Jumaat, 16 April 2010

Medan Rakyat tolak politik bangkrap Umno-BN

Dzulfikar Mashoor -Harakahdaily

Rakyat diajak menjadikan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor sebagai medan rakyat menolak politik bankrap wakil rakyat Bebas bersekongkol dengan Umno/BN.

Bercakap di Kuala Kubu Baru malam tadi, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan beberapa wakil rakyat tersebut seakan mengkhianati amanah rakyat.

"Rakyat tidak akan lompat walaupun beberapa ahli parlimen dan seorang Adun di Bakar Arang lompat parti dan khianat amanah rakyat," ujar beliau di Dewan JKKK Asam Kumbang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, walaupun Umno BN berkali-kali menolak desakan Pakatan Rakyat supaya diadakan pilihan raya kecil di kawasan-kawasan wakil rakyat Bebas, kematian bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad seolah-olah ketentuan Allah untuk menggagalkan perancangan Umno.

"Saya rasa pilihan raya kali ini merupakan suatu ketentuan Tuhan sebab Umno berkali-kali menolak desakan kita supaya diadakan pilihan raya kecil wajar diadakan di kawasan-kawasan beberapa wakil rakyat lompat parti itu.

"Politik bankrap ini akhirnya terpaksa menghadapi rakyat di Hulu Selangor," jelasnya.Baca lagi di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan