Misai Merah

PRK Hulu Selangor: Umno hanya jadi tukang cedok lauk untuk MIC

Apa lagi yang Umno nak perjuangkan di Hulu Selangor? Nak berjuang Melayu dan bangsa? Tak ada dua -dua tu dalam prk Hulu Selangor. Agama jauh sekali kerana Umno -Bn dah bersekongkol dengan Israel melalui syarikat Apco Worlwide dan kemasukkan 'perisik Israel' dalam PDRM.

Nak nafi pun boleh nafi la tapi pengakuan bahawa Kerajaan Umno-Bn bayar APCO RM77 juta adalah tanda kebenarannya! Di kampung-kampung rakyat masih banyak yang miskin, ada anak-anak yang amat dhaif ke sekolah daripada keperluan persekolahan tapi bayar duit kepada APCO yang berjuta ringgit untuk promosikan 1Malaysia jadi keutamaan Umno-Bn.

Umno di Hulu Selangor hanya jadi pencadang kepada MIC parti yang pengundinya minoriti untuk pilih calon mana daripada MIC nak bertanding lawan PKR . Katanya Umno nak sangat -sangat selain daripada Palanivel , Timbalan Presiden MIC bertanding di Hulu Selangor. Umno cadangkan Saktivel dan V. Mugilan. Umno tak suka Palanivel, kuda tua MIC yang juga orang kuat Samy Vellu. Umno hanya boleh cadangkan calon daripada MIC bukan daripada parti sendiri. Menangis tak berlagu orang Melayu yang sokong BN di Hulu Selangor. Lain yang diharapkan lain pulak yang jadi. Pengundi Melayu BN akan buat protes dengan undi calon PKR ,Datuk Zaid Ibrahim ,bekas Menteri dan seorang yang berkebolehan dalam undang-undang.

Itulah saja kerja Umno dalam prk di Hulu Selangor. Hanya jadi tukang cedok lauk kepada MIC. MIC nak tambah nasi, kuah kari dan papedom Umno tolong tambahkan sebab Umno dah tak boleh jadi calon di Hulu Selangor. Malang sungguh nasib Umno dalam prk Hulu Selangor.Pengundi Melayu yang prihatin kepada bangsa sendiri akan fikir dua kali untuk pangkah BN dalam prk Hulu Selangor. Atas nama kesedaran,Umno-Bn bercengkerama dengan agen Israel berubahlah wahai pengundi Melayu jangan undi parti BN yang terbukti merosakkan maruah agama ,bangsa dan negara!

Umno yang tak ada modal untuk tutup kelemahan kerana akur kepada MIC hanya bercakap isu tak boleh guna tandas dan kencing untuk alih perhatian orang Melayu yang semakin bijak memilih calon dalam pilihanraya. Umno berkempen menjual 'sampah busuk' kepada pengundi yang hadir dengar ceramah pemimpin Umno di Hulu Selangor. Dikumpul sampah banyak-banyak letak atas meja lalu penceramah Umno pun berkata,"Mari-mari siapa mau beli ini sampah!"
Berkaitan;
MIC S'ngor desak BN calon Palanivel-Malaysiakini
MIC cadang Palanivel, Umno pilih Mugilan-Malaysiakini
Samy nafi MIC boikot pilihanraya kecil Hulu Selangor-Bernama
Hulu Selangor: Bekas timbalan pengerusi MIC bertanding sebagai calon bebas-Malaysian Insider
0 comments:

Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009