Khamis, 3 Februari 2011

Adun Seri Muda ke IPD Shah Alam Hari Ini

Adun Seri Muda Shuhaimi Shafie hari ini dijangka akan 'mengadap' pihak polis lagi di IPD Shah Alam jam 11 pagi untuk proses jaminan polis. Kes beliau dikatakan ada kaitan dengan isu 'derhaka Raja'.Difahamkan Isnin depan 7 Februari beliau mungkin didakwa di bawah akta hasutan jam 9 pagi di mahkamah Shah Alam.

Tak habis-habis lagi ka isu derhaka raja ketika dunia Arab dimana rakyatnya sedang berlumba-lumba dan pulun hangit mahu tumbangkan kerajaan diktator Arab . Harus diingat orang yang jadi nombor satu cabut kuasa Raja dan Sultan ialah Tun Dr Mahathir dan Umno sendiri.Sayang orang Melayu ditipu bulat-bulat oleh Umno dan ngo pro Umno yang begitu galak mainkan isu derhaka Raja sedangkan mereka sendiri adalah bapak segala penderhaka kepada Raja dan Sultan.Baca juga di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan