Rabu, 21 April 2010

Pemimpin Umno patut malu pada Lim Kit Siang

Dalam laporan Malaysiakini Dap cabar Umno buat pengakuan tak minum arak melaporkan;

Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Lim membuat cabaran itu ketika membahaskan rang undang-undang Akta Pemberi Maklumat.

Dakwanya, jika minum alkohol dijadikan kayu pengukur bagi memilih menteri-menteri BN, ramai pemimpin berkenaan akan tersingkir.

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

"Biarlah kita tingkatkan standard politik dan pilihan raya di negara ini kerana ia gelanggang bagi berkhidmat kepada rakyat dan negara. Kita tidak patut mengheret serangan peribadi dan mengaibkan pemimpin dengan cara sedemikian,” katanya.

"Sebagai contoh, Lim berkata DAP telah mengarahkan kepada ahlinya supaya tidak menyentuh atau bercakap mengenai rakaman video Chua Soi Lek,” kata Lim lagi.-Malaysiakini.

Umno timbulkan isu arak semata-mata supaya orang Melayu melupakan kekejaman Umno-Bn yang bersekongkol dengan Yahudi melalui kontrak kepada syarikat Apco Yahudi itu yang bernilai RM77 juta.Kita seronok cakap pasal isu arak dan kita lupakan sumbangan besar Umno-Bn kepada negara Yahudi Israel yang membunuh umat Islam Palestine setiap saat,setiap detik dan ketika.

Kerajaan Umno-Bn juga sanggup tamatkan penghantaran gasoline untuk Iran semata-mata ikut cakap Amerika Syarikat dan negara haram Yahudi amat gembira dengan keputusan PM Najib itu.Apa lagi yang Umno ada untuk pertahan maruah Islam dan umat Islam Malaysia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan