Isnin, 14 Februari 2011

Masa untuk tumbangkan Ketua Menteri Sarawak dan BN


Taib dijangka bubar Dun Sarawak hujung minggu, temu Gabenor Jumaat-The Malaysian Insider

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Jumaat ini untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri, kata sumber-sumber.

Sumber Astana Sarawak memberitahu The Malaysian Insider, pejabat ketua menteri telah pun menghubungi minggu lalu untuk mendapatkan tarikh pertemuan dengan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bagi pembubaran, yang akan membuka laluan kepada pilihan raya negeri.

Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006.

Satu lagi sumber kerajaan negeri berkata pegawai-pegawai daerah juga telah diminta agar membekukan cuti kakitangan mereka mulai 19 Februari ini iaitu kemungkinan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Jika Dewan Undangan Negeri dibubarkan bulan ini, kemungkinan pilihan raya akan diadakan akhir Mac atau awal April.

Mandat semasa kerajaan negeri sepatutnya berakhir Julai ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari jika pembubaran diputuskan.

The Malaysian Insider semalam membawa laporan bahawa BN dilihat tidak cenderung untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya umum nasional dan negeri Sarawak secara serentak meskipun beberapa pemimpin negeri itu membawa idea tersebut pada mesyuarat perikatan itu Jumaat lalu.

Sehubungan itu, difahamkan pilihan raya negeri Sarawak akan didahulukan dan dijangka berlangsung awal April ini atau kemungkinan akhir Mac.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat lalu turut membincangkan beberapa persediaan sebelum parti itu mengadakan Konvensyen BN Sarawak di Kuching pada 5 Mac ini.

Konvensyen itu nanti akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Najib juga memberitahu wartawan Taib sudah mendapat “inspirasi” untuk memanggil pilihan raya negeri.

Mengambil kira perkembangan terbaru ini tarikh pilihan raya negeri sudah semakin dekat.

Taib pula akan menyambut ulang tahun ke-30 mengetuai kerajaan negeri pada 26 Mac ini dan kemenangan kali ini akan menjadikan beliau ketua menteri paling lama berkhidmat.

Ada pihak yang beranggapan bahawa beliau mahu melengkapkan tiga dekad itu dengan kemenangan dan mandat baru.-Tmi

Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak telah cabut lari akibat gelombang kebangkitan rakyat dijalanraya bukan melalui pilihanraya.Kita di Malaysia jatuh bangun sesebuah kerajaan adalah melalui pilhanraya.Tapi di Perak kerajaan PR tumbang akibat belotnya adun-adun PR yang lompat jadi calon Bebas pro BN-Umno .Bn main peranan tumbangkan kerajaan PR di Perak.

Adakah gelombang kebangkitan rakyat di dunia Arab akan sampai di Sarawak yang diperintah Taib Mahmud selama 30 tahun akan berakhir sama macam Hosni Mubarak.Hanya rakyat Sarawak yang dapat menentukannya.

1 ulasan:

  1. Taib dan kroni-kroni sudah lama memerintah dan telah banyak melakukan dosa ke atas bumi Sarawak. Sokongan masyarakat dayak yang kuat kepada BN selama ini hanya dibalas dengan janji-janji kosong. Banyak tanah NCR telah dirampas dan diserah kepada kroni-kroni BN. Ini bukan suatu cerita dongeng atau cerita yang direka-reka. Mengapa sakarang baru tanah NCR hendak disukat dan diberi gran tanah. Kenapa tidak dilakukan sejak dari dulu lagi? Masyarakat Dayak sudah lama terseksa dan menderita. Tiada bekalan air bersih, tiada bekalan elektrik dan tiada perhubungan jalanraya. Sarawak kaya dengan hasil bumi, tetapi kekayaan itu hanya dikecapi oleh pemimpin-pemimpin BN yang tamak haloba dan menindas rakyat. Sudah tiba masnya rakyat Sarawak menolak golongan ini dan masyarakat Dayak jangan lagi percaya kepada mereka. Seandainya BN masih lagi memerintah, saya percaya rakyat Sarawak akan menjadi pengemis di bumi sendiri terutama sekali masyarakat Dayak. TPM Tan Sri Muhiddin Yassin sendiri mengakui banyak duit telah dibelanjakan untuk membina dan menaik taraf jalan di Sarawak, tetapi merasa amat terkejut dengan struktur serta hubungan jalan yang ada. Kemana semua peruntukan yang diberikan kerajaan pusat? Kemana semua duit rakyat yang sepatutnya memodenkan dan menyenangkan rakyat? Pilihanraya akan datang, sama-sama kita bertekad tumbangkan BN

    Kerajaan Hosni Mubarak telah tumbang, kini giliran Taib di Sarawak. Pastikan BN tumbang di Bumi Kenyalang.

    HIDUP ANAK DAYAK

    BalasPadam