Jumaat, 3 Disember 2010

BN betoi -betoi barang naik , rakyat terus jadi susah

The Malaysian Insider- Subsidi diselaras lagi harga petrol dan LPG dijangka naik;

Harga bahan api petrol dan diesel serta gas dijangka mengalami kenaikan lagi mulai tengah malam ini ekoran keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi - dasar yang diperkenalkan Putrajaya pertengahan tahun ini.

Kenaikan kali ini juga dikatakan membabitkan petrol RON 95 dan RON 97.

Harga petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai kelmarin.

Kenaikan RON 97 kelmarin adalah ekoran perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Pengumuman rasmi dijadual untuk dibuat petang ini.

“Saya jangkakan kerajaan akan mengumumkan harga petang ini... kenaikan dijangka dalam sekitar 10 hingga 15 sen dan difahamkan, kadar baru ini kuat kuasa mulai esok,” kata sumber industri kepada The Malaysian Insider.

“Kami diumumkan perubahan ini baru-baru ini,” kata sumber itu lagi.

Pada 1 November lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menimbang kemungkinan untuk menyeragamkan harga diesel yang diberi bantuan subsidi bagi mengelak berlakunya lagi kes-kes penyelewengan di negara ini.

Katanya, angkah tersebut dilihat relevan bagi memastikan bantuan subsidi tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab ekoran perbezaan harga diesel yang ditetapkan mengikut sektor.

Pada masa ini harga diesel bersubsidi mengikut sektor ialah di pam minyak RM1.75, pengangkutan RM1.45, nelayan RM1.25 manakala industri RM2.05.

Pertengahan Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan harga menyaksikan kenaikan harga beberapa barangan keperluan utama.

Dalam kenyataan diumumkan ketika itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pelarasan harga itu membabitkan petrol, diesel dan Petroleum Gas Cecair (LPG), dan juga gula, yang diselaraskan semula sebagai sebahagian daripada Program Rasionalisasi Subsidi. Selaras dengan itu, Kabinet telah mengambil keputusan bahawa berkuat kuasa pada 16 Julai 2010, harga bagi bahan api, terutamanya petrol, diesel dan LPG, dan juga gula, akan diselaraskan semula sebagai sebahagian dari Program Rasionalisasi Subsidi.

Menurut Najib yang juga Menteri Kewangan, Penyelarasan semula harga barang-barang itu akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Berdasarkan proses itu, kerajaan memutuskan harga petrol RON 95 dan diesel akan diselaraskan sebanyak lima sen seliter bagi semua sektor. LPG akan diselaraskan sebanyak 10 sen sekilogram dan petrol RON 97 akan diapung secara terkawal.

Bagi gula pula, harga akan diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram.-TMI

Kita rakyat tak boleh buat apa-apa 'pak menteri' dan YB langsung tak susah hati masuk kampung cakap nak tolong rakyat, jaja pembangunan rata ceruk rakyat jadi lali sedar-sedar barang naik lagi! Rakyat nak mampoih , nak tunggang langgang itu rakyat punya pasal, sekolah nak buka guna duit beribu, belajar sekolah rendah dan menengah belanja macam masuk 'U'.

Bentang bajet 2011 dalam parlimen makcik-pak cik terlompat-lompat nak tunjuk muka dalam tv puji melangit kata belanjawan rakyat nah ambik barang naik lagi!Kita rakyat kena tipu siang malam , menteri apa kisah barang naik depa hidup atas keringat rakyat yang banting tulang empat kerat sara pak menteri hidup senang lenang, anak bini depa hidup atas wang rakyat yang bayar cukai.Lepas ni bila barang naik akan keluar kenyataan bodoh menteri kencingkan rakyat 'jangan makan gula banyak nanti kena kencing maneh , kerajaan tak larat lagi nak tanggung subsidi', boleh belah la!

Ha ambik nak sangat ketuanan Melayu barang naik sekoq muka tak berani lawan dan tentang. Mulut sampai kering air liur dok melalak ketuanan Melayu , ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, last-last Melayu kena tipu dan dibodohkan Umno yang mau jadi Tuan Besar kepada orang Melayu.Kalau usik agenda Melayu NGO Melayu yang jadi pencacai Umno bukan main lagi tunjuk gedebe dan samseng nak pertahan ketuanan Melayu tapi bila barang naik mulut jadi bisu , telinga jadi pekak macam tak ada apa-apa berlaku.

Berkaitan;
Salahuddin persoal kenaikkan harga minyak-Harakahdaily
Nafi Ketuanan Melayu perbuatan jenayah, kata ketua Perkasa-TMI

1 ulasan:

  1. kalo rakyat nakkan perubahan..kna bertindak..bt perubahan pd PRU 13..tolak UMNO-BN

    BalasPadam