Adakah Umno akan dapat jadi calon dalam prk Hulu Selangor? Mungkin itu hanya angan-angan Mat Jenin saja .Tidak mungkin Najib akan bagi peluang kepada partinya sendiri ketika beliau sekarang sedang bekerja keras untuk ambil hati rakyat Malaysia yang bukan Melayu yang menolak Umno-Bn dalam pilihanraya umum -12 yang lalu.
Umno Selangor yang berusaha jadi calon di prk Hulu Selangor hanya sebagai satu gimik untuk bagi tahu kepada orang Umno bahawa mereka dah berusaha tapi keputusan akhir terletak di tangan Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.Samy Vellu pula hari-hari provok Najib bahawa kerusi Hulu Selangor tu kepunyaan MIC dan MIC dah lama bekerja keras di Hulu Selangor.Kata Samy Vellu dalam laporan Bernama;
"Jadi saya serahkan kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan...MIC telahpun membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya kecil yang dijadualkan berlangsung pada 25 April ini. Banyak kerja telah dijalankan," katanya kepada pemberita selepas satu seminar anjuran MIC Perak di sini.-Bernama
Media pro Umno , Agenda Daily juga menolak Timbalan Presiden MIC, Palanivel bekas calon pru-12 untuk dicalonkan semula. Dalam postingnya Ada yang tak nampak 'gajah' di Hulu Selangor menulis;
Jika katakan Palanivel tetap dicalonkan soalan terbesar yang pasti buat semua jentera BN garu kepala mampukah depa tarik balik hampir 6,000 penyokong BN yang tidak memangkahnya dalam pilihanraya umum 2008.
Ada kawan-kawan di Hulu Selangor yang direct cakap ‘ sakit’ maksudnya depa kena ‘ tugas berat’.
Betoilah…tak ada sapa pun yang boleh kata Palanivel gerenti kalah,cuma isunya memang banyak kerja untuk carry nama dia berbanding kalau ada calon lain yang fresh.
Kawan pun tau setiap kali nak pilihanraya kecil soal nak memilih calon pasti jadi isu.Orang ni tak kena..orang tu tak kena.
Cuma dalam bab Hulu Selangor perlulah Kawan catatkan kalau Palanivel jadi bertanding ini adalah kali pertama BN letak balik calon yang pernah kalah.Ini yang kes berat.-Agenda Daily
Palanivel pula kata ;
"Presiden MIC hanya pilih saya sebagai calon. Ini kerana saya adalah ketua bahagian (MIC Hulu Selangor), Pengerusi MIC Selangor dan Timbalan Presiden. Kalau tidak hanya satu nama, calon lain mari akan timbul persaingan. Itu akan menggegarkan cawangan MIC di seluruh negara," katanya kepada Bernama di Batang Kali di sini.-Bernama
Berkaitan;
Lagi desak Hulu Selangor diserah pada Umno-Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan