Selasa, 15 Februari 2011

Selamat menyambut Maulidurrasul SAW 1432 H

Selamat menyambut maulidurrasul SAW kepada umat Islam di Malaysia yang mahu menyambutnya. Umat Islam di Malaysia saban tahun menyambut hari kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW walaupun ada yang kata bidaah dan sebagainya.

Masing-masing mahu tunjuk sayang nabi , cinta nabi.Baguihla..kata ustaz nak sayang nabi, cinta nabi kena belajar sirah nabi, hadis nabi baru kenal akhlak nabi dan perjuangan rasulullah yang merangkumi semua aspek kehidupan.Kata orang tak kenal maka tak cinta..

“Tiga perkara ini akan menjadikan seseorang merasai kemanisan iman iaitu cinta kepada Allah dan rasulNya melebihi cinta selainnya dan mencintai seseorang hanya kerana Allah dan perasaan benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci kalau dicampak ke dalam api neraka” (Muttafaq alaih)

“Sesiapa yang mentaati Rasul, sesungguhnya dia telah mentaati Allah. Dan sesiapa yang berpaling (daripada ketaatan itu), maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka.” (an-Nisa’: 80)

Jangan hanya pandai bersalawat atas nabi , buat perarakan punya sayang kat nabi tapi dalam masa yang sama di hadapan orang bukan Islam hina Islam, kutuk hukum Islam demi untuk menang dalam pilihanraya.Nabi tinggal kepada kita hanya dua iaitu sunnahnya dan Al-Quran kalau dua ini kita tak mau ikut tak payah la nak jerit-jerit sayang nabi cinta nabi. Abu Lahab punya sayang nabi sambut kelahiran baginda sembelih unta buat kenduri besar-besaran, bebaskan hambanya Tsuwaibah kerana terlalu gembira tapi bila nabi bawa ajaran Islam yang mulia Abu Lahab jadi kepala penentang Rasulullah SAW.

Abu Lahab dia jahil murrakab kafir pulak tapi ada orang Islam sejak daripada dalam perut lagi suka sangat mulut celupar hina agama sendiri, jadi seronok dan rasa selesa dok kutuk-kutuk ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW yang dikasihi.

Baca juga ;
Teladan politik Islam pada diri Rasulullah SAW-Harakahdaily
Jadikan Rasulullah SAW contoh dalam kehidupan-MB Selangor-TVSelangor.com
Kikis curiga sama sendiri titah Agong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan