Isnin, 21 Februari 2011

Bolehkah Muammar Gaddafi bertahan?


Krisis Libya:Muammar tak akan tunduk kata anaknya-TMI

Pemimpin Libya Muammar Gaddafi tidak akan tunduk sebaliknya bersedia menghadapi tunjuk perasaan, paling buruk di negara itu dan telah meragut lebih 200 nyawa setakat ini, habis-habisan, kata salah seorang anak lelakinya dalam ucapan disiarkan menerusi televisyen semalam.

Saif al-Islam Gaddafi juga berkata tentera negara itu akan menguatkuasakan kawalan keselamatan ke tahap maksimum menggunakan apa jua cara.

Malah katanya, anggota tentera negara itu berdiri teguh bersama bapanya, yang dianggap sebagai “pemimpin pertarungan di Tripoli.”

Dalam pada itu, ketua dasar luar Kesatuan Eropah Catherine Ashton menggesa pihak berkuasa Libya segera mengakhiri tunjuk perasaan antikerajaan dan memulakan dialog reformasi menyeluruh.

“Kesatuan Eropah mengambil berat perkembangan semasa dan kematian, yang tinggi jumlahnya, yang dilaporkan setakat ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Libya negara terbaru Arab dan jiran Mesir berhadapan dengan kebangkitan rakyat. — Reuters

Di Mesir rakyatnya berjuta-juta bangun berdemontrasi di jalanraya tanpa sebarang senjata tapi pihak berkuasa polis dan tentera terpaksa akur dan mengalah dengan kehendak Allah SWT.Pihak polis terperanjat dan tercengang tak dapat lagi nak menahan kebangkitan rakyat walaupun mereka lengkap bersenjata..mereka kalah dengan kebangkitan rakyat.

Di Libya hampir 200 orang sudah terkorban kerana ditembak pihak berkuasa Libya dan pengawal keselamatan Gaddafi tapi rakyat tetap tidak berganjak daripada mendesak Gaddafi letak jawatan. Gaddafi ulang apa yang diucapkan sehari sebelum Hosni Mubarak berundur dengan mengatakan beliau akan berundur September depan selepas pru Mesir tapi akhirnya keesokkan harinya Mubarak letak jawatan lari ke kediaman beliau di Laut Merah.Gaddafi berkuasa di Libya sejak tahun 1969 lagi.

Sementara itu golongan ulama Islam di Libya berkata “Ini adalah rayuan segera daripada pemimpin agama, ulama, ahli pendidikan dan pemimpin puak dari Tripoli, Bani Walid, Jadu, Msalata, Misrata, Zawiah dan bandar serta perkampungan di kawasan barat.

“Kami meminta kepada setiap Muslim di dalam rejim atau yang membantunya dalam apa juga cara, untuk mengakui bahawa membunuh orang yang tidak bersalah adalah dilarang oleh Allah dan Rasul. Jangan bunuh saudara anda. Henti pembunuhan sekarang juga!,” kata kenyataan itu.Baca di sini dan di sini.

Baca juga;
BN tindas , rakyat Malaysia boleh bangkit-Harakadaily
Pilihanraya tidak telus, sampai bila rakyat boleh sabar-Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan