Ketika anak muda di Mesir meraikan kejatuhan Presiden Hosni Mubarak yang melarikan diri bersama keluarganya ke negara lain kita di Malaysia sedang hangat bicarakan hari Valentine atau hari ingat kekasih , hari ingat awek cun, hari ingat balak tersayang lepas tu cari tempat baguih punya, pot yang sunyi-sunyi untuk buat maksiat hanyut dalam lautan nafsu yang bergelora.
Semalam dalam Khutbah Jumaat di SelangorTok Khatib ada cakap daripada tahun 2000 hingga 2008 ada 257,411 anak luar nikah yang direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara.Banyaknya kalau tak betoi sila saman Jais dan Jawi yang keluarkan teks khutbah tersebut.Agak-agak anak bangsa apa yang paling ramai anak luar nikah yang tidak ada nama bapa bila dilahirkan?Salah siapa?
Sistem undang-undang keluarga Islam yang ada di Jais dan Jawi juga mungkin jadi punca lahirnya anak luar nikah.Menikah satu memang senang tapi kalau nak menikah lebih daripada satu kena naik turun mahkamah setahun pun belum tentu dapat nikah.Akhirnya jalan mudah buat maksiat sebab undang-undang yang ada jadi payah untuk menikah lebih! Yang buat undang-undang keluarga Islam ni pulak bukan ikut hukum Islam dan peraturan Islam yang betoi tapi ikut kepala dan otak pemimpin yang tak reti hukum Islam tambah-tambah oleh Menteri Wanita yang tak tutup aurat.Ikut kepala dia bukan ikut Islam tu yang jadi lingkup habih.
Anak-anak muda pulak disumbat dengan agenda hiburan yang melalaikan pagi petang siang malam.Percampuran lelaki dan wanita tanpa batasan jadi kebiasaan kalau ditegur tuduh kata kita tak ikut zaman,kolot dan kampung mali..
Berkata seorang ustaz, "Anak babi bila berjalan dibelakang mak dia pun reti rasa malu tunduk tak panggung kepala sebab dia malu mak dia tu babi.."
Kes buang anak luar nikah setiap hari berlaku di Malaysia..rasa malu pada Allah , pada diri sendiri dah tak ada..makin disebut makin menjadi.Negara Mesir berpesta tumbangnya Hosni Mubarak negara kita jadi pesta buang anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan