Lapor harakahdaily;
Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.
Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.
Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.
Malaysiakini pula melaporkan Demontrasi anti Mubarak:Polis tembak meriam air;
Polis melepaskan tembakan meriam air ke atas kira-kira 3,000 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan di luar kedutaan Amerika hari ini, menuntut supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan.Selepas solat Jumaat di Masjid Al-Shakireen Masjid di taman KLCC dan masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak, para jemaah berarak membawa kain rentang yang mengecam Presiden Mesir, Hosni Mubarak.
Dengan memanggilnya "Yasqut Mubarak" (Mubarak turun!) Dan "Yahya al-Sha`ab! "(hidup rakyat!), kedua-dua kumpulan tersebut berarak menuju ke Jalan Tun Razak.-Malaysiakini
Demontrasi ini dicemari tindakan ganas polis mungkin kerana tidak disertai Umno dan Ngo pro Umno.Kalau puak Umno berdemo sama tentu tidak ada sebarang semburan air water canon dan tangkapan dilakukan.Gambar di bawah daripada harakahdaily.
Baca juga;
Rakyat Mesir turut sertai himpunan -Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan