Rabu, 15 Disember 2010

Melayu Pulau Pinang dapat projek, Melayu Umno ?

Pulau Pinang Dedah Bukti Kontraktor Melayu Terima Hampir 100% Projek-The Malaysian Insider;

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan statistik hari ini untuk menunjukkan bahawa kontraktor-kontraktor Melayu memperoleh lebih banyak projek di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sepanjang dua tahun lalu.

Tender yang telah diluluskan oleh jawatankuasa tender Jabatan Pengairan dan Saliran bagi tahun 2008 hingga 2010 menunjukkan kontraktor Bumiputera menerima kesemua 18 projek bernilai RM40,944,933.80.

Dalam pada itu, daripada 17 projek diluluskan oleh jawatankuasa tender Jabatan Kerja Raya antara 1 Januari 2008 dan 30 November 2010, 16 daripada yang bernilai RM20,407,640.94 diberikan kepada kontraktor Melayu.

Kontraktor Melayu hanya menerima satu projek bernilai RM407,000.

“Ini dengan sekali gus mematahkan fitnah jahat pemimpin Umno dan juga sekutu Umno seperti Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan. Datuk Mohamad Fadzil telah mendakwa kenyataan saya bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor Bumiputera tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

“Datuk Mohamad Fadzill telah mencabar saya mendedahkan secara nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera kerana nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan Bumiputera,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut Lim, angka sedemikian dengan sendirinya membuktikan bahawa kontraktor Umno seperti Datuk Mohamad Fadzil hasad dengki dan marah terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat semata-mata kerana mereka tidak memenangi kontrak seperti yang dulu,” katanya.

Lim juga berkata atas kepentingan politik sempit Umno dan Barisan Nasional (BN), mereka sedia menabur fitnah kerana tidak dapat kontrak dulu sebagai kroni Umno.

“Kalau Datuk Mohamad Fadzil seorang beriman, maka lebih baik beliau meminta maaf dan menarik balik fitnah kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang,” katanya.

Menurut Lim, urus tadbir “CAT” yang cekap, bertanggungjawab dan telus telah berjaya memartabatkan kontraktor Melayu dengan sistem tender terbuka.

“Urus tadbir CAT dan sistem tender terbuka telah membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing secara terbuka.

“Yang tak mampu saing hanya kontraktor Umno yang lembik, dayus dan bodoh sehingga terpaksa bergantung kepada kabel politik Umno dan hidup sebagai kontraktor kroni.

“Ini telah menyebabkan banyak projek kerajaan bermasalah sebelum ini,” katanya lagi.Baca semua klik tajuk.

Saya tak percaya dah ngan pemimpin Umno dan kroninya pasal bercakap. Contoh isu kenaikan harga minyak petrol, kata tahun ni tak ada kenaikan harga minyakRon 95 dan diesel tengok-tengok 1 Disember terus naik! Mungkin ni yang Umno kata 'mohong sunat' ni!

2 ulasan:

  1. UMNO-BN memang terkenal dgn sikap berbohong...faham2 jekla org mcm ni tgolong dlm golongan apa...

    BalasPadam
  2. Depa marah bukan sebab Melayu tak dapat projek, Melayu PP memang dapat projek yg tak dapat projek Melayu UMNO , tu yg marah sakan.

    BalasPadam