Ezam Mohd Nor yang tidak ada apa-apa jawatan dalam Umno telah dilantik menjadi Senator.Begitu juga dengan Timbalan Presiden MIC G.Palanivel yang turut dilantik menjadi senator. Bila dah jadi senator peluang untuk Ezam jadi Timbalan Menteri terbuka luas.
Nasib Ketua Pemuda Umno Malaysia masih ditakuk lama. Walaupun menang jawatan Ketua Pemuda Umno dan juga ahli parlimen , masih belum diberi peluang dalam kabinet Najib. Pemuda Umno patut rasa malu berketuakan Khairy yang tidak dapat kepercayaan Najib untuk duduk dalam kabinet.
Ezam Mohd Nor yang pakar dalam 6 kotak rahsia yang disimpannya sejak zaman dalam PKR lagi hinggga masuk Umno tidak mendedahkan sekotak pun kotak rahsia yang dimilikinya. Beliau sering melaung-laungkan akan dedah kotak-kotak rahsia yang dimilikinya tapi hampeh!
Ezam umpama penjual ubat pasar malam yang mengatakan dalam kotak hitam ada harimau yang akan dikeluarkan pada bila-bila masa. Semua orang berkumpul untuk lihat harimau dalam kotak. Bila dah habis semua ubat dijual untung pun dah banyak kotak yang dikatakan ada harimau itu tidak dikeluarkan akhirnya jawatan senator yang Ezam dapat.
Berkaitan;
Palanivel dan Ezam antara 4 senator baru angkat sumpah pada Isnin-Bernama /Malaysian Insider
marilah sama2 kita renungkan firman Allah dlm Al-Quran dlm surah AlHujurat ayat 6 yg bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan"
BalasPadam