Tambahnya, terlalu banyak penyelewengan, skandal pembunuhan dan mengaut kekayaan kroni menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak senang duduk di negara ini.
Secara sinis, katanya atau Pakatan Rakyat yang memerintah ketika itu akan menghantarnya sebagai Duta Besar ke Mongolia.
"Najib tuduh saya akan lari jika kalah kali ini. Saya nak bagi tahu dia, siapa sebenarnya yang berbuat demikian semua rakyat akan tengok dan tunggu.
“Jika saya nak lari, saya sudah bertindak begitu tahun 1998 lagi apabila saya dipecat dan dituduh dengan berbagai cara. Saya takut Najib yang akan bergegas langkah keluar macam pemimpin Tunisia," tegasnya.
Anwar ketika berceramah di Padang Awam, Seberang Jaya malam tadi menyifatkan penolakan Najib untuk berdebat jelas kerana bimbang masalah negara boleh menyebabkannya tidak lagi diterima sebagai pemimpin.
Jelasnya, tiga persoalan maut akan dibangkitkan seandainya Najib enggan berdebat soal negara tetapi lebih kepada peribadi iaitu kesudahan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, komisyen RM500 juta pembeliaan kapal selam dan apa yang berlaku di bilik hotel pada tahun 1997.
Menurut Anwar, beliau tidak berminat berdebat soal peribadi takut Najib dipermainkan oleh rakyat sebaliknya ingin menyentuh berkaitan Buku Jingga atau soal ekonomi yang Najib sendiri mendakwa jika Pakatan Rakyat melaksanakan tawaran dalam buku itu negara akan bankrap.
Katanya, Najib gusar kerana jika Buku Jingga dijadikan pedoman tidak mustahil Malaysia menuju kegemilangan semula bukannya bankap atau musnah.
Tambahnya, sebaliknya masa depan rakyat terjamin sebab 100 hari pemerintahan Pakatan memberi seribu kebaikan seperti penghapusan tol, penurunan harga minyak dan seumpamanya.
"Saya tidak mahu berdebat soal peribadi tetapi soal ekonomi dan Buku Jingga. Tetapi jika Najib enggan dan mahu menumpukan soal peribadi, saya sanggup untuk tiga soalan saja. Saya pasti Najib demam," jelasnya yang juga Ahli parlimen Permatang Pauh.-Harakahdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan