Misai Merah

"Hanya Umno yang ajar politik lain agama lain"-TGNA

Sekalipun kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak begitu baik namun beliau tetap turun berkempen di Hulu Selangor demi membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

Ulama itu secara terbuka mengajak pengundi Parlimen Hulu Selangor merentasi semua kaum dan agama supaya mengajar kebongkakan dan kesombongan Umno pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Pada kempen yang dihadiri ribuan masyarakat setempat, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan datang dengan bertongkat dan duduk berucap berikutan keuzuran kesihatannya.

Kehadiran tokoh agama ini disambut Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaib Ibrahim, selain gema sorakan pengundi yang sememangnya menghormati Nik Aziz.

Pada ucapannya, beliau menegaskan Pas akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat dan meminta umat Islam tidak terpedaya dengan dakyah Umno yang mengasingkan agama dan politik dalam rencah kehidupan semasa.

"Islam tidak memisahkan politik dari kehidupan. Rasulullah saw bukan sahaja pemimpin agama tapi juga pemimpin politik. Hanya Umno yang mengajar politik lain, agama lain. Macamlah Umno ada nabi lain," katanya.

Nik Aziz juga mendedahkan Umno sanggup berbaik-baik dengan sesiapapun ketika dalam kesusahan, dalam kesempitan tapi sebaliknya mudah berlaku khianat apabila kembali mengumpul kekuasaan.

Bagi beliau, perbuatan Umno ini tidak boleh dimaafkan.

"Umno karut, rasuah dan sebagainya. Teruskan kemenangan yang ada. Kita ajar Umno supaya tidak sombong," katanya.

Dalam konteks Hulu Selangor, Nik Aziz berpesan tiada cara lain untuk menyedarkan pimpinan Umno selain memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya tidak dapat berucap lebih lama tapi pesan saya, semua sekali mesti undi calon Pakatan Rakyat," katanya disambut tepukan gemuruh.-TVSelangor.com
1 comments:

Salam...

ISLAM itu syumul..sesuai dgn setiap masa dan zaman..xkiralah dr segi pentadbiran, perniagaan, cara hidup, pergaulan, politik dan lain2...terharu dgn semngat Tok Guru yg masih kuat berjuang walaupun kesihatan yg tidak mengizinkan...inilah sikap pemimpin ISLAM..masih melaksanakan amanah walaupun kurang sihat krn setiap saat amanah yg dipertanggungjawabkan akan disoal oleh Allah diakhirat kelak..wawahua'lam


Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009