Misai Merah

Ha ha 'Tuan Muda' pun polis tak boleh kesan apatah lagi Apco dan 'perisik Israel'

Pandai sungguh seorang remaja menyamar jadi 'Tuan Muda' di Pahang sampai Exco pun turut iring beliau untuk lawatan rasmi. Remaja berkenaan yang menyamar jadi kerabat diraja Pahang langsung tak diperasan oleh mana-mana pihak hinggalah identitinya dibongkar oleh salah seorang pelatih PLKN. Utusan Malaysia Online dalam laporannya Exco tidak sangka ikut lawatan kerabat diraja palsu melaporkan;

"Saya akui turut serta dalam lawatan itu selepas dijemput oleh Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil untuk melawat remaja golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kampung Sepat di sini."

Itu penjelasan dibuat oleh seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang yang enggan namanya disiarkan mengenai laporan kehadirannya dalam lawatan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ke atas remaja OKU itu pada 5 April lalu.

Exco tersebut berkata, pada mulanya, beliau sememangnya tidak tahu langsung mengenai kehadiran remaja berkenaan yang menggunakan gelaran 'Tuan Muda.'

"Saya fikir, budak itu juga dijemput oleh Abdul Hadi untuk melawat kem PLKN. Saya langsung tidak syak apa-apa pada masa itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Exco berkenaan, Abdul Hadi dijemput remaja terbabit di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di sini pada hari tersebut manakala beliau pula menunggu Abdul Hadi di sebuah restoran di Jalan Gambang-Kuantan.

"Selepas mereka keluar dari lapangan terbang, saya lihat kenderaan polis mengiringi mereka seperti yang diberikan kepada menteri-menteri. Kami kemudian melawat rumah seorang remaja kurang upaya di Kampung Sepat.

"Dalam lawatan itu, Abdul Hadi memperkenalkan budak itu kepada saya sebagai 'Tuan Muda'. Saya langsung tidak syak dan tidak bertanya apa-apa mengenainya kepada Abdul Hadi pada masa itu," katanya.

Tambahnya, Abdul Hadi dan 'Tuan Muda' itu kemudian bertolak ke Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Cahaya Gemilang di Cherating di sini namun beliau tidak turut serta sebaliknya pulang ke rumah.

"Selepas budak itu ditahan untuk siasatan polis, baru saya dimaklumkan mengenai identiti remaja lelaki itu. Biar polis buat siasatan," katanya.

Remaja berkenaan yang merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ditahan polis Jumaat lalu kerana menyamar sebagai 'kerabat raja' Pahang bagi membolehkannya mengadakan lawatan ke semua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini.

Pelajar tersebut menyamar dengan memakai gelaran Tuan Muda.

Bagaimanapun, penyamarannya terbongkar apabila salah seorang pelatih PLKN di Kem Cahaya Gemilang mengetahui identiti sebenarnya.-Utusan Malaysia Online.

Persoalannya kenapa pihak polis tidak buat siasatan dan tidak dapat kenal samaada 'Tuan Muda' tu betul-betul kerabat diraja atau tidak?Kalau 'Tuan Muda' palsu pun polis tak dapat kesan apatah lagi isu besar yang melanda negara iaitu 'Perisik Israel' dalam PDRM. Exco pun bangang dan pihak polis pula tak tau apa.

Berkaitan;

'Tuan Muda' pernah mohon menghadap-Tunku Azizah- Utusan Malaysia Online

Siasat 'kerabat diraja'-Abdul Hadi- Utusan Malaysia Online

0 comments:

Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009