Rabu, 15 Disember 2010

Altantuya -Apco ahli parlimen PR terperangkap

Hebat sungguh nama Altantuya wanita cantik manis yang mati dibom hingga berkecai .Bom pulak bukan calang-calang bom, tapi bom C4. Begitu juga dengan nama Apco Worlwide talibarut barut Israel yang jadi penasihat kerajaan kerajaan Umno-Bn.

Altantuya-Apco ini telah berjaya jadikan kerajaan Umno-BN dapat 2/3 majoriti dalam parlimen kerana penggantungan ahli-ahli parlimen PR dalam parlimen oleh speaker Dewan Rakyat selama 6 bulan. Berlawan dalam pru 12 BN tak dapat 2/3 majoriti tapi bila berlawan dalam Dewan Rakyat BN boleh buat pindaan undang-undang dengan bantuan Speaker yang memihak BN bagi 2/3 majoriti kepada BN. Hebat dan licik perangai Umno-BN. Ahli parlimen PR terperangkap.

Pendedahan Wikileaks yang kata PM Najib terlibat dengan pembunuhan Altantuya menjadikan isu Altantuya tak akan padam daripada ingatan rakyat terhadap kes bunuh yang mengerikan itu. Elok dah lupa ada saja pihak yang tolong peringat! Macam mana nak lupa Altantuya kalau ada pihak dok kerja peringat.Awat bila sebut Altantuya semua kaitkan PM Najib? Kenapa bukan orang lain?

Harakahdaily melaporkan Pakatan bantah keras Speaker gantung 3 MPnya antara lain melaporkan berpunca daripada isu Altantuya yang ditimbulkan Wikileaks;

Untuk nafi kuasa dua per tiga

Sementara itu, Anthony Loke (DAP-Rasah) tidak menolak kemungkinan wujudnya agenda tersembunyi BN untuk menjejaskan kuasa Pakatan Rakyat dan menambah kuasa mereka untuk membawa sebarang pindaan undang-undang tanpa banyak bantahan.

"Saya melihat mungkin ada agenda tersembunyi di belakang tindakan ini dan ini akan beri implikasi yang besar kepada kedudukan Pakatan Rakyat dalam dewan rakyat.

"Sekarang kita ada 77 ahli Parlimen. Kalau ada empat lagi ahli parlimen Pakatan digantung maksudnya kedudukan Pakatan dalam dewan akan hilang dua per tiga. Ini sudah kurang daripada 1 per tiga. Jadi mereka sudah mendapat balik dua per tiga dalam enam bulan akan datang.

"Jadi mereka boleh membawa segala pindaan dalam sidang Mac dan Jun akan datang," katanya.

Sebelum itu,Pandikar mengarahkan Sivarasa dan Azmin keluar dewan kerana didakwa melawan keputusannya.

Sivarasa digantung daripada menghadiri persidangan sehingga esok manakala Azmin sehingga 2.30 petang ini.

Sivarasa bangkit pada akhir sesi soal jawab lisan mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul yang dikemukakannya semalam meminta perbahasan diadakan bagi membincangkan pendedahan oleh WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razah dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'perangkap seks'.

Menurut Pandikar, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Sivarasa adalah tidak berasas dan mengarahkannya untuk duduk. Namun apabila ahli parlimen itu terus berhujah dan enggan duduk, Pandikar mengarahkan 'berehat' sehingga esok.

Azmin pula diarah keluar dewan apabila beliau bangkit mempertahankan Sivarasa.-Harakahdaily.

Berkaitan;
Penggantungan bolehkan BN perolehi majoriti 2/3-Malaysiakini
Parlimen usul gantung tiga MP Pakatan 6 bulan-The Malaysian Insider
Dua lagi MP Pakatan Rakyat digantung-Malaysiakini
Pembunuhan Altantuya :PM dicabar kemuka bukti-Malaysiakini

1 ulasan:

  1. nike cara kerajaan domokrasi...agak2lakan, kalo PAS trima kerajaan perpaduan dgn depa..apa jdi yek???

    BalasPadam