Misai Merah

Lawan Penyamun Besar Penyamun Kecik Lawan Kemudian

Betoi sangat-sangat apa kata Penarik beca dalam postingnya Hello, kita nak dok saja ja di bawah cengkaman Zionis?.Beliau menulis;


"Kita kena lawan satu-satu. Kita lawan si bongok pecacai Yahudi Zionis yang ada kuasa tu dulu.

Kalau yang ajak kita ligan kawaq (pencuri) tu sebenarnya kawaq jugak, kita guna dulu habis-habis tenaga dia untuk katuk kawaq yang dia dan kita ligan (kejar) tu. Lepas tu baru kita berkira dengan dia bila kawaq yang dia tolong ligan sama tu dah lembik kena katuk.

Kalau kita dok kalut nak katuk kawaq yang tolong kita ligan kawaq besaq tu, selamat la kawaq besaq tu sebab dia dan (sempat) lari masa kita dok kalut nak katuq kawaq yang tolong kita ligan kawaq besaq tu."-Penarik beca.

Buang ketepi dulu perbezaan pendapat hanya ada seminggu lebih untuk pengundi Hulu Selangor ajar UMNO-BN bahawa penglibatan syarikat pro Israel APCO Worlwide dan Asiasoft dalam kerajaan adalah satu dosa yang mesti dilumpuhkan serta merta tanpa berlengah lagi. Kalau orang India dan Cina meluat dengan kelaku buruk Umno-Bn kita orang Melayu kena lebih-lebih lagi ajar kerajaan Umno-Bn bahawa kita orang Melayu benci sangat-sangat dengan tindakan Umno-Bn yang bersekongkol dengan agen Israel di Malaysia.

Orang Melayu di Hulu Selangor kena ajar Umno-Bn bahawa isu penglibatan syarikat pro Israel bukan isu curi telor ayam, bukan cerita curi basikal , bukan cerita curi getah sekerap dalam kebun getah tapi maruah agama telah dinoda dengan sejahat-jahatnya oleh Umno-BN. Tak guna kita meludah peti telivesyen yang menayangkan kekejaman Israel terhadap penduduk Palestine tapi para pengundi di Hulu Selangor tidak berani buat perubahan besar untuk hapuskan tali barut Israel di Malaysia.

Megah sangat ka Umno-BN bila PM Najib dapat berjumpa Presiden Amerika Syarikat , Barrack Obama tapi kena bayar RM77 juta setahun kepada Apco untuk lobi jumpa Obama hanya tak sampai 20 minit!

Kepada penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat jangan jadi bodo sangat nak cerita musang berbulu ayam dalam kelompok sendiri sedangkan 'Musang dan Jebon BN' sedang bemaharajalela di Hulu Selangor membohongi pengundi Hulu Selangor untuk pertahankan diri akibat buat hubungan dengan Israel!

Mari kita sama-sama rakyat Malaysia tendang bola masuk gol Umno-Bn bukan tendang bola dengan kuat masuk gol sendiri sampai patah tiang gol!
1 comments:

Salam...

pengundi2 di HUlu Selangor kena buka mata besar2..kna lihat perubahan yg dah dibuat..jgn mudah tertipu dgn janji manis yg belum tentu terlaksana..pilihlah pimpinan yg bukan bersubahat ke arah merosakkan anak bangsa,,,xlihat ke nasib org2 palestin..nak jdi cam tu dlu ke bru nak bt perubahan???..tepuk dada tnyalah iman..dah besar..leh pikiaq sdiri..wawahua'lam


Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009