Sabtu, 4 Disember 2010

Ketuanan Melayu Macam Yahudi?

Media Umno tak besar-besarkan barang naik (BN) harga yang ada cerita Permaisuri Aisyah saman Uncle Seekers 'pakar hantu' yang diletak dimuka depan akhbar Umno. Laporan barang naik keciiik ja.Orang Melayu memang suka cerita hantu sebab dunia hantu dah sebati dengan orang Melayu. Barang naik harga mampoih pi la peduli apa bukan mahal pun minyak Ron 95 naik 5 sen saja satu liter bukan jadi kudis pon!

Di luar negeri rakyat mereka dah terbangkan periuk belanga melayang-layang walaupun kerajaan mereka naikkan 1 sen harga tepung atau roti. 'Rakyat Malaysia tak macam tu bagus, peramah dan kaya raya tak ada orang miskin'.Mereka redha apa saja Umno-Bn buat tak ambik peduli janji periuk nasi , makan pakai cukup sudah la. Rasuah, kronisme, nepotisme lantakla'.Kalau rakyat Malaysia keluar demontrasi di jalanraya dianggap sebagai 'bukan budaya kita', boleh jejaskan ekonomi negara,pelabur tak mau melabur, habis di negara maju seperti AS, Britain, Jepun hari hari ada demontrasi ekonomi mereka merudum ka?Akhirnya kita rakyat lebur dengan mainan politik Umno-Bn yang pandai menipu rakyat.

Umno juga pandai cipta isu Ketuanan Melayu untuk nak bagi orang Melayu syok langsung tak sedar mainan politik Umno-Bn nak naik harga barang. Orang Melayu tak ingat Ketuanan Melayu hanya modal Umno yang 'buat huma, tanam padi atas belakang kita' untuk terus berkuasa.

Umno mahu Ketuanan Melayu , Ketuanan Islam langsung Umno tak sebut. Ketuanan Islam Quran duduk di atas , Ketuanan Melayu Quran duduk di bawah, takkan kita tak sedar -sedar lagi sebagai orang Melayu yang beragama Islam?Nabi Muhammad SAW yang dikasihi dilahirkan sebagai bangsa Arab Quraish tapi adakah Baginda yang dikasihi perjuangkan Ketuanan Arab?

Kata sahabat saya contoh pesanan sesat Ketuanan Melayu ialah seperti berikut;
" Den kalau ekau jumpo ular dengan Koling (Keling) ekau bantai ja Koling tu." Nak bantai buat apa Koling tu , yang bisa ular bukan Koling!

Kata Dr Asri Bekas Mufti Perlis dalam laporan Malaysiakini -Dr Asri: Ketuanan Melayu Sanggah Islam;

Istilah Ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

Bangsa terpilih

“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya.

Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.Baca semua klik tajuk di atas.Juga di sini.

Baca juga ;

Kenaikan 4 dalam 1:NGO, orang ramai kesal-Malaysiakini

K'jaan:Harga barangan di M'sia antara terendah-Malaysiakini

Pelajar IPT terpaksa jadi pelacur biayai pengajian-TMI

2 ulasan:

  1. UMNNO ITU YAHUDI

    YAHUDI ITU LAKNATULLAH

    BalasPadam
  2. Yang post yang sama saya dah baca dan kali ketiga pula tuh. ini pendapat saya.

    Hmm saya x setuju pula dengan Ustaz Asri tersebut. 1 perkara yang perlu diambil perhatian dalam kes ini ialah pendefinisian satu-satu kata sama ada secara literal mahupun konseptual. Maka dalam hal ini, beliau telah mengelirukan tafsir tuan tersebut. Semua orang Melayu telah tahu bahawa kemuliaan itu bukan terletak pada bangsa dan keturunan. Oleh itu apa makna sebenarnya? Tuan dalam konteks ini melibatkan kepada pemilikan. Apa maksudnya? Contoh :

    1) Ali beli rumah bungalow. Maka dialah tuan rumah tersebut.

    2) Pak Mat membuka sebidang tanah untuk menjadikan sebendang sawah. Maka Pak Mat ialah tuan kepada tanah itu kerana dia memilikinya.

    Maka dalam hal ini samalah juga seperti Malaysia. Ketuanan Melayu (KM) bukannya bererti Melayu ialah bangsa yang terpilih dan agung di sisi Allah. Secara tidak langsung penerangan ini menafikan konsep KM itu BERBEZA sama sekali dengan konsep yang difahami Yahudi. "Ketuanan" mereka ialah pada agama bahawa mereka menganggap bahawa agama nabi musa hanya untuk mereka dan Elia (Allah) itu hanya milik mereka.

    Namun dalam kontek KM pula, hal tersebut membabitkan pemilikkan perkara yang fizikal dan langsung tidak berkaitan dengan kemuliaan! Jadi mengapa pula timbul konsep KM? Hal ini disebabkan Orang-orang Melayu zaman dahulu telah membuka tanah ini menjadi sebuah kerajaan. Malahan dalam kajian sejarah Tanah Melayu ini telah berhubung secara langsung dengan Tamadun Mesir Purba berdasarkan pada sistem tulisan dan linguistik.

    Jadi dalam perspektif ini kita mengetahui bahawa orang Melayu telah memelihara tanah ini hampir 3 ribu hingga 4 ribu tahun yang lalu. Maka di sini lah timbulnya KM bahawa Orang Melayu lah yang telah membuka tanah ini dan mereka lah miliknya kerana jasa mereka membangunkan tanah ini hingga dikenali oleh Mesir Purba selama 3 ribu tahun yang lalu.

    Malahan kewarganeraan kepada bukan Melayu juga merupakan sifat toleransi melayu dan ihsan mereka terhadap orang buan Melayu pada zaman itu. Jadi Ketuanan Melayu jika hendak dimansuhkan sangat2 tidak relevan keran jasa-jasa orang bukan Melayu terhadap empayar di tanah ini belum setara nilainya dengan jasa bangsa Melayu terdahulu.

    Orang bukan Melayu yang menetap di tanah ini baru berapa tahun? Jadi setara tak nilainya denga jasa orang2 Melayu?

    Tapi saya akui Ketuanan Melayu yang dibawa oleh UMNO sebenarnya Ketuanan UMNO. Jadi apa yang diharapkan oleh sebahagian rakyat agar KM itu dibersihkan semula dan difahami dengan teliti juga serta dapat dilaksanakan kerana KM pada satu ketika dahulu membuktikan keadilan

    BalasPadam