Ahad, 13 Februari 2011

Tak sama tapi serupa

PM Najib kata Malaysia tak boleh disamakan dengan Mesir ketika mengulas jatuhnya Presiden Mesir Hosni Mubarak hasil kebangkitan rakyat Mesir di seluruh jalanraya dan bandaraya Mesir . Yang syoknya tumbangnya Mubarak bukannya melalui pilihanraya September akan datang tapi hanya 18 hari rakyat Mesir berdemontrasi di jalanraya segala-galanya mengubah Mesir dalam sekelip mata.Mubarak tumbang dijalanraya bukan melalui pilhanraya.

Memang tak sama Malaysia dan Mesir.Kalau disukat pada bentuk mukabumi dan orangnya memangla jauh langit dan bumi Malaysia dan Mesir. Cuba tengok jauh sikit renung dalam-dalam daripada segi pemerintahan sikit sebanyak tang buat zalim kepada rakyat rasa-rasa macam nak sama ja. Malaysia ada akta ISA boleh tahan orang tanpa bicara, Mesir pun sama boleh tahan aktivis-aktivis Islam dan politik yang lawan Mubarak selama berpuluh tahun dan disiksa dalam penjara.

Rakyat Malaysia buat perhimpunan dan tunjuk perasaan secara aman kena sembur gas pemedih mata, kena sembur air gatal water cannon, kena tangkap, kena pukul dan kena maki hamun dengan polis ..ini sama dengan apa yang berlaku di Mesir.

Pemimpin Umno-Bn bagi projek kerajaan kepada kroni, kayakan kaum kerabat Bn sama macam Hosni Mubarak yang kumpulkan kekayaan cecah 70 bilion dolar US.Bab rasuah sama ja Mesir dan Malaysia, semua pakat melantak rasuah merembat rasuah, pengaliran keluar duit haram cecah RM888 bilion , kumpul duit haram tunai RM 2 juta seperti bekas setpol Tan Sri Nor Yaakob

Ketua Menteri Serawak perintah Sarawak sama dengan Mubarak selama 30 tahun.Berapa banyak aset dan harta yang beliau ada kemudian bandingkan dengan MB Kelantan yang jadi MB selama 20 tahun berapa banyak harta Tok guru Nik Aziz ada.

Semasa rakyat Mesir bangun tolak Mubarak kerajaan Mubarak umumkan pembaharuan dalam perkhidmatan kerajaan untuk digula-gulakan kepada rakyat Mesir tapi semuanya sudah terlambat, rakyat Mesir tak pikir tu semua lagi yang penting Mubarak jatuh..buat apa pun dah tak jalan bila rakyat dah meluat dan benci dengan kezaliman.Rakyat Malaysia pun sama..mereka dah tak selesa dengan kenaikan harga barang yang semakin melampau, harga petrol yang tak dikawal lagi, tol mahal, belanja sekolah dah tak tertanggung rakyat rasa semakin tertekan, tertekan dan tertekan tak tahan dah....

Adakah Najib bimbang BN tidak lagi akan perintah Malaysia selepas pru 13 dengan apa yang terjadi di Mesir.Adakah gelombang kebangkitan rakyat Mesir tuntut perubahan yang telah merebak ke Algeria, Jordan dan negara Arab lain akan berjangkit ke Malaysia?Hanya rakyat yang mahu berfikir dan tidak terus tidur lena mampu mengubah Malaysia daripada tangan Umno-Bn yang berkuasa sejak 53 tahun lalu.

Baca juga;
Iktibar:Perangai Umno-Bn sama macam rejim ditewaskan
-harakahdaily
Mubarak mahu hidup dalam buangan di Dubai-Berita harian online
Pemimpin dunia kagum revolusi rakyat Mesir-Berita harian online
Pemberontakan merebak ke Algeria, Sudan , Yemen-Utusan malaysia online
BN perlu ambil iktibar krisis Mesir, kata anggota MT Umno-TMI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan