Sabtu, 4 Disember 2010

Demo BERSIH halal takkan demo air haram?

Belum apa-apa lagi Ketua Polis Kuala Lumpur kata demo anti kenaikkan harga air di Masjid Negara 5 Disember sebagai haram. Kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah;

"Pihak polis merasa kesal kerana terdapat pemimpin negeri yang menggalakkan orang ramai terlibat dalam perhimpunan dan perarakan yang menyalahi undang-undang.

"Pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang berlandaskan undang-undang ke atas sesiapa saja yang menganjur dan turut serta dalam perhimpunan haram ini," kata Zulkifli lagi.-Malaysiakini Demo Ahad haram, kata polis .

Tu kata polis, kata Hakim Mahkamah Sesyen Jagjit Singh pulak yang adili kes demontrasi Gabungan Pilhanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada tahun 2007 sebagai tak haram.Nak dengar cakap polis atau apa yang hakim kata tentang hak-hak berhimpun secara aman seperti laporan berikut;

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH).

Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram.

"Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.-Malaysiakini 19 nov 2010- Demo 'haram':2 MP , 15 lagi dibebas (klik tajuk).Baca juga di sini.

Saya dah banyak kali pi demo sejak demontrasi kedatangan pasukan Kriket Israel Laknatullah ke Malaysia 21 mac 1997 di depan Masjid Ar Rahman , Universiti Malaya, demo depan kedutaan Denmark kes hina Nabi Muhammad SAW, Bersih, demo anti Israel depan kedutaan AS dan Mesir, demo anti ISA hingga sekarang rasa-rasa tak dak satu pun yang polis kata semua perhimpunan tu halal dan ada permit.Semua haram belaka.

Terpulang la kepada anda semua nak pi demo ke tidak. Mana la tau zaman dah perintah ni , dah rasa selesa kot kaki hang pa rasa berat nak turun pi demontrasi. Puak GAPS demo kat depan Istana Kayangan , Shah Alam semalam pun tak dak permit, juga haram tapi tak dak tindakan apa-apa daripada pihak polis.

Berkaitan;
Protes air Pakatan, GAPS anti Selangor esok ulangi Himpunan ISA 2009?-TMI

1 ulasan:

  1. Badrul Amin Bahrom bagaimanapun berkata, perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara seperti yang dirancang sebelum ini bergantung kepada keadaan pada hari berkenaan.

    "Kalau diizinkan, kita berarak. Jika tidak diizinkan, kita mungkin guna cara lain. Ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti cuaca, ketegangan pada hari itu, apa saja.

    BalasPadam