Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Safuddin Abdullah ketika mengulas insiden yang berlaku di UPM seperti yang dilaporkan Malaysiakini berkata, "Saya ingin ulangi kenyataan saya sebelum ini, bahawa saya “tidak mengarahkan” Naib Canselor, sebaliknya “memberi pandangan” kepada pihak universiti tentang cara terbaik mengatasi isu tersebut. "Pada saya, alasan membatalkan kemenangan sekumpulan mahasiswa itu tidak wajar kerana:
"Alasannya ialah kumpulan tersebut berkempen secara kumpulan. Saya anggap alasan ini tidak munasabah kerana umum tahu bahawa pihak yang membuat bantahan itu sendiri adalah sebuah kumpulan juga. Ini diakui sendiri oleh seorang daripadanya dalam perbincangannya dengan saya hari ini. "Pembatalan itu dibuat tanpa memberi peluang pihak yang dibatalkan itu untuk membela diri. "Jika berlaku pembatalan atas alasan yang tidak munasabah ini, saya bimbang kita akan dilabelkan sama seperti Burma yang tidak mengiktiraf kemenangan Parti Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aun San Su Kyi dalam pilihanraya pada 1990, atau AS, EU dan Israel yang tidak mengiktiraf kemenangan Hamas dalam pilihanraya Palestin pada 2006.
"Saya memuji kesediaan dan keterbukaan naib canselor UPM bertemu dan mendengar aduan kelompok mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Malah keterbukaan beliau telah berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan baik," tegasnya. Bagaimanapun, katanya, beliau kesal kerana terdapat juga sesuatu permintaan sekumpulan mahasiswa yang diinginkan daripada pegawai tertentu, tidak dilayan sehingga menyebabkan insiden yang tidak diingini berlaku.
"Saya bukan menyokong permintaan mahasiswa itu, saya cuma kesal ia tidak dilayan.
"Saya juga kesal dan tidak bersetuju dengan tindakan sekumpulan mahasiswa yang menyebabkan kerosakan harta benda awam.
"Pun begitu, saya percaya jika permintaan kumpulan tersebut dilayan, maka insiden tersebut mungkin tidak akan berlaku," tegasnya.-Malaysiakini.
Berkaitan;TNC UPM:Tiada sebab saya perlu minta maaf-TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan