu..sama-sama turut jadi babi..

    BalasPadam