Misai Merah

Depa dapat jumpa Obama sebab Apco!


Kita rakyat biasa ni kalau tak dak kabel atau link dengan orang pejabat PM mampoih tak dapat jumpa PM Najib. Kalau ada lesen dan buka perniagaan baru cuba -cuba nak hidup tak dak kabel dengan pegawai-pegawai kerajaan, tak pandai ambik hati depa, belanja minum teh, kopi radix dengan telor rebus separuh masak, bank in seratus dua dalam akaun depa alamatnya jangan cuba-cuba nak tayang muka kat pejabat kerajaan, tak laku muka kita!

Dalam berita harakahdaily Israel :Najib digesa jelas pendirian tegas negara kepada Obama melaporkan kerana kuat melobi jadi punca Najib dapat jumpa Obama.Laporan harakahdaily menyebut:

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan pendirian tegas Malaysia tentang status negara haram zionis-Israel kepada Barack Obama dalam Sidang Kemuncak Nuklear di Washington hari ini dan esok.

Beliau juga menyeru kerajaan memperbaiki kepakaran para diplomat tempatan supaya tugas-tugas diplomatik secara profsional di Washington boleh dilakukan oleh Kementerian Luar Negara sendiri.

"Latihlah para pegawai diplomat kita kalau kita lemah dalam melobi di Washington (supaya) kontrak-kontrak diberikan pada (firma) luar (negara) supaya menguruskan kerja-kerja kementerian luar,” ujarnya di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, kerajaan tidak perlu menggunakan firma-firma luar yang dikaitkan dengan pengaruh zionis-Israel, seperti Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC) untuk memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama di Washington.

"Kalau Yang Berhormat Perdana Menteri bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat sekalipun, kita tidak perlu pelobi-pelobi luar, khususnya yang ada hubungan dengan Israel."

Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail meminta Kamaruddin menjelaskan sejauh mana aktiviti melobi di Washington penting untuk tanah air.

Menjawab soalan itu Kamaruddin berkata, sewaktu Tun Dr. Ismail Abdul Rahman menjadi duta sulung Malaysia ke Washington, aktiviti melobi tidak berlaku.

Pun begitu, menurut beliau, semua ahli Parlimen perlu mengakui bahawa budaya di Washington menggalakkan aktiviti melobi.

Sebab itu, menurut beliau, para diplomat tempatan perlu diasuh supaya menjadi pelobi profesional bertaraf antarabangsa. Harakahdaily

0 comments:

Catat Ulasan


Hayati al-Quran di sini
"Umat Islam hendaklah mengambil Syariat Islam dalam menyelesailkan permasalahan dalam kehidupan mereka dan letakkan undang-undang syaitan di bawah tapak kaki mereka,"-AJK Majlis Fatwa Antarabangsa, Syeikh Dr Wahbah Az-Zuhaili

MALAYSIAToday

Malaysiakini :: News

Blog Tun Mahathir

Anwar Ibrahim

Tukar Tiub

SAKMONGKOL AK47

Malaysia Waves

Kopitiam Bang Nan

Faisal Tehrani

Debik Karmic

Briged Al-Akhdor LR2

Muslimeen United

Blog-list Malaysia

Libang Libu

Pinkturtle

Pak Long Din

Mat Indera Sipejuang

Perisik Rakyat®

Selangorku

Free Malaysia Today

KeadilanDaily.com

Detikdaily

Anak Kedah

Idris Ahmad

Khalid Samad

peguampas

~penarik beca

hamirdin

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

PAS Parit Buntar (PASPB)

JIWOKELATE

CUPING MERAH

Cenangau Daun Kari

Manjung Mari

CheguBard

Arkib Blog :

Pageviews.Blog start Jan 2009