Jawatankuasa Kerja Agensi Pembantu Rumah memohon kerajaan membenarkan pengambilan pembantu rumah seawal usia 18 tahun berbanding 21 hingga 41 tahun yang menjadi polisi sebelum ini.
Pengerusinya Datuk Raja Zulkepley Dahalan berkata langkah itu mampu meningkatkan kemasukan sebanyak 30 peratus pembantu rumah, sekaligus mengatasi kekurangan 60,000 pembantu rumah yang diperlukan ketika ini.
Pengambilan pembantu rumah di peringkat usia itu lebih praktikal kerana mereka belum dibelenggu masalah seperti perkahwinan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat ketiga jawatankuasa itu yang disertai 100 agensi pembantu rumah dari Perak, Selangor dan Kuala Lumpur di sini semalam.
“Kita juga mengambil ketetapan, jika perkara ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu (dari sekarang) jawatankuasa bersama 120 agensi akan berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) bagi mendapatkan taklimat kedudukan mutakhir memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia berhubung penghantaran pembantu rumah ke negara ini,” katanya dipetik Bernama.
Raja Zulkepley berkata cadangan mengenai perkara itu pernah disuarakan kepada kerajaan menerusi memorandum kepada KDN dan Jabatan Tenaga Kerja pada November tahun lepas, namun tiada sebarang maklum balas diterima sehingga kini.
Beliau berkata pihak agensi menghadapi pelbagai masalah seperti didakwa tidak profesional, selain menjadi sasaran kemarahan majikan berikutan kekurangan pembantu rumah untuk dibekalkan kepada mereka yang memerlukan.
Raja Zulkepley berkata jika cadangan yang tidak bertentangan dengan undang-undang buruh membenarkan seseorang berumur 18 tahun diambil bekerja itu diterima, masalah yang dihadapi agensi dapat diatasi, selain dapat menyelesaikan kesulitan mendapatkan pembantu oleh majikan, terutamanya wanita bekerja.
“Kita harap kerajaan dapat timbangkan permohonan ini selain memberi keutamaan kepada memuktamadkan perjanjian MoU antara Malaysia dan Indonesia berhubung penghantaran pembantu rumah ekoran pembekuan yang diputuskan mereka sejak Jun 2009,” katanya-TmiLagi muda lagi bagus bisa buat majikan tak keluar rumah.Sebaya dengan anak majikan ha ha..ini kisah amah amat sensitif hingga blogger Din Binjai kena saman dengan Pak Menteri, gara -gara isu amah kata ada Pak Menteri pelokoh amahnya yang cuma copy n paste daripada Harakahdaily dan Wikileaks.
Amah muda bisa rumahtangga tunggang langgang, isteri bekerja pun takut nak tinggalkan rumah takut si suami 'pulang makan tengahari'..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan