Misai Merah

Noh anggap Umno-Bn mengatasi peraturan SPR

Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang melabelkan badan pemantau pilihan raya, Mafrel sebagai alat pembangkang.

"Peraturan pilihan raya itu jelas, tidak boleh menggunakan jentera jabatan kerajaan dan janji-janji projek seperti mana yang disebut oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tetapi malangnya dilanggar secara terang-terangan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Perdana Menteri menjanjikan projek perumahan puluhan juta, Timbalan Perdana Menteri menjanjikan sekolah dan itu sudah menjadi darah daging bagi pemimpin Barisan Nasional yang sering melanggar peraturan dan undang-undang perjalanan pilihan raya walaupun telah ditegur oleh SPR kerana mereka menganggap teguran itu tidak terkena ke atas mereka," bidas Saifuddin.

Beliau menolak kritikan Noh terhadap Mafrel yang merupakan satu-satunya badan bebas yang diiktiraf dan pernah diberikan sijil perakuan oleh SPR bagi memantau dan mengawasi perjalanan pilihan raya di Malaysia.

Organisasi itu juga mempunyai banyak pengalaman bertugas di banyak pilihan raya samada di dalam atau luar negara,

"Demikian luasnya pengalaman mereka itu maka mereka telah mengeluarkan kenyataan yang sesuai dengan proses perjalanan pilihan raya yang adil, yang bebas dan telus dan untuk masa ini di Hulu Selangor mereka melihat ada elemen pelanggaran peraturan dan mereka suarakan.

"Adalah tidak bijaksana bagi seorang yang bergelar menteri menyerang sumber tersebut tetapi tidak melihat dari mesej yang hendak disampaikan daripada sumber itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.

Sebelum itu, Noh mendakwa Mafrel berat sebelah dengan merujuk satu kenyataan pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor.

Syed Ibrahim dipetik dalam sebuah tabloid sebagai berkata, tindakan tersebut menyalahi peraturan pilihan raya.-Suara-Keadilan

Berkaitan;

Noh: Mafrel tal layak lagi pantau pilihanraya-Malaysiakini

0 comments:

Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009