Khamis, 15 April 2010

Najib melutut kepada AS kecam Iran tapi tak berani kecam Israel di White House- Anwar

Suara-Keadilan dalam laporannya Anwar kecam Umno-Bn melutut kepada AS , Israel melaporkan;

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sikap hipokrit kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional berkaitan hubungan Malaysia-Amerika Syarikat dan sokongan kepada Israel melalui khidmat rundingan oleh syarikat pro Zionis Israel, Apco Worldwide.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di peringakat jawatankuasa (Kementerian Luar Negeri) di Dewan Rakyat hari.

Anwar bingkas bangun membidas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang mendakwa pengaruh beliau di Amerika disebabkan peranan media.

"Oleh kerana nama saya disebut, satu kira ini satu penghormatan kerana disebut oleh Pasir Salak dan juga Kota Belud, dia berhempas pulas nak pertahankan Apco dan Israel. Dia dengan Rembau sekarang jadi jurucakap Apco. Paling malu bagi umat Islam, apabila orang Melayu Muslim bangun untuk mempertahankan Apco dan kepentingan Israel," ujar Anwar sambil disambut tepukan meja dari Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

"Saya tak pernah mengatakan saya berpengaruh di Amerika. Pendirian saya konsisten, kita pertahankan hubungan baik dengan semua negara termasuk Amerika Syarikat. Sebab itu saya tidak pernah berbohong kalau saya mengadakan pertemuan berkala dengan bekas Naib Presiden (Amerika) Al Gore sampai sekarang.

"Bezanya pimpinan kerajaan hari ini untuk mendapat dokongan Amerika terpaksa bayar RM78 juta kepada Apco. Dulu bayar RM4 juta kepada Jack Abrahamoff tauke judi maha besar di Amerika Syarikat . Ini kenyataan Pasir Salak, jangan pertikai untuk saya keluar bukti kerana bukti telah dikeluar. Kota Belud tidak berani bangun untuk pertahankan ini.

"Kedua saya nak sebut untuk kita berbaik dengan Amerika tidak apa, tetapi untuk melutut dasar Amerika menentang Iran dan memusnahkan Afghanistan, itu pengkhianatan kepada umat Islam dan negara ini. Apa kenyataan Perdana Menteri dalam isu Iran?

"Kalau kita katakan Iran tak berhak gunakan kekuatan nuklear untuk senjata munasabah tetapi mengapa Israel boleh, mengapa dia (Najib) tak berani menegur Israel dan melutut kepada Amerika Syarikat mengecam Iran di White House, tetapi tidak menegur Israel?" soal Anwar lagi.

Menurut Anwar, kepimpinan BN di bawah Perdana Menteri bersikap berdiam diri terhadap pembunuhan Israel ke atas penduduk Islam.

"Pendirian Umno ini yang kita tentang. Di Afghanistan, kita ambil sikap keputusan Obama undur tentera kita setuju, tetapi keputusan menyerang Afghanistan dari awal kita tentang. Perdana menteri Malaysia kata akan hantar 'training' di Afghanistan, 'training' apa bila mana umat Islam dibunuh di Afghanistan?

"Ini bedanya. Saya memang menghargai hubungan baik dengan Amerika tetapi tidak mengemis dan menjadi hamba abdi Amerika Syarikat," tegas beliau.-Suara-Keadilan

3 ulasan:

  1. salam...

    nak tunggu Malaysia jdi cam Afghanistan ke???skrg ni pun dah smakin bnyak pengaruh mereka merosakkan anak bangsa..generasi akan dtg..spelah generasi akan dtg nak pelopor negara jika modal insan negara ini semakin kurang kualiti mereka..yg nak berjihad pun cam takut2 jek nak tunjukkan diri..hmmmm..makin krglah pejuang islam spt zaman Rasullullah S.A.W..teringat akan keberanian Saidina Ali sewaktu masih muda sanggup berkorban utk Rasullullah...kita ni???tepuk dada..tanyalah iman..wawahua'lam

    BalasPadam
  2. perangai umno sekong2 macam israel...najib pon sama la...

    BalasPadam
  3. inilah akibatnya jika berfikiran sempit. Saya lebih suka menyatakan yang pendirian Malaysia tentang isu nuklear Iran adalah adil. Malaysia tetap berpendirian yang Iran berhak menggunakan teknologi nuklear utk keamanan tetapi tidak utk senjata. Senjata nuklear atau mana2 WMD adalah haram di sisi Islam. Bertentangan dgn kaedah peperangan yang dianjurkan oleh Nabi SAW.
    Jika pihak musuh seperti Israel mempunyai senjata nuklear, negara Islam seperti Iran dan Pakistan boleh membuat pilihan lain seperti memajukan sistem pertahanan anti peluru berpandu dan pesawat terbang jika boleh menangkis serangan seawal mungkin, pada masa yg sama memajukan kaedah serangan kilat konvensional keatas kedudukan strategik musuh. Menegur Israel di Nuclear Security Summit adalah ibarat mencurah air ke daun keladi apatah lagi setelah Amerika menyatakan pendirian utk tidak mengenakan tekanan ke atas Israel selagi negara haram itu masih mempunyai ancaman dekat dan jauh. Namun dalm jangka masa panjang, jika kita mampu berbaik2 dgn Amerika, pasti akan ada ruang bagi kita menyuarakan pendapat tentang tindak-tanduk negara penyokong Israel itu.
    “training” utk Afghanistan sebenarnya adalah kaedah terbaik utk membantu negara itu berdiri semula akibat peperangan bersaudara antara puak yang memberi ruang kepada kumpulan2 pelampau tumbuh dan menguatkan diri. Afghanistan perlu bangun dan stabil supaya pihak2 seperti Amerika tidak mempunyai alasan utk terus berada di sana.

    BalasPadam