Misai Merah

Kerajaan Prihatin Terhadap Kesihatan Rakyat

Berita melalui email tanpa edit oleh media pekerja - Abdul Razak Ismail

Kerajaan UMNO/ BN telah sekian lama meminggirkan sekelompok rakyatnya diluar bandar tanpa memperdulikan tahap kehidupan dan mutu penjagaan kesihatan mereka. Ini adalah rasa kekesalan yang disuarakan oleh YB Dr. Xavier Jayakumar EXCO Kerajaan Negeri Selangor semasa program Turun Padang YAB Dato’ Menteri Besar Selangor ke SKC Bernam Seksyen, Hulu Bernam di daerah Hulu Selangor pada hari ini.

Dr. Xavier menegaskan bahawa kerajaan negeri akan terus memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk-penduduk luarbandar dan akan berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah untuk menyediakan klinik kesihatan bergerak ke kawasan tersebut.

Penempatan tersebut adalah agak terpencil kerana kedudukannya yang agak jauh dari bandar yang terpaksa melalui pekan Slim River yang berada di dalam Negeri Perak, sedangkan kawasan tersebut terletak di dalam Negeri Selangor

Pada program tersebut sebuah khemah kesihatan telah diadakan oleh Persatuan Badan Bertindak Bencana Alam Selangor (EHSAN) dengan kerjasama NGO kemanusian INSAF Humanitarian Relief yang telah menyediakan 5 orang doktor dan jururawat sukarelawan bagi memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk setempat.

Dr. Doroyah Alwi aktivis Wanita Keadilan yang juga Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah turut menyumbang tenaga untuk mengendali orangramai yang memerlukan khidmat pemeriksaan pergigian di dalam bas bergerak ‘Mobile Dental Clinic’

YB Dr. Xavier Jayakumar dan YB Yaakob Sapari Exco Negeri Selangor turut meluangkan masa untuk meninjau perkhidmatan khemah kesihatan dan pergigian yang disediakan oleh aktivis-aktivis sukarelawan itu.

Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan sebanyak RM10,000 bagi penyediaan ubat-ubatan dalam khemah kesihatan tersebut.


P1100268.JPG
P1100270.JPG
P1100272.JPG
P1100286.JPG
P1100300.JPG
P1100303.JPG
P1100304.JPG
0 comments:

Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009