Misai Merah

Tuduh Aminulrashid penjenayah ,Kerajaan perlu mohon maaf

Kenyataan Ketua Polis Selangor yang mengatakan jangan politikkan isu polis tembak sampai mati kanak-kanak malang Aminulrashid adalah tidak boleh dipakai. Ini bukan isu politik tapi isu keadilan dan kemanusiaan.

Mana-mana dia NGO2 Melayu Perkasa,Pewaris dan NGO 'kepala lembu dan kuil' yang lantang pertahankan isu-isu Melayu ,dalam kes malang adik Aminulrashid?

Lapor harakahdaily:

Kerajaan digesa memohon maaf secara terbuka kepada keluarga arwah Aminulrasyid Hamzah, 15 ekoran kenyataan pihak polis yang mendakwa remaja adalah suspek geng samun.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Kementerian Dalam Negeri harus bertanggungjawab terhadap kenyataan pihak polis tersebut kerana telah mencemarkan imej mangsa dan keluarganya.

"Walau apa pun keputusan kabinet semalam, nama arwah dan keluarganya sudah tercemar, kononnya arwah ditembak sebab dia geng penyamun.

"Menteri Dalam Negeri sekurang-kurangnya kena minta maaf mewakili Polis kerana mengfitnah arwah sekeluarga," jelas beliau kepada Harakahdaily pagi tadi.

Menurutnya, tindakan menyuarakan rasa simpati seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Noh Omar, adalah tidak memadai.

Tambahnya lagi, Noh selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor merangkap Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani sepatutnya boleh mendesak kerajaan secara tegas supaya arwah sekeluarga mendapat pembelaan.

Dalam pada itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoal layanan istimewa kerajaan terhadap kesemua empat anggota polis yang disyaki membunuh remaja terbabit.

"Kalau yang membunuh ini orang adalah orang awam atau saya sendiri, tentu akan direman Polis beberapa hari."

"Tetapi, saspek adalah anggota dan mungkin sebab itu mereka dilayan istimewa hanya ditukarkan ke kawasan yang lain serta merta," ujarnya.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mendesak Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar supaya bersikap adil kepada keluarga arwah.

Dalam pada itu, beliau mewakili PAS menawarkan khidmat bantuan guaman kepada keluarga arwah, walaupun keluarga dilaporkan telah melantik seorang peguam, kelmarin.

Apa yang dilakukan PAS, menurut Mahfuz, demi memastikan remaja terbabit mendapat pembelaan dan keadilan yang sewajarnya dari kerajaan.-Harakahdaily
1 comments:

Salam...

mane perginya keadilan???dah xde ke?knp sume pihak senyap membisu? tiade ke tindakan yg diambil???mga Allah tunjukkan kebenaran...wawahua'lam...

Ya Allah, jauhkanlah kami dari fitnah hidup dan fitnah mati..amin ya Rabb...wa


Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009