Khamis, 2 Disember 2010

MB Selangor cipta sejarah


MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengepalai kerajaan negeri Selangor berdemontrasi , tunjuk perasaan di Masjid Negara pada 5 Disember ini sebagai bantahan kepada syarikat swasta , Syabas yang mahu naik harga air di Selangor dan Lembah Klang.

Jika ini betul-betul terjadi maka MB Selangor itu cipta sejarah kerana MB terpaksa turun dijalanraya untuk pertahankan kerajaannya sendiri dalam isu harga air daripada terus naik mendadak 37% oleh pihak Syabas syarikat swasta yang kontrol air anugerah Allah . Tan Sri Khalid bukan petani, pekerja kilang atau peneroka Felda yang sering kena tipu tapi beliau ialah seorang tokoh korporat, golongan kaya dan elit tapi demi untuk kebaikan rakyat Selangor semua golongan beliau terpaksa juga turun ke jalanraya untuk pertahankan hak rakyat yang beliau sendiri adalah sebagai MB Selangor.

Air di Selangor atau di mana-mana jua bukan sapa-sapa yang punya tapi anugerah Allah SWT. Manusia diberikan otak dan kecerdikan untuk merawat air, menyuling air supaya manusia dapat minum air yang bersih dan tidak dijangkiti kuman. Semua ini memerlukan kos dan kita memang perlu bayar untuk dapat air yang bersih tapi kalau air tadi jadi bahan perniagaan syarikat kroni untuk kaut untuk berbilion ringgit dengan gaji 'Taukeh Air' cecah RM425,000 sebulan ini dikira amat melampau terhadap rakyat Selangor dan Lembah Klang yang hidup bermacam-macam golongan.

Air bukan macam ketol sabun 'lux', bukan macam syampoo kelemumur boleh dimiliki syarikat swasta dan adik beradik untuk tentukan harga sesuka hati tapi air di Selangor kena dikembalikan kepada kerajaan negeri yang sedia ambil alih syarikat kroni air yang untungkan puak-puak tertentu sejak perjanjian kerajaan Umno-Bn yang perintah Selangor dulu dengan Syabas untuk naikkan harga air pada tahun 2009, 2012, 2015 dan seterusnya.(Klik di sini).

Air jika dimiliki kerajaan negeri sudah tentu jadi milik rakyat harganya sudah tentu dapat dikawal oleh kerajaan . Siapa yang untung ? Sudah tentu kita sebagai rakyat yang untung tak kira la orang Umno-Bn atau PR sudah tentu merasa lega dengan harga air yang murah.Siapa yang tak mau dengan air percuma 20m3 percuma memang bodoh dan bahalol sangat-sangat.Dah bagi percuma gatal -gatal tangan pulak nak pi bayar kat Syabas masuk dalam Tabung Budi!

MB Selangor sekarang memang berbeza dengan mantan MB Khir Toyo yang bagi penyapu sial kepada kakitangan kerajaan semasa Bn perintah Selangor dulu.

Baca juga;
Penswastaan air:Mengfaraidkan harta awam-Malaysiakini
Demo air:Chegubard tawar 50 'marshal'-Malaysiakini
Jom sertai serah memo bantah naik harga air-Harakahdaily
Lagi kumpulan pelajar mahu sertai demontrasi air 5 Disember-The Malaysian Insider
Semua diajak dalam Pesta Merah 5 Disember-Harakahdaily
Syabas tiada mandat kumpul dana-Harakahdaily

2 ulasan:

  1. mengapa kita menperjuang raayat selangor saja, raayat kedah macamana,bulan ni kebanyakan raayat kedah semua nya menerima surat permotongan kira nya tidak lunaskan tungakan,tungakan yg meka guna semasa kerajaan umno perenteh dulu,adil lah dalam politik,raayat selangor belum lagi menerima kenaikan air tentu belum lgi menerima nasibah nya tapi raayat kedah dalam kesangsaraan,mengapa tidak dibela,,,,ini lah yg membuat hamba amat2 tidak memahani dengan perjuangan ini,,,,,fikir2 lah

    BalasPadam
  2. Kita cabar mana-mana MB atau KM dari kalangan umnongok turun ke jalan raya selepas ini bagi mempertahankan hak kepentingan rakyat jika di abaikan oleh kerajaan persekutuan.

    ADA TELUQ KA?

    BalasPadam