Lagi pasal posting Tun Mahathir Nik Aziz dan Kwan Yew. Ayat yang syok baca ialah "Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam", kata Tun Mahathir.
Teruk tak teruk cuba Tun Mahathir tengok apa yang berlaku di Tunisia yang diperintah nasionalis Arab. Presiden Ben Ali terpaksa lari bersama ahli keluarganya ke Arab Saudi setelah berkuasa selama 23 tahun.
Teruk tak teruk cuba Tun Mahathir tengok dengan apa yang terjadi di Mesir yang juga diperintah nasionalis Arab, Presiden Hosni Mubarak yang berada diambang kejatuhan akibat kebangkitan rakyat Mesir yang amat bencikan Hosni Mubarak.Nasionalis Mesir inilah yang buat hubungan dengan negara haram Israel, tutup pintu sempadan Gaza , Palestine sebab nak jaga Israel tanpa memikirkan nasib umat Islam Palestine yang seagama dengan pemimpin nasionalis Arab Hosni Mubarak.Kalau tak zalim takkan rakyat bangun memberontak hingga ke seluruh negara.Semua jutawan Mesir dah lari ke luar negara yang tinggal rakyat bawahan yang tuntut pembaharuan dalam pemerintahan.
Nasionalis Umno beruntung kerana masih jadi pemerintah di negara ini sejak 53 tahun yang lalu.Mereka menguasai segenap segi media massa tapi akhir-akhir ini kerajaan Umno-Bn jadi takut kepada media internet dan cuba menyekatnya.Salah satu punca kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir berpunca daripada peranaan media internet yang berakhir dengan tumbangnya kerajaan nasionalis Arab di Tunisia.
Kita rakyat Malaysia lambat bangun daripada kesedaran penyelewengan yang dilakukan pemerintah. Rakyat Malaysia makan-minum cukup, perut kenyang, tidur lena.Semua ni jadi penyakit untuk bangun lawan ketidakadilan dalam pemerintahan.Masing-masing pikir periuk nasi sendiri tak terjejas sudahlah, buat apa nak pikir pasal politik sangat bukan ada untung. Pemerintah nak melantak dengan rasuah yang berjela-jela, kronisme dan nepotisme itu kerajaan punya hal janji aku boleh makan, jamu anak bini sudah la...
Barang naik mampoih pi la ada duit aku beli tak ada duit aku senyap tak beli...kalau macam ni punya fikiran nasionalis Umno dan konco-konconya akan terus perintah Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan