Jumaat, 23 April 2010

Najib pengecut menyorok belakang Zahrain dan Zulkifli- Anwar

Ketua Pembangkang mencabar Perdana Menteri supaya menjadi anak jantan dan tidak menggunakan taktik jahat memfitnah beliau dan KEADILAN dengan menggunakan jentera kerajaan untuk menyebarkan dakyah serta menghentikan membuat kenyataan palsu untuk mengelirukan rakyat.

Dalam satu kenyataan beliau hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata amat memalukan bagi Datuk Seri Najib Razak bersembunyi di belakang pengkhianat parti seperti Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin untuk mencapai cita-cita politiknya.

"Kalau Najib ada sesuatu yang ingin dikatakan sampaikannya seperti anak jantan. Amat memalukan menyorok disebalik pengkhianat sepeti Zahrain dan Zulkifli.

"Saya sudah mendakwa Najib secara terbuka mengenai pembabitannya dengan skandal rasuah Scorpene dan kegagalan beliau menjawab isu pembunuhan Altantuya dan berderet lagi isu yang menghantui negara dan rakyat.

"Najib harus menjawab dakwaan ini daripada melibatkan diri dalam gosip liar dan menyebarkan fitnah," kata Anwar.-Suara-keadilan

1 ulasan:

  1. Salam..

    Mga Allah tunjukkan kebenaran..amin ya Rabb

    BalasPadam