Khamis, 31 Mac 2011

Ini 'adik beradik' Datuk T

'Pegawai SPRM tonton pornografi selepas soal Teoh'-Malaysiakini

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan memuat turun dan menonton pornografi pada komputer milik pejabat selepas sejam menyoal-siasat Teoh Beng Hock.


Perkara ini didedahkan oleh pengerusi Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, tan Sri James Foong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika peguam Majlis Peguam, Cheow Wee menyoal bekas timbalan pengarah SPRM Selangor, Hishamuddin Hashim berhubung memorandum dalaman yang mengingatkan kakitanganya supaya sentiasa memerhatikan pelawat, saksi ataupun suspek ketika mereka di kawasan suruhanjaya itu.

NONEPada satu ketika, Fong berkata penolong penguasa Mohd Ashraf Mohd Yunus sedang menonton pornografi di komputernya pada jam 1.20 pagi, 16 Julai 2009.Foong: Pada pendapat saya, adalah agak longar cara saksi diperhatikan. Kenapa? Saya ingin tahu mengapa tiada kawalan keselamatan?

Hishamuddin:
Arahan diberikan (melalui memorandum dalaman) dan mesti ada pegawai (yang mengiringi saksi).

Foong: Kenapa tidak tanya pegawai awak apa yang mereka lakukan (apabila awak berada di pejabat pada waktu itu)?

Hishamuddin: (Mereka tidak beritahu saya) kecuali saya tanya.

Foong:
Tahukah awak bahawa Ashraf telah memuat turun bahan pornografi sekitar jam 1.20 pagi (16 Julai 2009). Apabila operasi dijalankan, dia menonton pornografi di internet.

Hishamuddin yang terkejut dengan berita itu mengambil masa sebelum menjawap “ia di luar kawalannya”.

“Ini tiada kaitan dengan kerja... mungkin inisiatif sendiri,” katanya.

Kejadian itu berlaku kira-kira sejam selepas beliau membantu seorang lagi rakannya menyoal Teoh.Berita dan gambar oleh Malaysiakini.

Orang fasik tak layak jadi saksi-Mufti Perlis

Mufti nasihat siasat dulu berita si fasik-Malaysiakini

Dalam menghadapi keadaan politik mengeksploitasi isu peribadi, seperti dalam isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, umat Islam dinasihatkan menyiasat dahulu kesahihan dakwaan itu.

"Nasihat saya, dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, apabila datang berita daripada orang fasik, hendaklah kamu selidik dahulu berita itu," kata Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

"Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti."

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Juanda berpendapat isu melibatkan keaiban peribadi tidak boleh dijadikan modal politik, apatah lagi jika perkara berkaitan seks yang amat memalukan.

"(Kalau betul pun), kita tak tahu, mungkin dia sudah bertaubat. Kenapa perlu dedahkan perkara itu? Siapa tak ada aib di masa lalu?" soal Dr Juanda lagi.

Katanya, rakaman video sahaja tidak mencukupi jika tidak disokong oleh empat saksi yang adil kerana kesalahan zina amat berat dan hukuman yang dijatuhkan hendaklah bebas daripada sebarang prasangka.

"Kalau ada (hanya) tiga orang saksi yang melihat perkara itu, lebih elok mereka tutup mulut sahaja daripada mendedahkannya. Kesan tindakan itu melibatkan banyak pihak, termasuk anggota keluarga yang terlibat," katanya.

Semalam, ulama terkenal Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, para mufti wajar menyatakan pendirian berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video kontroversi minggu lalu.-Malaysiakini.

Mufti Selangor dan Mufti Kelantan turut mengulas isu seks video lucah tersebut.Baca lagi di sini.

Baca juga ;
Shuib akui terima ancaman bunuh-Malaysiakini.
Video seks :Siasat juga seiras tapi tak serupa-Malaysiakini

Tanya Muhyiddin hantu jembalang tanah mana sapu saham RM52 Bilion?


Nasib baik Muhyiddin Yaasin tak jadi Perdana Menteri Malaysia.Jadi Timbalan Perdana Menteri pun dikira tak layak hanya layak jadi Timbalan Presiden Umno saja sebab orang Umno banyak yang jadi tukang angguk dan yes man terhadap bos mereka.Muhyiddin ulangi lagi kata hantu jembalang kepada parti pembangkang kerana takut-takut Rakyat Sarawak ubah negeri Sarawak kepada PR.Najib pun sama faham-faham la ...

Dah dua kali Muhyiddin kata parti pembangkang hantu jembalang.Tak pa lah kalau rakyat Sarawak dah tak takut hantu jembalang ada pakai pendinding lalu tolak Umno-Bn di SarawakMuhyiddin nak kata apa?Ini cakap orang takut kalah dan tidak menampakkan kecerdikkan yang nampak hanya macam orang bodoh bila bercakap.

Cuba tanya Muhyiddin hantu jembalang tanah mana yang tibai dan lesapkan saham untuk bumiputera RM52 Bilion?Sampai hari ni tak dak seorang pun pemimpin Umno , ahli Umno yang berani bangkitkan isu ini.Mereka tak ada telur untuk cari kebenaran dihadapan pemimpin mereka.Jembalang tanah mana yang sapu dan tibai tanah rezab Melayu?

Muhyiddin tak berani sebut hantu jembalang kepada orang Kg Baru Kuala Lumpur yang tengah bersiap-siap pertahankan hak mereka yang cuba diusik oleh kerajaan atas nama pembangunan.MungkinMuhyiddin Yaasin ingat orang Sarawak pun bodo macam dia tu dia kata lagu tu.

Bila sebut hantu jembalang teringat Altantuya yang mati dibom hingga berkecai dengan bomC4 di Puncak Alam Selangor.Ada yang tak tidur lena kerana takut hantu jembalang yang sorang ni!

'Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit saja'.- Mufti Perak

Harussani:Saya tak membisu , pernah kecam video seks aib Anwar -Themalaysianinsider

Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.-Baca semua di sini.

Rahim Thamby Chik nak saman kalau dok mengata kat dia

Kalau Rais Yatim ambil tindakan undang-undang ke atas blogger sharpshooter dalam isu dakwaan kes rogol amah kini Rahim Thamby Chik yang mengaku jadi dalang tayang video lucah di hotel Carcosa Seri Negara mau ambik tindakan kepada orang yang didakwanya terlibat dalam video lucah tersebut iaitu Anwar Ibrahim dan penulis blog.

Serang peribadi :Rahim akan ambil tindakan-Malaysiakini

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya menyerang peribadi beliau berhubung pendedahan rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Beliau berkata, tindakan sama juga akan diambil terhadap penulis blog yang didapati menyerang peribadinya berhubung isu sama.

"Saya akan menjawab dengan tindakan undang-undang terhadap mereka yang melampaui batas ini," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, melawat Kolej Risda di Air Pa'abas di Alor Gajah, hari ini.-Malaysiakini.

Rahim juga berkata ,"Orang politik ni memang kuat berbohong"-Themalaysianinsider.Ha ha nak tergelak aku.Rahim ni bukan orang politik ka?Lantikan Rahim sebagai Pengerusi Risda tu bukan lantikan politik ka.Lantikan Pengerusi Risda Holding tu yang dilantik orang Umno tu bukan lantikan politik ka?

Awat Rahim hot-hot tak tentu pasal.Yang jadi panas punggung tak ketawan hala pasai apa?Rahim Thamby pernah didakwa terlibat rogol gadis bawah umur tapi hingga kini beliau menafikannya.

Baca juga;
Harussani:Saya tak membisu, pernah kecam video seks aib Anwar-themalaysianinsider
Peguam Anwar:Eskay wajar henti buat kenyataan 'bodoh macam budak'-Themalaysianinsider
Eskay mahu Anwar jawab lima soalan, dakwa video seks 'anugerah Allah'-Tmi

Rabu, 30 Mac 2011

Mufti Malaysia tak sehebat Al-Marhum Ishak Baharom

Alamarhum Dato' Ishak Baharom (gambar) yang pernah menjawat jawatan Mufti Selangor selama 12 tahun telah dipecat daripada jawatannya semasa memegang jawatan Mufti Selangor hanya kerana mengeluarkan pendapat pertandingan ratu cantik adalah haram hukumnya pada tahun 1997.Pendapat beliau itu telah dipolitikkan dan tidak disenangi pemerintah Umno-Bn. Beliau sanggup hilang jawatan demi mempertahankan hukum Allah daripada jadi hamba kepada pemerintah yang jahil dengan hukum agama. Baca di sini.

Kini tidak ada lagi para mufti yang sehebat beliau berani tegakkan kebenaran tanpa memihak kepada politik kepartian.Mulut para mufti dah jadi bisu dan takut kepada pemerintah dan biarkan begitu saja tanpa sepatah pun berani buat kenyataan yang boleh menamatkan sengketa politik Malaysia yang jijik dan kotor.

Mereka hanya berani berhujah dan buat kenyataan mengenai hukum poco-poco,nikah kahwin, perkara yang berkait dengan ibadat saja.Bila muncul isu politik dan pemerintahan mereka akur dengan pihak pemerintah.Mulut mereka jadi kelu dan bisu seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.Gam kasut cap apa yang pemerintah bagi kepada mereka hingga jadi begitu penakut suarakan kebenaran.Negara kita ada 13 mufti paling banyak dalam dunia untuk satu negara seperti Malaysia tapi mereka tak bersatu hati untuk tegakkan kebenaran dan melawan kezaliman pemerintah.

Baca juga ;
MB:Perak patuhi fatwa haramkan poco-poco-Malaysiakini
Mufti wajar nyata pendirian ,kata Dr Asri-Malaysiakini
Letak ancak :Mufti Perak kata Zambry tak syirik-Malaysiakini 11 november 2010

Kesian Ketua Pemuda Pas

Saya tak mau nak komen banyak-banyak tentang kenyataan Ketua Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasrudin Hasan At Tantawi mengenai laporan The Malaysianinsider yang melaporkan;

Pemuda Pas sedia terima Arman Azha jika sedia tinggalkan Perkasa;

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi bersedia untuk “menerima” bekas ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menyertai partinya jika beliau sanggup meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu itu.

Semalam, Arman Azha yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara melepaskan jawatan tersebut yang disandangnya sejak awal 2009 kerana mahu aktif dalam politik.

Menurut Arman Azha, tindakan beliau melepaskan jawatan itu tiada kaitan dengan desakan atau masalah dengan kepimpinan dalam Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali.

“Saya cuba menghubungi beliau (Arman Azha) tapi tidak dapat sebab kita nak tahu apa asas beliau meletakkan jawatan itu, apa yang saya tahu beliau mahu terlibat aktif dalam politik dan sekarang beliau adalah ahli Umno.

“Saya nak tahu sama ada beliau mahu kekal (dalam Umno) atau akan sertai parti lain, sebab itu kita nak bincang dengan beliau dan kita bersedia untuk terima dan undang beliau dalam PAS dan Pakatan Rakyat,” kata Nasrudin.

Nasrudin berkata jika Arman Azha bersedia tinggalkan Perkasa dan Umno untuk sertai PAS dan Pakatan Rakyat, “saya mengalu-alukan.”

Bagaimanapun, jelas Nasrudin, pihaknya tidak akan memaksa Arman Azha untuk menyertai PAS dan keputusan itu harus dibuat dengan rela hati.

Beliau juga menafikan pernah mempelawa Arman Azha untuk menyertai PAS.

“Saya tidak pernah (pelawa), mungkin ada pihak lain tapi bukan saya dan saya difahamkan beliau ada menghadiri program ceramah kita (Pakatan Rakyat) di Stadium Melawati (Shah Alam) kelmarin dan mungkin beliau ada buat penilaian tersendiri.

“Kalau ikut slogan kita, ‘PAS Untuk Semua’ dan kita bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk Arman Azha,” katanya.

Ketika mengumumkan peletakan jawatan itu, Arman Azha juga mendedahkan beliau turut menerima pelawaan parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu bila menerima pelawaan itu dan masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Jelas Nasrudin, beliau sedia menerima Arman Azha dalam parti Islam itu kerana bekas ketua Wira Perkasa itu merupakan seorang individu yang berprinsip dan rasional.

“Saya pernah kenali beliau dan pernah bersemuka... saya lihat beliau seorang yang boleh berfikir secara matang, terbuka dan rasional selain boleh dibawa berbincang dan mudah mesra.-Themalaysianinsider.

Bob Lokman dengan Bekas Ketua Wira Perkasa tu tak sama..kena beringat sikit la takut jadi macam Mat Bisul Kulim Bandar Baharu yang kini selesa sebagai Bebas mesra Umno selepas dipecat daripada PKR.Nasib baik dulu Pas zaman Almarhum Ustaz Fadhil Noor tak terpedaya dengan Zul Noordin dan beliau juga tak diterima Pas untuk jadi calon Pas dalam pru 12..kalau tidak nasib Pas akan sama macam PKR yang kena 'belasah' dengan Zul cukup-cukup.Zul juga kini aktif menyerang Pas dengan menggelar 'Pak Jenggoat' dalam blog beliau.

Ada yang kata ustaz Hasan Nasrudin pandai bagi kuliah agama tapi bila masuk bab politik tak berapa cerdik bila bercakap.Ada yang kata sampai dah peringkat kesian sangat-sangat bila ustaz Nasrudin bercakap bab politik.

Dalam politik ni macam -macam boleh jadi woo..hari ni berkelai esok berkawan, lusa berkawan tulat berkelai.Nak masuk nak ambik dok dalam parti kena ambik kira juga.Dulu ramai orang Umno pakat beremba masuk PKR bila dah menang pru 12 di lima negeri ngaku jadi ahli PKR pun ada dapat juga jadi Ketua Kampung.Lepas tu pakat meloroih sorang-sorang bila apa yang dihajat tak dapat lari masuk Umno balik. Hi hi

Moga Ustaz Nasrudin tak dimelugaikan oleh pemuda Pas macam pemuda Umno meluat sangat-sangat kat Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno Malaysia.

"Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive dan Selamatkan Malaysia".


Lebih 100 aktivis demo anti- sisa radioaktif-Malaysiakini

Kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan simpang masuk ke bangunan parlimen bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.Mereka terdiri daripada aktivitis termasuk dari NGO, Save Malaysia.

Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi.

Sebanyak empat buah bas membawa kumpulan yang membantah pusat penapisan yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp itu.

Penunjuk perasaan ini tiba di persimpangan parlimen sekitar jam 9.20 pagi. Mereka kemudian mengadakan perbincangan dengan seorang pegawai polis.

Perhimpunan aman

Sebelum bersurai, mereka melaungkan "Stop Lynas, Selamatkan Kuantan, Stop Radioactive dan Selamatkan Malaysia".

NONEHadir sama, adalah lima anggota Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) yang diketuai oleh pesuruhjayanyanya, Mohamad Shaani dan perwakilan daripada Majlis Peguam turut hadir bagi memantau keadaan.

Perhimpunan hari ini diadakan secara aman. Tiada insiden yang tidak diingini dilaporkan.

Sementara itu Fuziah ketika ditemui pemberita berkata beliau telah membangkitkan isu berkenaan sejak 2008.


Menurutnya, selepas tsunami di Fukushima, Jepun, bulan lalu, rakyat kini lebih menyedari bahaya bahan radioaktif.

"Pembuangan radioaktif itu di Kuantan, walaupun lima peratus, tetapi ia (boleh) memberi kesan seperti kanser dan kecacatan," katanya. Pada 23 Mac lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Maximus Ongkili berkata kerajaan memberi jaminan bahawa pembinaan loji pemprosesan logam radioaktif di Gebeng, itu adalah selamat dan tidak membahayakan kesihatan awam.Baca semua di sini.

Sisa radioaktif ni kalau kena tak kira orang parti apa, bangsa apa semua kena.Kerajaan kalau tak dengar suara rakyat buatlah janji boleh pulang keuntungan yang besar.Sekarang negara Jepun yang gah dengan kuasa nuklear jadi padang jarak padang tekukur akibat Stunami semua da lebur dan lebih merana lagi rakyat Jepun bila loji nuklear meletup..mana mau lari..

Kalau projek pembuangan sisa radikatif tu berjaya dibangunkan rakyat Pahang dan penduduk Kuantan yang kena dulu...rakyat didahulukan..

Kerajaan boleh tolak supaya projek tu dibuat di negara lain termasuk di Eropah awat yang nak bawa mai negara kita.Orang putih tak bodoh nak terima ni semua.Mereka mahu kenakan kita biar rakyat kita mampuss.Bangga sangatka nak semua projek terbesar dan tertinggi ada di Malaysia walaupun boleh menjahanamkan kesihatan rakyat kita.Sampah dan sisa radioaktif pun kita nak sapu tak ingat nyawa rakyat ka?

Umno ingat dia perintah Selangor, sekolah Umno punya!

Pancing undi dalam acara rasmi kerajaan-Malaysiakini

BN sebagai parti pemerintah nampaknya akan memulakan kempen untuk pilihan raya umum ke-13 dengan menggunakan acara rasmi kerajaan untuk mendapatkan sokongan.

Sebagai contoh, dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di beberapa kawasan terpilih di Selangor jelas menunjukkan usaha meraih sokongan bagi merampas kembali negeri itu daripada penguasaan Pakatan Rakyat.

Dalam pertemuan di kawasan perbandaran Ampang, Muhyiddin berkata BN patut menjadi pilihan utama memandangkan parti itu mendahulukan kepentingan rakyat.

Katanya, walaupun rakyat boleh memilih pihak mana pun yang dirasakan sesuai, selama 54 tahun BN memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

Sehubungan itu, tambahnya, menjelang pilihan raya, rakyat perlu mengambil kira bahawa kerajaan pimpinan BN menggutamakan mereka.

Bercakap kepada kira-kira 500 hadirin di sebuah sekolah di Lembah Jaya, Muhyiddin juga memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi akan membuat pengumuman berhubung dasar baru yang akan membantu orang ramai menangani inflasi.Lebih ketara ialah ucapan oleh menteri pertanian dan asas tadi, yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar.

"Kita perlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk mengambil alih kerajaan negeri (dan) kita hanya ada 21 kerusi," katanya.-Malaysiakini

Umno ingat dia yang perintah Selangor boleh langgar mana dia suka.Umno bukan tak taw acara parti dengan kerajaan tapi perangai ni Umno da bawa sejak lama dulu semasa berkuasa di Selangor.

Tawaran apa lagi yang Umno-Bn nak bagi kepada rakyat Selangor? Dulu tak ada air percuma 20meter padu yang dinikmati rakyat Selangor sekarang.Macam-macam skim kebajikan untuk rakyat ada cuma Umno pekakkan telinga dan butakan mata daripada melihat kebajikan yang dilakukan sekarang.Kalau Umno kembali berkuasa silap-silap air percuma sekarang dikira tunggakan oleh Syabas yang mesra Umno! Mampoih jenuh bayar.

Umno sendiri dapat rasakan nikmat di bawah kerajaan sekarang tapi otak tu da jenih bangkang tak ketawan hala main sondol ja tu yang kata sekolah pun Umno punya, boleh guna sesuka hati.Muka -muka samseng dan gedebe pemimpin Umno Selangor memang tak layak jadi pemimpin kerajaan negeri Selangor.

Bapa borek anak rintik..semua kira halal ,haram belakang kira







Apa yang tidak ada dalam Umno cuba habaq mai..start daripada hujung rambut sampai hujung kaki benda yang diharamkan Allah SWT semua ada.So..tak payahlah Umno nak bercakap soal akhlak dan moral rasa geli dengaq.

Kita rakyat Malaysia tak dapat tidak terpaksa tolak Umno..kerana Umno lebih teruk daripada parti-parti yang ada dalam Malaysia ni.Bukan nak cakap besar tapi ini kenyataan bukan rekaan.Saya dah kata Pas pun bukan baik sangat tapi kalau nak banding dengan Umno memang jauh panggang daripada api.

Kita bukan taksub kepada mana-mana parti sampai kalau pemimpin buat salah kita diam hanya kerana nak jaga parti..nak jaga parti kepala hotak hang pa kalau dah tak betoi dan salah tetap salah.Wala' tu wala' la jangan sampai orang kata wullu' sudah la.Hi Hi

Pemimpin mana-mana parti pun yang berkuasa kena ingat hang pa semua makan gaji duit rakyat , naik kereta kerajaan kereta rasmi tu duit rakyat bukan duit poket sendiri so tak usahlah nak berlagak kata ini semua aku yang punya.Hidup pun tak lama paling tinggi pun 70 tahun ja.So kalau jadi pemerintah pun tak kira zalim ka tak zalim cukup 30 tahun tumbang la! Contoh Mubarak diktator tua Mesir. Tun Mahathir pun paling lama jadi PM Malaysia 22 tahun ja pas tu kena turun da tak boleh pi da.Cuma nyawa BN masih bernafas kuasai Malaysia dah 50 tahun lebih daa.Bila nak tumbang?

Logik akal la Umno memang dah tak patut disokong orang Melayu kalau dilihat daripada segi buruk perangai dan akhlak.Perangai Umno yang buruk sekarang da merebak kepada blogger-blogger mereka yang suka bercakap dengan bahasa yang kesat dan mencarut-carut sampai langsung tiada batasan.Ikut nak terkeluar daripada fikiran mereka saja langsung tak ada penapis.Akhirnya semunya tu makan diri sendiri macam gambar paling bawah perangai blogger Umno sama macam pemimpin mereka di atas.

Baca juga;
Izzah buat laporan 'kartun lucah' bapanya-Malaysiakini
Pancing undi dalam acara rasmi kerajaan-Malaysiakini

Selasa, 29 Mac 2011

Ni dia blogger Umno berlengan bulu bersama air kencing syaitan


Siapa orang ini adakah anda kenal?Beliau adalah blogger Umno yang sering menghentam Pas dan PR dengan bahasa yang cukup kesat, penuh dengan maki hamun.Beliau juga kerap menghentam golongan ulama dalam Pas dengan perkataan Pu** M**K. Beliau juga sering menulis perkataan Takbir dengan ejaan 'Take beer, takebeer' sebagai memperlekehkan kerajaan PR di Selangor dalam blog beliau Parpukari.

Berapa banyak wang rakyat habis di sini?


Kita rakyat bukan peminta sedekah kepada Umno untuk hidup.Kira rakyat pandai cari rezeki sendiri. Tapi pemerintah habiskan wang rakyat sesuka hati hanya kerana Bik Mama.

Rakyat hidup lebih selesa tanpa BN


Para pengundi Sarawak perlu bangkit menyanggah pemikiran lapuk dengan suatu persepsi baru bahawa tanpa BN rakyat akan hidup lebih selesa.

Pengarah Jabatan Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar berkata, keadilan dan kesejahteraan tidak mampu lagi ditegakkan di bawah rejim BN.

“Jangan ada peluang buat BN memerintah buat sekian kalinya, kerana puluhan tahun mereka hidup mendera rakyat,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menyeru supaya menjadikan tsunami politik tahun 2008 di Semenanjung sebagai inspirasi untuk berubah di Sarawak, kerana perubahan itulah yang akan mengubah nasib rakyat.

Katanya, rakyat di kerajaan negeri Pakatan Rakyat telah menikmatinya, kini tiba pula giliran pengundi di Sarawak.

Beliau juga memberitahu, pihaknya akan turun berkempen sempena pilihan raya negeri yang berlangsung pada 16 April ini dengan misi agar pengundi Sarawak memahami dengan lebih jelas penipuan dan penyelewangan yang dilakukan oleh Umno BN terhadap rakyat khususnya di negeri itu.

Selama ini, katanya rakyat mudah ditipu dengan pelbagai janji manis menjelang pilihanraya umum di mana janji pembangunan adalah janji wajib yang ditaburkan setiap kali pilihanraya berlangsung.

Tambahnya, pelbagai sogokan seperti kain pelikat, jalan raya diturap, pecah tanah, subsidi baja, hamper, wang saguhati, basikal dan macam-macam lagi adalah lumrah bagi BN.

“Selepas pilihanraya berlangsung pemimpin yang dipilih rakyat ini hilang entah ke mana bersama janji mereka.

“Rakyat pula sengaja dibiarkan hidup melarat terutamanya di kawasan pedalaman agar mereka terus berharap pemimpin BN boleh menghadirkan pembangunan,” katanya.

Katanya lagi, kemiskinan rakyat adalah kebanggaan BN kerana dalam kemiskinan itulah, rakyat akan meminta simpati mengharapkan sebekas bantuan terutama menjelang pilihan raya.

Pemimpin BN juga, ujarnya menanam dalam minda rakyat bahawa hanya BN mampu memerintah.

Selain BN, katanya pembangkang dianggap sesat dan pengkhianat di mana pemimpin Pakatan Rakyat ditohmah dengan pelbagai fitnah yang direkayasa.

“Rakyat ditipu bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah, rakyat akan hidup melarat dan susah. Inilah mentaliti kelas tiga yang cuba diputarbelitkan,” katanya lagi.

Jlasnya, demokrasi sebenar hanyalah mimpi di negara ini kerana demokrasi yang dicipta hanyalah untuk menguntungkan diri pemimpin BN semata-mata.

Menurutnya, dengan penyalahgunaan jentera kerajaan, manipulasi media yang berleluasa, daftar pemilih yang diragui, serta peranan SPR yang dicurigai menjadikan demokrasi Malaysia jauh tertinggal dengan negara lain.

“Kebebasan dan hak asasi rakyat dicerobohi. Rakyat dinafikan hak mendapatkan maklumat bebas dan telus,” ujarnya.-Harakahdaily

Israel pun tak sejahat itu, kita bukan berbicara soal lubang!

Rakyat Malaysia umumnya amat marah dengan penerbitan video seks palsu untuk memburukkan Anwar.Ia mendapat restu dari pucuk pimpinan Umno-Bn dibawah Najib dengan tidak menagkap mereka yang terlibat.Untuk peringatan , negara Israel tidak pernah melakukan perbuatan sekeji ini.-petikan daripada Suara Keadilan 9 edisi cetak yang terbaru keluaran 29 Mac.

Lebih gila lagi undang-undang di Malaysia ceramah umum dalam premis persendirian dihalang dengan pihak kerajaan menghantar polis dan FRU untuk batalkan program ceramah parti pembangkang tetapi tayangan video lucah oleh Datuk T yang didalangi Tan Sri Rahim Thamby Chik Pengerusi Risda,Bekas Ketua Menteri Melaka dan juga Bekas Ketua Pemuda Umno ini boleh pula ,tidak dihalang dan diambil tindakan.

Sementara iti Anwar dalam ceramahnya di Stadium Malawati Shah Alam berkata,

“Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik.

“Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN . . . belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia,” katanya pada program solat hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Anwar telah menafikan dakwaan terbaru ini dan membuat laporan polis Selasa lalu.

Menurut Ketua Pembangkang ini, tuduhan fitnah terbaru terhadap diri beliau tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga berjaya merampas Putrajaya daripada BN.

“Ujian ini tidak melemahkan semangat saya,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini yang dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa akhir 1990-an dan kes liwat kedua pada 2008.

Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga Pakatan Rakyat dibentuk tiga tahun lalu.

Anwar berkata, “isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara.”

“Jadi apa yang berlaku ini adalah Umno-BN sanggup lakukan apa sahaja, cara yang mungkin mereka jangka akan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, tetapi rakyat yang mahu menuntut Putrajaya,” katanya lagi.

“Kita yakin kita akan berbicara soal Buku Jingga (Pakatan Rakyat)bukan soal fitnah... bukan lubang . . . bukan najis dan bukan air mani,” kata beliau di hadapan lebih 5,000 orang.
Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Awal minggu lalu negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan pelacur dari China.

Tiga “Datuk T” yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai “jaguh baru” yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya.

“Dia (Abdul Rahim) jaguh baru . . . tokoh akhlak baru yang ditonjolkan Najib dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor)... tokoh moral baru iaitu Rahim Thamby Chik.

“Orang Umno kalau membunuh, tiada tindakan, rogol tutup kes, rasuah tutup kes... jadi saya minta kezaliman ini dihentikan,” katanya.-Themalaysianinsider.

'Jangan jadi syaitan bisu'- Presiden Pas



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Walaupun tidak ditujukan secara jelas terhadap siapa pemimpin agama itu, namun ia dilihat menjurus kepada Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang selama ini banyak memberikan pendapat atau komen menyentuh PAS.

“Di mana kalangan yang suka bercakap selama ini, jangan jadi syaitan bisu... yang diarahkan untuk berkata yang benar tapi tidak lakukan adalah syaitan bisu,” kata Hadi lagi.

Semalam, Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap pendedahan rakaman video seks minggu lalu.

Presidennya Rev. Dr Thomas Philips berkata, perkembangan itu meletakkan negara pada peta atas sebab-sebab yang tidak diundang.

Malah kata beliau, ia juga satu perkembangan menjijikkan dan tidak dapat menerima yang rakyat dihiburkan dengan naratif grafik berhubung video seks 21 minit, didedahkan oleh tiga pihak yang menggunakan nama “Datuk T”.

“Jangan anggap kezaliman adalah kekuatan kepada seluruh kerajaan, kezaliman yang berlaku merendahkan kerajaan, menunjukkan kelemahan dan kerajaan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka terus berkuasa.

“Jadi sebagai rakyat kita diwajibkan untuk tidak terlibat dengan kerja-kerja mungkar ini, percayalah pemimpin Barisan Nasional (BN) . . . kamu tidak akan kekal buat selama-lamanya . . . percayalah fitnah dan kezaliman yang kamu lakukan ini adalah tanda bahawa perubahan akan berlaku,” kata Hadi ketika menyampaikan ceramah selepas program solat hajat dan Pidato Khas ‘Menangkis Fitnah Jahat’ di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Awal minggu lalu, negara dikejutkan dengan tindakan “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, dengan pelacur dari China.
Tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Menurut Hadi, pendedahan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu disifatkan beliau sebagai “permainan politik” kotor dan bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita sedang mengalami satu peristiwa permainan yang sangat kotor bukan sahaja mengikut ajaran Islam bahkan ia bercanggah dengan amalan demokrasi yang diamalkan manusia sejagat.

“Kita sedang mengalami satu kecelaruan yang amat menakutkan di seluruh dunia dan apa yang berlaku ini wajib untuk kita lakukan perubahan,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Marang ini, mengikut undang-undang Islam mana-mana individu dituduh terlibat dalam satu perkara termasuk zina tidak boleh dianggap sebagai pesalah selagi ia tidak dibuktikan di mahkamah.

“Orang yang dituduh dianggap tak bersalah selagi tak dibuktikan dan sebarang tuduhan yang dibuat dalam negara bertamadun hendaklah melalui proses mahkamah dan keadilan, bukan melalui media atau perbualan masyarakat.

“Mengikut kaedah perundangan Islam atau hudud yang berkait dengan isu moral dan sebagainya ia akan ditolak jika berlaku kekeliruan dan ia dibuat di mahkamah bukannya orang lain,” katanya.

Tambah Hadi, kerajaan persekutuan sepatutnya mengambil sikap yang telus dan adil bagi membawa individu yang terlibat ke muka keadilan dan tidak sesekali berkompromi dalam perkara yang menyalahi undang-undang.

“Sepatutnya pihak berkenaan ambil tindakan, siasat siapa jurukamera, pelakon, penerbit dan pengedar . . . orang ini yang perlu disiasat.

“Jika kerajaan bertanggungjawab, maka kerajaan tidak akan terlibat dengan kemungkaran ini yang mana rakyat wajib mencegah kemungkaran daripada berlaku.

“Marilah kita melakukan perubahan supaya tidak ditimpa bencana,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.-Themalaysianinsider.

Gambar atas ialah semasa program solat hajat dan ceramah perdana di Stadium Malawati, Shah Alam.

Akta lindung saksi ada akta simpan bahan lucah dan tayang video lucah tak ada ka?

Bukit Aman:Polis tidak siasat Anwar kes video lucah-Themalaysianinsider

Polis tidak menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pendedahan video seks didakwa menunjukkan beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur meskipun pengkritik mahukan siasatan sedemikian ke atas ketua umum Pakatan Rakyat itu.

Ketua Sekretariat Polis Bukit Aman Deputi Komisioner Datuk Ghazali Mohd Amin berkata, Ketua Pembangkang itu tidak disiasat kerana tiada tanda menunjukkan wujudnya salah laku jenayah.

“Tidak, tidak, tidak,” kata beliau kepada The Malaysian Insider semalam apabila ditanya sama ada Anwar dikenakan sebarang tuduhan berhubung bentuk jenayah.

Ghazali enggan menjawab sebarang soalan lain kerana sedang menaiki kapal terbang ketika dihubungi.

Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, dua daripada tiga “Datuk T” menggesa agar diadakan suruhanjaya siasatan untuk menentukan ketulenan rakaman video itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat semalam, Ghazali berkata, polis kini dalam proses membuat pengesahan pakar berhubung bahan bukti yang diperoleh berkaitan kes video seks itu.

Malah semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pula berkata, ketiga-tiga ''Datuk T'' terbabit termasuk Datuk Shuib Lazim akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.

Rabu lepas, Abdul Rahim dan Shazryl Eskay mengakui mereka bersama Shuib adalah trio “Datuk T” yang bertanggungjawab menyimpan dan menayangkan video berkenaan kepada sebahagian wakil media di hotel Carcosa Seri Negara.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR telah tampil membuat penafian beliau individu di dalam video tersebut dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis di Bukit Aman pada Khamis dan Jumaat lalu, dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan lain termasuk Perkasa juga meminta suruhanjaya siasatan diadakan bagi meneliti pendedahan rakaman video seks.

Ini kali ketiga Anwar berhadapan dengan dakwaan berkaitan dengan moral dan seks.

Pada akhir 1990-an beliau disiasat dan didakwa berhubung kes liwat dan salah guna dan kemudian kes liwat kedua pada 2008.-Themalaysianinsider

Hebat hukum dan undang-undang Malaysia bila libatkan tokoh dan penyokong Umno jadi penyimpan dan tukang tayang video lucah tak boleh didakwa dan ditangkap malah siap bagi perlindungan lagi.Akta lindungi saksi ada mungkin akta simpan bahan lucah dan tayang video lucah dipadam buat sementara waktu.


Isnin, 28 Mac 2011

Politik paria amalan BN

Ini kisah di bumi Kenyalang Negeri Sarawak yang akan mengundi pada 16 April nanti.

Menurut pensyarah dari Universiti Malaysia Sarawak Jeneri Amir, dalam beberapa kes lalu, jalan-jalan menunju ke rumah panjang di mana penduduknya menyokong pembangkang telah tidak diturap manakala mentol dikeluarkan dari tiang lampu.

“Ada yang takut dihukum. Mereka tahu harga yang perlu dibayar... rumah panjang akan jadi susah. Bagi tuai rumah, elaun bulanan RM800 juga mungkin hilang,” katanya sambil menambah masyarakat berkenaan amat bergantung kepada bantuan kerajaan.

Namun katanya, seperti paderi, tuai rumah, aktivis tempatan dan pemimpin akar umbi mempunyai pengaruh politik dan corak pengundian di kalnagan masyarat tersebut.-Malaysiakini.

Ini politik paria tak ada class ni da lama berjalan di Semenanjung bukan hanya di Sarawak.Sejak merdeka hingga sekarang.Ini strategi pemerintah untuk terus kekal berkuasa.Taktik ini da lama digunakan Di Tunisia, Mesir, Yaman, Bahrain dan Libya.Negara Arab ini sedang bergolak kerana da tak tahan dengan pemimpin mereka yang rakus , zalim dan gila kuasa.Semua pemimpin mereka akan tumbang di jalanraya bukan macam kita BN kena ditumbangkan melalui pilihanraya.

Politik jalan tar dan mentol lampu hanya laku di kampung-kampung yang tidak ada kemudahan asas tapi kalau di Kampung Baru, Kuala Lumpur kalau BN dok cari pasal nak usik hak orang Melayu Kg Baru mereka akan kena sekeh dengan penduduk Kg Baru yang dah kenyang pembangunan tapi hak mereka tetap mereka pertahankan.Mereka tidak mudah diperkotak katikkan oleh Umno-Bn yang jual pembangunan kepada mereka.

Orang Dayak, orang Melanau dan lain-lain kaum di Sarawak kena tolak Umno-Bn ajar BN cukup-cukup bahawa kamulah raja yang berkuasa pada hari mengundi dengan menolak politik paria yang dibawa BN.Cukuplah diktator tua Taib Mahmud 30 tahun kayakan kroninya.

Amalan politik paria dan kotor BN dengan mengerahkan kaki samseng upahan dalam setiap pilihanraya adalah perkara biasa bagi mereka.Di prk Kerdau dan Merlimau politik paria ini juga wujud.Sebab apa wujud kerana wang jadi perkara utama!

Habis umpan duit BN umpan video lucah untuk disajikan kepada rakyat.Ni yangdikatakan politik paria.Politik paria ni kalau nak dihapuskan ialah dengan tolak Bn dalam pru Sarawak dan pru 13.

Anai-anai dalam busut tak pa lagi kalau anai -anai dalam tiang reban rumah


Perhatikan bila saja meletup video lucah yang ditayangkan secara bebas di hotel mewah Carosa Seri Negara oleh Tiga Datuk T yang didalangi oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik kini muncul pula cerita lain disebalik kisah video lucah tersebut.Umi hafilda awal-awal lagi kata ada lagi 18 video yang belum ditengok.

Lepas tu Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang kaya raya ni pula turut muncul dan ungkit kembali sejarah silam beliau dengan Anwar dan menganggap Pakatan Rakyat hanya satu konspirasi politik.

Kini muncul pula Datuk Nallakarupan yang kata mahu dedah siapa Anwar kepada Pas. Semuanya berturutan satu persatu muncul dan mereka seperti Datuk Nalla adalah orang yang pernah ditahan kerana memiliki senjata api pada tahun 1998. Kes ini dikatakan ada kaitan dengan pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Mereka semua ni adalah musuh-musuh peribadi Anwar hingga kini.Mereka meneruskan agenda mereka sejak 1998 tanpa henti mungkin kerana dendam macam Rahim Thamby Chik kata beliau dipecat sebagai Ketua Menteri Melaka yang ada kaitan dengan kes rogol gadis bawah umur kerana Anwar. Tun Mahathir tak pernah berhenti daripada berdendam dengan Anwar sama macam Tun Mahathir dendam kepada Tun Abdullah dan menantu Pak Lah , Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda Umno.

Mereka semua amat merbahaya menjalankan jarum mereka kepada rakyat demi untuk kesinambungan BN terus perintah Malaysia selepas pru 13 akan datang.Kalau BN tumbang dalam pru 13 akan datang mereka-mereka ni akan ghaib ghuyub hilang tah ke mana.Mereka semua ada skandal.Mereka macam anai-anai dalam tiang , kalau dalam busut (pongsu) tak pa lagi , yang dalam tiang ni bahaya bukan saja Anwar nak lingkup tapi rumah pun boleh reban!

Tapi Umno juga kena ingat musuh mereka bukan hanya Anwar Ibrahim tapi seluruh rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman Umno-Bn .Ni lagi bahaya kepada Umno-Bn.

Baca juga;
Sejarah bukti Daim khianati orang Melayu, kata Yusmadi-TVSelangor.com
Kes Eskay lawan Merong Mahawangsa jadi tumpuan-TVSelangor.com
Daim:Tanpa Dr M, Anwar tak mungkin jadi Timbalan Presiden-Malaysiakini.
Dulu mata kini perut jadi sasaran-Harakahdaily

Kesian Brahim Ali Tercungap-Cungap Pertahan Hak Melayu


Lebih baik ditadbir penjajah jika hak Melayu hakis, kata Ibrahim Ali-Themalaysianinisder

Kaum Melayu lebih baik tinggal di bawah pentadbiran penjajah jika Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak istimewa mereka diketepikan dan terhakis, kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini.

Dalam kritikan pedas beberapa jam sebelum pentadbiran Najib mengumumkan laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Ibrahim berkata, agenda nasional mesti digerakkan selari dengan kehendak Artikel 153.

“Hak tetap hak,” kata beliau pada akhir Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera anjuran Perkasa di sini hari ini.

Justeru kata beliau, tindakan-tindakan sebaliknya bersamaan dengan pendekatan mengabaikan kesemua hak yang diperjuangkan oleh nasionalis Melayu ketika menentang pembentukan Malayan Union, yang memberikan bukan Melayu lebih banyak hak.

“Perlembagaan Persekutuan mesti dijadikan terma rujukan dalam mana-mana dasar nasional,” kata Ibrahim.

“Meskipun kita sedang menuju ke arah satu transformasi dengan cenderung kepada meritokrasi dan liberalisasi untuk memenuhi kehendak ekonomi global, terma rujukan yang seharusnya mestilah Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas ini.-TMI

Presiden Perkasa Brahim Ali tercungap-cungap nak pertahan hak Melayu sampai sakit jantung sementara Umno jadi tukang perabih harta merdak orang Melayu.Lesapnya saham untuk bumiputera yang hangus disapu kroni Umno-Bn berjumlah RM52 Bilion tidak dipertikaikan Brahim Ali.PM Najib sendiri seperti yang dilaporkan akhbar Harakah mengakui saham untuk syarikat bumiputera dah lesap.

Umno sibuk kata buku Jingga PR boleh sebabkan negara muflis sebab buat kebajikan untuk rakyat jika perintah Malaysia tapi Umno pejam mata macam tak dak apa yang hilang, bila mereka sendiri jadi pengkhianat bangsa Melayu dengan hilangnya saham untuk bumiputera RM52 Bilion.Nak pertahan apa lagi Brahim yang berbilion pun dah hilang tambah yang sikit-sikit ni. Tunggu Perkasa buat demo saham Bumiputera hilang RM52 Bilion bersama NGO Melayu songkok tinggi !

Lagi banyak isu seks timbul lagi senang Umno nak tipu dan kaut hak Melayu dan bumiputera.

Ahad, 27 Mac 2011

Blog Umno pun tak percaya tu Anwar, video kencing rakyat


Siapa untung bila timbul isu video seks lucah yang ditayangkan oleh Tiga Datuk T yang jadi 3 jahanam kepada politik Umno dan Malaysia?Adakah Umno raih kemenangan politik besar bila video lucah yang dituduh mereka muka dalam video tu Anwar tapi badannya buncit pungkoq besaq?

Dulu Tun Mahathir dan konco-konconya tuduh Anwar Ibrahim pukul diri sendiri dalam lokap sampai biji mata lebam.Last2 Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor mengaku kata dia pukul dan boxing Anwar dalam lokap. Kini bila isu video lucah yang jadi filem pecah panggung yang 'kaut untung berjuta-juta sokongan undi' di Malaysia dan luar negara dalangnya Rahim Thamby Chik mengaku kata terlibat tayang video lucah tidak dikenakan apa-apa tindakan.Yang pasti mereka tuduh pelakonnya adalah Anwar.

Malangnya kini blog-blog Umno sendiri kata isu video lucah tu dah jadi senjata makan tuan.Blog Umno Reform turut pertikai siapa pelakon dalam video lucah tersebut.Baca komen-komen di sini.Bagi orang yang ada otak dan berfikiran waras tidak akan terus percaya bulat-bulat apa saja yang disogok dalam fikiran kita.Video lucah tersebut dah jadi video kencing rakyat.

Baca juga ;
Bekas mufti saran perhimpunan anti politik lucah-Malaysiakini

Jawatan TP Pas: Tuan Ibrahim Tak Mau Lawan , Mat Sabu Mau

Masih awal untuk diketahui berapa penjuru pertandingan jawatan Timbalan Presiden Pas dalam Muktamar Pas akan datang.Jawatan Presiden Pas tak dengar pula akan ada pertandingan.Semua tertumpu kepada jawatan no 2 dalam Pas iaitu jawatan Timbalan Presiden Pas.

Belum apa -apa lagi Naib Presiden Pas Ustaz tuan Ibrahim Tuan Man dah angkat tangan tak mau lawan jawatan Timbalan Presiden Pas katanya nak jaga perpaduan dalam Pas.Awat..? kalau dia lawan jawatan tu Pas jadi berterabur habis ka? bukan lawan guna duit macam Umno awat takut Pas jadi berterabur? No 2 tuan Ibrahim tak mau mungkin Tuan Ibrahim idam jawatan no1 dalam Pas hi hi..lawan la peduli apa.sapa nak lawan.. lawan

Mat Sabu pulak yang jadi AJK Pas Pusat macam saya kata dulu dia tak kira apa dah dia nak lawan dan bertanding jawatan Timbalan Presiden.Kalau nak lawan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan dulu tentu dia pertahankan jawatan Naib Presiden Pas yang pernah disandangnya dulu.

Ustaz Nasharudin Mat Isa yang kini menjawat jawatan Timbalan Presiden Pas sudah tentu akan pertahankan jawatannya walaupun beliau berdiam diri..kata orang 'diam ada makna tu..'.Suara daripada kem dalam kelambu beliau mula dah pasang kaki suruh pertahan jawatan Timbalan Presiden Pas.

Pemilihan Pas:Tuan Ibrahim tak tanding no 2 , Mat Sabu masih kaji peluang-TheMalaysianinsider.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Tuan Ibrahim berkata, keputusan diambil demi masa depan yang lebih baik bagi PAS.

Jelas beliau, PAS mempunyai ramai pemimpin yang lebih layak dan berwibawa untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden.

“Saya tidak akan bertanding jawatan timbalan presiden dan keputusan itu dibuat setelah fikirkan bahawa PAS mempunyai kepimpinan yang ramai dan boleh menyumbang memperkuatkan parti dalam menghadapi cabaran serta bersaing dengan Barisan Nasional (BN).

“Cabaran PAS kini lebih besar dan keputusan yang saya buat ini adalah jelas,” katanya.

Jelas Pesuruhjaya PAS Pahang itu, dengan keputusan itu diharapkan kawasan yang akan mengadakan mesyuarat pada bulan depan tidak akan mencalonkan beliau bagi merebut jawatan timbalan presiden.

“Dengan keputusan ini saya harap kawasan tidak akan calonkan saya bagi jawatan ini, saya harap tidak pencalonan.

“Saya harap kawasan akan pencalonan pemimpin yang lebih baik dan layak untuk memegang jawatan itu,” katanya.

Dengan keputusan itu, dijangkakan jawatan timbalan presiden akan menjadi rebutan antara penyandangnya Nasharudin dan ahli jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu yang mungkin akan bertanding.-TMI

Kabinet Malaysia dan polis macam Raja Lawak

Masyarakat dunia sedang tertawakan Menteri Kabinet Malaysia dan juga pihak berkuasa polis kerana mengamalkan pendakwaan terpilih.Malah Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz jadi bahan kritikan dan ditertawakn orang kerana bercakap macam orang yang tak reti undang-undang.Perdana Menteri pun sama ketika mengulas isu video seks lucah yang jadi kontroversi katanya babitkan pemimpin politik

Komen Najib isu video seks lucah“Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan,” kata Perdana Menteri selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi. “..-Video seks:Najib Pertahan Umno tidak terlibat-Themalaysianinsider.

Komen Datuk Nazri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,“Awak bagi tau apa yang salah. Semua orang kata ia melanggar undang-undang, tetapi bagi tahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang tahu, perlu tampil dan maklumakan kepada kami,” katanya.Baca di sini.

Komen Ketua Polis Negara Ketua Polis Negara,

Tan Sri Ismail Omar juga mengelak berhubung laporan bahawa Rahim dan Shazryl Eskay telah ditangkap.

NONE"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya kepada Bernama.

Sehingga berita ini ditulis, tiada pengesahan mengenai sebarang tangkapan.

Malah ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga ditunjukkan video lucah berkenaan berkata dia tidak ditangkap.

Kes video seks itu kini diklasifikasikan polis untuk disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengedar bahan pornografi atau lucah.

Anwar
: Apa tangkapan?


Pada ceramahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur, malam semalam, Anwar membidas sikap dwi standard yang diamalkan oleh polis.

NONE"The Star kata ada tangkapan. Semua ini tipu. Apa tangkapan? Mereka dibawa sekejap, kemudian dibebaskan.

"Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat.

“Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita. Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar kepada lebih 1,500 hadirin.-Video seks;Ada tangkapan atau tidak?-Malaysiakini

Pelakon dalam video belum diketahui siapa yang terlibat sebenarnya tapi dalang-dalang yang terdiri daripada Rahim Thamby Chik, Datuk Eskay dan Bendahari Perkasa dah mengaku jadi dalang simpan dan tayang video lucah kenapa tak ditahan dan didakwa?Siapa nak gelak siapa sebenarnya?Menteri Kabinet Malaysia boleh masuk bertanding Raja Lawak lagi baik .Kata orang Kedah 'jangan nak kuyu(pusing) rakyat , rakyat dah tahu tembelang pemimpin Umno-Bn dan penguasa polis'.

Umno boleh tipu orang Umno yang tidak tahu apa-apa yang kerjanya hanya dengar dan jadi pak angguk tapi rakyat yang celik IT dan cerdik tidak mudah ditipu Umno.

"Bukankah Najib bagi amaran akan pertahan Putrajaya hingga ke titisan darah terakhir"

Ini apa yang ditulis saudara Ahmad Lutfi dalam harakahdaily mengenai isu seks video lucah yang sekarang ini tidak lagi jadi satu kesalahan bagi yang menyimpan dan menayangkannya untuk tayangan umum.Lembaga Penapis Filem pun tak payah la lagi nak labelkan filem-filem di pawagam sebagi 18SX, 18SG dan U.Semua kira U sudahla sebab Menteri pun kata tak salah tengok dan simpan video lucah, yang salah cuma pelakon dalam video tu..

Video Seks :Siapa Perangkap Siapa?-Harakahdaily

Ahmad Lutfi Othman
Ketika menerima SMS memaklumkan video lucah seorang pemimpin kanan pembangkang ditayangkan kepada beberapa editor dan wartawan kanan akhbar di Hotel Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur, 21 Mac lalu, saya berada di rumah, sedang berbincang isu-isu kebudayaan serta masalah besar Dewan Bahasa dan Pustaka, bersama-sama tiga aktivis Paksi (Seniman Paksi Rakyat), Dinsman, Kassim Muhamad dan Hasni Abas.

Segera saya memanjangkan SMS itu kepada kartunis Zunar, sambil bertanyakan siapa tokoh berkenaan, meskipun sudah dapat mengagak satu lagi "percaturan" politik yang memualkan bakal terhidang. "Dulu mereka dah buat benda hampir sama," jawab Zunar, selepas mengesahkan Anwar Ibrahim yang menjadi target belasahan.

Sejak 1998, semata-mata demi kuasa politik, isu-isu seks yang mengaibkan telah direkayasa semahunya, dan dimuntahkan secara terbuka, dengan mengetepikan adab dan etika. Kuasa seolah-olah mewajarkan segalanya. Begitu dahsyat dan memalukan sekali apabila ia khusus membabitkan dunia politik Melayu.

Yang sedihnya, babak-babak yang mempersudutkan orang Melayu ke penjuru yang cukup kelam itu sentiasa berkembang segar bagaikan ada sutradara khas di sebalik tabir. Apakah Melayu begitu obsess dengan kuasa sehingga sanggup menelanjangkan maruah dan kehormatan bangsa di pentas umum, hanya demi mempertahankan atau merebut sekelumit kuasa?

"Bukankah Najib sudah beri amaran akan pertahankan Putrajaya hingga ke titisan darah terakhir? Saya bimbang ini salah satu gejalanya," saya meluahkan kepada Kassim. "Cukup dahsyat!" jawabnya. "Pembunuhan watak" sudah menjadi lumrah. Dominasi politik rimba menjengkelkan sekali. Soal jenayah qazaf langsung tidak diambil peduli.

Seorang rakan lain menimbulkan: "Apa reaksi umat Islam dengan adegan ulang-tayang ini? Cukupkah sekadar menggeleng kepala sambil merungut? Tidak adakah langkah berkesan untuk menamatkannya?"

Saya cuba mencungkil kandungan video haram itu daripada wartawan Harakah yang turut diundang. Sengaja saya mengusiknya bahawa dia telah melakukan kesalahan menonton bahan terlarang di bawah Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan. Beliau langsung tidak menduga akan menonton tayangan lucah di sebuah bilik di hotel mewah (tempahannya berharga RM1,350) dengan kawalan ketat (mungkinkah anggota polis terbabit?) sebelum dibenarkan masuk.

Petang itu, selepas "menjelajah" mencari bahan berkaitan di internet, saya rasa degup jantung agar luar biasa. Dada sesak. Apabila bangun seperti mahu tumbang. Saya tidak pasti sama ada ia kesan daripada "angkara" Dato' T atau kerisauan saya dengan sisi gelap dunia siasah kita. Agak lama juga saya mengambil masa untuk kembali normal. Malamnya, saya tidak dapat menulis kolum "komentar" dalam Harakah walaupun rangkanya sudah siap.

Ingatan cepat terhimbau tragedi September 1998. Lebam mata tidak mencukupi. Semuanya mahu dilondehkan. Ia diikuti perbicaraan di mahkamah yang menyaksikan segala lendir, bulu dan tilam. Saya, seperti majoriti rakyat Malaysia lainnya, mahu episod hitam-pekat ini dikuburkan selamanya. Cukuplah keaiban bangsa diperdagangkan. Rupanya igauan buruk itu menjelma kembali ketika isu liwat masih riuh-rendah dibahaskan.

Tanpa perlu menunggu lama, beberapa kejanggalan dalam video itu dapat dikesan. Anwar dikatakan mempunyai alibi yang kukuh terhadap masa adegan seks itu dirakam. Keraguan lain turut dibangkitkan, termasuk bentuk fizikal "Anwar".

Malam itu, melalui siaran berita TV, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dalam satu sidang media bersama Ketua Polis Negara, Ismail Omar selain menafikan penglibatan polis dengan video itu, sudah "menghukum dan mengecam" Anwar. Beberapa bekas Ahli Parlimen KeADILan yang "khianat" pula, dan yang paling jelas, Zulkfli Nordin, tanpa segan-silu mengesahkan Anwar terbabit (melanggan pelacur) seraya menyeru agar Ketua Pembangkang itu bertaubat.

Sepatutnya Hisham menangguhkan dulu kenyataan politiknya sebelum siasatan lanjut dibuat. Apakah beliau sudah menonton rakaman lucah itu sehingga berani membuat kesimpulan? Sebagai menteri yang menjaga hal ehwal polis, beliau sepatutnya melihat daripada sudut keselamatan negara dan aspek undang-undang yang telah dilanggar.

Melihat mudahnya dakyah terbaru ini disanggah, agak ramai yang mula berbicara tentang konspirasi baru di sebalik video berkenaan. Ada yang merasakan pihak dalaman Umno sendiri yang mahu mensabotaj Najib Razak. Soalnya, jika terbukti nanti pimpinan tertinggi Umno mendalangi pembikinan video itu, maka yang bakal menerima padahnya bukan sekadar Najib, tetapi BN seluruhnya.

Berita TV 22 Mac pula menyiarkan kenyataan terbaru Zulkifli dan rakan karibnya Zahrain Hashim. Sudah terbalik. Seperti KeADILan pula yang dituduh "merekayasa" video itu bagi mengalih tumpuan umum kepada isu DNA. Dalam blognya, Dr Khir Toyo merakamkan: "Justeru, apakah kita mahu menolak kemungkinan video ini merupakan satu strategi politik Pakatan Rakyat membersihkan Anwar?"

Banyak lagi yang dapat kita saksikan aksi-aksi menarik (dan pelik) dalam tempoh terdekat ini.

Ketika mahu mengakhiri tulisan ini, saya menerima SMS Kassim: "...Apakah kita masih diam, bisu dan lihat semuanya berlaku di depan mata kita? Orang-orang ini mesti kita kita sanggah, tentang dan halau .... Saya rasa betapa aibnya jadi Melayu. Dah tak tahan lagi."-Harakahdaily.

Sabtu, 26 Mac 2011

Bravo! Akhirnya Najib Mengaku RM52 Bilion Saham Bumiputera Lesap

PM Malaysia akhirnya mengakui saham bumiputera RM52 Bilion telah hangus dan lesap yang tinggal cuma RM2Bilion daripada jumlah asal RM54Bilion yang diperuntukkan untuk syarikat bumiputera.

Bendahari Pas Pusat Dr Hatta Ramli mempersoalkan kenapa kerajaan menggadai saham bumiputera dan memberinya kepada pihak lain dan juga pihak kroni.

"Langkah kronisme ini merosakkan bumiputera seolah-olah kronisme ini masih berterusan.Dalam Umno apa saja yang diberikan kepada kroni ini akan digadaikan dan tidak tinggal apa bagi orang Melayu," kata Dr Hatta- Harakah terbaru edisi cetak Bil 1626 edisi Isnin.Sila beli.

Harap kepada Umno nak jaga hak orang Melayu macam kita 'kirim daging kat harimau' la sampai bila pon tak sampai dia sapu sampai habis! Sebab tu Umno tipu kita dengan isu seks supaya lupa apa saja yang Umno sapu dan tibai hak Melayu.

Semua media UMNO-BN kuasai apa lagi yang hang pa mawww?


Ini bukan di Mesir, Libya, Yaman dan Bahrain tapi di Malaysia .Ceramah dalam premis persendirian di Gombak pun hantar FRU untuk kacau .Ini kerja gila puak-puak United Malays National Organisation. RTM, TV3 dan Astro Awani hang pa ada tu pon tak cukup lagi ka nak lawan hujah?Anak muda bangun tolak dan tumbangkan Umno-BN pru 13!

Kita rakyat bukan berjuang kerana Anwar, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi Awang tapi kita meluat dengan sistem demokrasi yang berat sebelah oleh pemerintah zalim Umno-BN. BN memang pengecut dan dayus dalam berhadapan dengan suara rakyat yang berbeza fahaman politik dan ideologi dengan BN.

Baca;
Ceramah Anwar diganggu FRU, 3 ditahan
-Malaysiakini.

Rakyat Syria pula bangun tolak pemimpin diktator tua Arab

'Saya ditahan dan dilayan macam anjing...'-Anwar

Ceramah Anwar tukar 'hodoh', polis didakwa ganggu diserang-Themalaysianinsider

Majlis pelancaran “Datuk Najib Altantuya (DNA)” anjuran PKR di sini malam tadi berubah menjadi ‘hodoh’ apabila anggota polis cuba menghentikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapannya, menyebabkan penyokong beliau marah lalu menyerang pasukan keselamatan.

Ketua Umum PKR itu, yang merupakan pemimpin terakhir berceramah malam tadi, telah menyampaikan ucapannya sekitar 13 minit ketika polis mula campur tangan sedangkan dikatakan telah diberi 15 minit untuk berucap.

Kira-kira 10 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan untuk mengawal tempat majlis itu diadakan. Kebanyakan hadiirin, penyokong PR mula membaling kerusi dan botol air ke atas polis ketika cuba untuk menghalang Anwar daripada meneruskan ucapannya.

Anwar sendiri telah berusaha untuk menenangkan hadirin tetapi suaranya tenggelam dalam kekecohan pada majlis dihadiri sekitar 800 orang.

Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengesahkan pihak polis menahan beberapa ahlinya. “Ada tahanan, anggota Angkatan Muda PKR ditahan di balai polis Taman Melawati,” kata Shamsul Iskandar kepada pemberita.

“Cara mereka (polis) bertindak, cuba untuk menahan beliau (Anwar) malam ini adalah sesuatu tidak wajar,” kata beliau.

“Kesabaran rakyat ada batasan,” kata beliau. Anwar tidak ditahan dan kemudian meninggalkan majlis tersebut.

Dalam ucapannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu membuat serangan berhubung skandal pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” dengan mendakwa pentadbiran Najib berkonspirasi untuk mengakhiri kerjaya politiknya.

Tiga “Datuk T” iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim mengakui melakukan pendedahan tersebut Isnin lalu.

Ketiga-tiga memberikan keterangan kepada polis semalam dan kelmarin. “Abdul Rahim adalah penjenayah, perogol dan beliau dijadikan pemimpin... mereka merakamkan bahan lucah dan mereka bebas,” kata Anwar.

“Saya ditahan dan dilayan macam anjing tetapi anda membiarkan mereka bebas selepas kenyataan dirakamkan,” kata Anwar lagi, dipercayai merujuk kepada penahanan beliau pada September 1998 dan Julai 2008.

Sehubungan itu katanya, sokongan rakyat diperlukan untuk menolak Umno dan menyampaikan mereka “satu pengajaran.” “Mereka ingat kita ini bodoh, ajar pemimpin-pemimpin Umno dan BN... beritahu mereka itu bodoh dan tolol,” kata Anwar lagi.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Angkatan Muda Selangor Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, pihaknya meluahkan rasa kecawa dan mengecam tindakan pihak polis yang mengganggu majlis pelancaran DNA di Taman Melawati malam tadi.

“Tindakan ini mengakibatkan kecederaan kepada rakyat yang hadir termasuk wartawan dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan. Lebih malang adalah apabila pihak polis bertindak menyalahi undang-undang dengan mengganggu majlis aman ini yang diadakan di kawasan persendirian.

“Pihak polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan awal pagi.

Kata beliau, tindakan seperti ini membuktikan bahawa Umno-BN diketuai Datuk Seri Najib Razak takut kepada kebangkitan rakyat dan kebenaran akan terpancar menutupi fitnah yang cuba ditaburi dalam kes Saiful Bukhari dan video seks “Datuk T”.

“Di akhir kenyataan ini, AMK Selangor ingin menyeru agar pihak polis tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah Umno-BN. polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN,” katanya lagi.-Themalaysianinsider

Tak lama lagi Malaysia akan jadi macam Mesir.Orang buat ceramah Umno-Bn jawab dalam ceramah la bukan hantar FRU nak gertak-gertak.Syria yang juga sedang bergolak pun dah hapus akta darurat sebab tekanan rakyat yang membuak-buak.BN tak sedar-sedar lagi ka?

Umno-Bn boleh panggil Mat Ezam, Umi Hafilda yang dakwa ada lagi 18 video lucah, Mat Bisul Kulim Bandar Baharu yang dah dapat Datuk untuk jawab apa yang Anwar kata. Umno-Bn ada Tv3, RTM dan Astro Awani yang dah buat laporan berita sebijik macam RTM walaupun yang bayar bil astro bukan semua orang BN ..apa nak takut dengan pembangkang yang hanya bersuara secara live kepada rakyat melalui ceramah?Kalau TV boleh guna tak payah la nak ceramah tiap-tiap malam.

Polis dan fru kena ingat sikit hang pa bukan makan gaji dengan Umno-BN tapi makan gaji duit rakyat.Berkhidmat untuk rakyat bukan untuk Umno-Bn!Baca juga di sini dan di sini.
Baca juga;
Video seks: Asri ajak rakyat tolak pemimpin politik suka selak kain orang-TMI
NONE

Pekebun dan penoreh getah patut malu berketuakan dalang 'blue film'


Tan Sri Rahim Thamby Chik adalah Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sejak 16 Mei 2010 .

Beliau mengaku jadi dalang yang menayangkan video lucah di pawagam hebat Hotel Seri Carcosa bersama Datuk Eskay dan Datuk Shuib Lazim Bendahari Perkasa.

Woit! Warga pekebun kecil getah hang pa tak tau apa ka pasai ketua hang pa ni yang syok tayang dan suka kepada blue film?

Elok la Pengerusi Risda Rahim Thamby Chik orang yang pernah didakwa rogol gadis bawah umur sementara Pengerusi Felda Datuk Isa Samad pulak manusia yang terpalit dan terbabit dengan politik wang yang merasuah perwakilan dalam merebut jawatan Naib Presiden Umno.

Jumaat, 25 Mac 2011

Produser filem tempatan terbabit hasilkan video lucah?

Siapa produser filem di belakang tabir tiga Datuk T Datuk Rahim Thamby Chik, Datuk Eskay dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang berjaya hasilkan video lucah yang dipertontonkan di Pawagam Carcosa Seri Negara?Mengikut sumber-sumber tertentu produser terkenal itu banyak dapat kontrak dengan RTM untuk hasilkan drama-drama keluaran syarikat beliau.Ada pulak yang kata video lucah berprofil tinggi itu dilakonkan di bilik hotel murah di Thailand.

Pertanyaan ini muncul apa lagi dengan tulisan Wira Arjuna dalam malaysiakini yang melaporkan:

Rahim yang kini Pengerusi Risda, berkata beliau tidak merogol seorang gadis berusia 15 tahun ketika itu.

Semasa menayangkan video itu kepada wartawan Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berkata beliau membawa keluar perakam video dari hotel dan mendapati ia mengandungi klip 21 minit Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur.

Namun pada sidang akhbarnya semalam, Eskay mendakwa beliau tidak dapat “membaca” rakaman dalam alat perakam itu sehingga seminggu lalu.

'Tak boleh baca'


“Hanya minggu lalu, baru kami mendapat rakaman itu sebab mula-mula kita tak boleh “baca', kemudian baru ada seorang yang berjaya menerbitkannya,' katanya.-Malaysiakini Bila dendam tidak disembunyikan....

Begitu juga dengan pengakuan Datuk Eskay sendiri yang berkata 'Saya dalam video tu'.Adakah Datuk Eskay sendiri yang lakonkan blue film tersebut?

Nak tambah sikit lagi..semalam sewaktu saya pergi ke sebuah pusat servis kereta di Sungai Rasah, Shah Alam dua orang teknisyen syarikat berkenaan seorang Melayu dan seorang India turut tidak percaya tentang video lucah tersebut babitkan orang politik. Lelaki Melayu tersebut berkata kepada saya, "Bang..saya bila dengar saja nama Rahim Thamby Chik turut terbabit jadi dalang video lucah tersebut saya terus tidak percaya dengan orang yang dibabitkan dalam video tersebut.Dia sendiri pun pernah didakwa rogol gadis bawah umur." Saya kata kat dia ,"Rahim Thamby Chik tu bukan takat orang tak percaya habaq apa pon , biawak pun tak percaya." Lelaki berketurunan India tu pulak kata kat saya, "Malaysia jangan sampai jadi macam Libya sudah la.."

Dah kena tahan dengan pihak polis pun Datuk T tak mengaku.Memangla dok di rumah sebab dah dijamin tak kan tidoq dalam lokap!

Gambar bawah dicopy daripada malaysiakini.

Datuk Eskay Si Kitol, mahu dapatkan UTK untuk serang Anwar, kata bekas pengawal peribadi Megat Junid


Eskay minta saya dapatkan 'UTK', kata bekas pengawal peribadi Megat Junid-TMI

Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu.

“Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung,” katanya.

Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl sejak 1980-an.

“Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol,” katanya.

Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.

“Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral,” katanya lagi.

Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an.

“Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat,” kata beliau.

“Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung,” katanya.

Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie juga merupakan naib presiden Umno.

“Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja,” katanya lagi.

“Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan,” kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini.

“Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang,” katanya lagi.-Themalaysianinsider.

Baca juga ;

Eskay sakit hati kerana jambatan bengkok-Malaysiakini

Semuanya semakin terbongkar satu persatu..