Jumaat, 2 April 2010

KDN masih ingat kita berada di zaman belum merdeka


Akta mesin cetak yang lapuk yang mengekang penerbitan akhbar sepatutnya sudah lama dihapuskan. Menyekat penerbitan akhbar dengan bermacam-macam akta mesin cetak dah tak sesuai lagi.Berapa ramai sangat rakyat yang baca suratkabar? Semua suratkabar sekarang ini berada di zaman kejatuhan .Tak kiralah Harakah, Suara Keadilan ,Siasah dan juga Konsep yang ditamatkan permit penerbitannnya.Rakyat sudah beralih arah kepada media baru iaitu berita online seperti Malaysiakini, Malaysian Insider , Malaysia Today dan juga media pro BN seperti Utusan Online dan Berita Harian Online.

Semalam kilang cetak suratkabar di Shah Alam telah dihalang daripada meneruskan kerja-kerja mencetak akhbar Konsep oleh penguatkuasa KDN negeri Selangor yang sering 'melawat' kilang tersebut yang juga mencetak akhbar Harakah dan Siasah .4 pegawai KDN daripada cawangan negeri Selangor telah datang ke kilang cetak akhbar berkenaan dan memberi amaran supaya jangan teruskan kerja-kerja mencetak akhbar Konsep. Pihak penerbit akhbar Konsep pula telah menukar nama akhbar 'Konsep' kepada nama 'Kabar' yang ada permit penerbitan bernombor PP16761/12/2010(0262030). Tarikh permit tamat akhbar sulung itu akan berakhir pada 27-12-2010.

Pihak KDN tidak sambung permit penerbitan akhbar Konsep .Punca utama mungkin ada kaitan akhbar berkenaan yang pro Pakatan Rakyat.

Pihak KDN hanya mampu menyekat cetakan suratkabar tapi tidak mampu menyekat media baru di internet .Kalau dulu zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka di era 60-an,70-an, 80-an bolehla disekat akhbar dan berada dalam cengkaman KDN tapi sekarang rakyat dah cerdik-cerdik belaka bukan macam dulu-dulu.Tak baca akhbar pun tak mengapa media baru ada!

Mengekang lidah rasmi Pas Harakah hanya boleh dijual di markaz-markaz Pas dah tak sesuai lagi dah. Rakyat tetap tahu segala keburukkan Umno-Bn melalui media baru. KDN umpama kain selimut yang tak cukup besar. Tutup kepala nampak kaki, tutup kaki nampak kepala.

4 ulasan:

  1. malaysia tidak cukup demokrasi,

    BalasPadam
  2. Zainul Faqar yang biadap

    Ada ilmu tapi tidak diamalkan, ada adab tapi tidak dipraktikkan, ada maruah tapi ditelanjangkan, sayangkan jamaah tapi merendah-rendahkan orang lain dihadapan khalayak.

    Apakah motif Zainul Faqar menerjah Ust Nasharuddin Mat Isa ketika sedang berbual dengan seorang ahli parlimen Umno ketika parlimen sedang bersidang berkenaan isu APCO. Bagi Zainul Faqar, isu itu terlalu besar sehingga tidak boleh berehat untuk minum air.

    Kalau ya pun ingin tahu apa yang dibualkan oleh Ust Nasha, kenapa sampai ‘ditelanjangkan’ maruah kawan itu semata-mata kerja bodoh engkau tu.

    Apa yang buruk sangat berbual dengan MP Umno tu. Dan satu lagi, kenapa terdesak sangat engkau ingin tahu apa yang dibualkan mereka berdua.

    Tak boleh ke buat secara baik, tanya dengan baik, bagi Ust Nasha selesai dulu minum pastu jumpa dan ajukan persoalan yang engkau mahu tanya sangat kalau ya pun penting bagi engkau orang.

    BalasPadam
  3. Tak salah Zainul Faqar menerjah ustaz Nasha. Persoalannya yang memeningkan kepala ialah, ape ke jadahnya Tim. Presiden duduk di luar dewan , sedangkan Pakatan Rakyat tengah mempertahankan diri mereka dari serangan UMNO. Alih-alih Timb. Presiden dok minum kopi dengan MP UMNO. Kalau yang berbual setakat ahli-ahli biasa PAS, tak de lea menimbulkan kesangsian, sebab mereka x ada jawatan dan kuasa dalam parti. Bukan salah minum bersama-sama ahli-ahli UMNO, tapi the time is not right. PR sedang berbahas dan menyerang UMNO dalam Parlimen, alih-alih Timb. Presiden dok relax kat luar. Bukankah ini menimbulkan kesangsian kepada ahli-ahli PAS?. Saya sebagai rakyat Kelantan, merasa terkilan kerana penduduk Bachok mencalon Timb. Presiden sebagai wakil mereka. Saya rasa mereka pun menyesal dengan tindakan Timb. Presiden yang bertindak dengan tidak mengikut hasrat pengundi Bachok. Untuk PRU 13, saya yakin penduduk Bachok tidak lagi akan mencalonkan Timb. Presiden sebagai wakil mereka.

    BalasPadam
  4. nana nak tanya sikit laa......

    bila nasha nak isi borang grombolan??

    Tidak ada dlm sejarah pas..Tim.Presiden boleh buat prangai macam tu...kalau nak mengelak pun......lebih baik tok sah mai plemen ......

    mamat nie dok berangan nak jadi m**t***....buat prangai lagu tu ada laa saham sikit.......

    nana dah cukup meluat dengan prangai kebudak-budakan mamat ni...

    Tahniah Zainul Faqar........lain kali acah lagi mamat nie.....tengok dia nak pi sampai mana....

    BalasPadam