Misai Merah

Tok Mufti dan Ustaz berdiam diri isu Apco

Para mufti dan kebanyakkan para ustaz , bukan semua berdiam diri isu Apco Worlwide yang dapat kontrak RM77 juta daripada kerajaan Umno-Bn.Para mufti langsung tak berani nak bersuara dalam isu ini kerana apa. Ini bukan isu politik semata-mata tapi isu yang libatkan maruah agama dan sensitiviti kita sebagai umat Islam.

Kalau dalam isu kalimah Allah para mufti lantang bersuara pertahankan Kalimah Allah hanya untuk umat Islam kenapa dalam isu Apco diam tak kata apa?Adakah kerana kamu semua bekerja dengan pihak kerajaan lalu lidah kamu jadi kelu untuk bersuara.Takut hilang jawatan, takut hilang nikmat dunia atas kerusi empuk dalam bilik hawa dingin, takut punca rezki hilang dan takut katakan yang benar itu benar ?

Tidak malukah kamu golongan agama melihat golongan yang bukan berpendidikan agama yang hebat macam kamu semua berada di barisan hadapan membongkar sikap biadap Umno yang bersekongkol dengan agen Yahudi di Malaysia.Kamu mengajar di dalam kitab-kitab tafsir yang hebat betapa bangsa Yahudi dan Nasrani itu tidak akan ikut jejak langkah kita sehingga kita ikut jejak langkah mereka, sekarang Umno telah ikut jejak langkah Yahudi tapi kamu para mufti hanya berdiam diri tak kata apa.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka .Katakanlah "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).".Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi jadi pelindung dan penolong bagi mu .(ayat 120 Surah Al-Baqarah).

Adakah taraf para mufti dan ulama hanya setakat membisu dan tak setuju dalam hati dalam isu Apco atau bersetuju dengan Umno dalam isu dalam Apco tapi dalam hati?
1 comments:

untuk renungan :

"Apakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?'Musa menjawab, "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yg jahil (yg melakukan sesuatu yg tidak patut)"...surah Al-Baqarah : ayat 67


Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009