Misai Merah

Umno -Apco -Bn belanja RM40 juta untuk menang di Hulu Selangor

Zaid Ibrahim calon PKR dan Pakatan Rakyat mendakwa Umno-Apco -Bn belanja RM40 juta untuk memenangi kerusi Parlimen Hulu Selangor. Selepas ini orang Melayu Felda yang dijanjikan RM50 ribu seorang kena tuntut duit tersebut secepat mungkin sebelum kena kencing dengan PM Najib. Begitu juga dengan projek perumahan untuk Melayu Felda yang dijanjikan Umno-Apco-Bn.

Dalam laporan malaysiakini ;

Dalam nada yang keadaan tenang dan kelihatan reda, Zaid mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membelanjakan lebih RM40 juta dalam pilihan raya kali ini.

"Membeli undi di tengah malam itu halal, membeli undi di tengahari itu halal," katanya.

Beliau berkata, politik Machiavelli yang diajar oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selama 23 tahun, telah terhenti sebentar.

Zaid turut memuji pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang disifatkannya cuba memberikan kebebasan dan reformasi yang menyebabkan keputusan pilihan raya 2008 memihak kepada rakyat.

"Walaupun terhad tetapi dia mencuba," katanya sambil meminta penyokongnya terus menuntut pilihan raya yang bebas dan bersih "kerana kerja kuat sahaja tidak mencukupi."-Malaysiakini

Baca juga;
BN menang tapi hilang sokongan pengundi Cina-Malaysian Insider
'Seseorang mengundi untuk kami', tiga buat laporan polis-TVSelangor
4 comments:

Syabas kepada semua pengundi BN, kini anda semua penyokong yahudi laknatullah. Jelasnya orang Melayu merelakan dirinya dijual beli... Kerana wang... kamu menyokong umno dan yahudi membunuh umat Islam diserata dunia... Syabas Pengundi BN - UMNO - APCO..


Bismilah Hir Rahman Nir rahim
Semangat perjuangan kami memang tidak pernah runtuh . Penat lelah kami tidak pernah kami ungkit. Wang ringgit kami yang kami keluar sendiri pun tak pernah kami kesali. Waktu dan tenaga kami yang terbuang pun kami tidak pernah mengadu . Kami akan tetap dengan slogan " LAWAN TETAP LAWAN "
Cuma persoalannya kami hanya sekadar bantu untuk memenangkan calon calon yang di utarakan oleh Pemimpin Pemimpin Pakatan Rakyat tanpa mempersoalkan walaupun calon adalah bekas peminum arak dan tolak hukum hudud pada masa lalu. Yang kami kesal Negeri Selangor di mana Menteri Besar nya dan pentakbirannya di takbir oleh Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menjamin masa hadapan rakyat Negeri Selangor . Alasan yang saya anggap paling bodoh sekali " UMNOBN APCO belanjakan duit sebanyak RM40 JUTA , so what ! Kerajaan PM 1 Malaysia banyak duit takkan nak belanja RM1000.00 untuk berkempen pilihan Raya . ini lah yang paling Bodoh punya alasan .WAKIL RAKYAT baik adun atau parlimen Pakatan Rakyat khusus di Selangor sepatutnya lempang muka masing masing . Asyik bergaduh je si Khalid Samad tak sehaluan dengan Hassan Ali , Azmin Ali tak sehaluan dengan Ronnie Liu ,Teresa dok pikir macamana nak sius off suara AZAN SHOLAT ,Eliz Wong Berkhalwat dengan Lelaki Melayu . Wakil Rakyat PKR Lompat Parti , DLL . Dan Kepada MB SElangor tolong lah pi la turun padang kat kesemua PBT di seluruh negeri Selangor , Macam mana pihak UMNOBN APCO boleh dapat maklumat perihal kelemahan PBT di Selangor . Tidak semua pegawai PBT kat negeri Selangor sokong Pakatan Rakyat , disebabkan itulah Mantan MB Selangor Khir Toyol anugerahkan penyapu kat pegawai pegawai PBT Selangor. Apa jaminan Ketua2 Pemimpinan Pakatan Rakyat kepada kami dibawah ini ???????????????? hj jamaludin


salam...

bilelah akan wujudnya ketelusan setelus2nya...dunia ni hanya pinjaman semata2..akhirat sana kekal abadi..apa yg kita tanam dan tuai disini..akan kita nikmati diakhirat kelak..fikir2kanlah...mga Allah menunjukkan jln yg lurus dlm kehidupan yg penuh mehnah ini..amin ya Rabb..wawahua'lam


kepada orang Melayu Felda yang dijanjikan RM50 ribu seorang tu,jika memang itu hak mereka ,..mereka patut menerimanya.dan cepat-cepatlah kena tuntut duit tersebut secepat mungkin sebelum kena kencing buat kali ke2.dan ingat jangan lupa menyokong kembali pr pada pru 13 nanti,kita rakyat harus bijak memilih..


Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009