Dalam berita mStar Online Musa Hasan pertahankan anggotanya melaporkan;
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini sambil menempelak pihak-pihak yang mengkritik polis ekoran kes tertembak Aminulrasyid Amzah, 15, menegaskan, sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi menguatkuasakan undang-undang jika itu yang dimahukan orang ramai.
"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, cakap saja.
"Saya boleh arahkan anggota-anggota saya supaya jangan buat apa-apa termasuk memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang memandu tanpa lesen," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen derma darah di Pusat Daraf Negara sempena Sambutan Hari Polis ke-23 di sini.-mStar Online.


30 April 2010 11:02 PG
Misai Merah ada kasar nampak. Semua sihat ka.
30 April 2010 8:10 PTG
kpn lulus apa?..cakap macam bdk tadika kemas aje..
2 Mei 2010 10:39 PTG
Saya amat sedih bagi arwah dan harap keluarganya bersbar sehingga mendapat keadilan.
4 Mei 2010 10:46 PG
Berlagak nak mampos Si Musa tu. Macam anggota polis tu bekerja untuk dia. Gaji dia sapa yg bayar kalu bukan dari cukai rakyat..
4 Mei 2010 5:28 PTG
dialah yg usung tilam .... dari villa yg tak siap .. rakyat tak lupa .. ... la ni dah jadi KPN.. skrg rakyat dapat dengar kata-kata bistari seorang KPN... apapun yg jilat tetap sokong .. kerana sangka kuasa masih ditangan mereka .. mereka lupa ada kuasa tertinggi...
Catat Ulasan