Rabu, 9 Februari 2011

John Malott kecam Najib

Senjata berat yang Umno ada untuk terus berkuasa di negara ini ialah ketuanan Melayu, tapi yang betulnya ketuanan Umno yang digula-gulakan saban hari pagi petang siang malam kepada orang Melayu supaya terus jadi penyokong tegar Umno.Ada Melayu sokong Umno maka Umno akan terus hidup megah perintah negara ini terutamannya masyarakat Melayu Felda.

Kalau orang Melayu tolak Umno, Umno akan lalui saat-saat seperti parti nasionalis Mesir yang diketuai regim Mubarak bila rakyat Mesir bangun tolak Mubarak dan parti pimpinannya. Di Tunisia parti nasionalis bekas pimpinan Presiden Ben Ali telah digantung setelah diktator tersebut dihalau keluar rakyat Tunisia ke Arab Saudi.

Hari ini bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia , John Malott tuduh PM Najib sebagai punca ketegangan kaum di negara ini. Nanti tengok ngo-ngo Melayu pro Umno yang bersongkok tinggi akan kecam habis-habisan 'orang putih' ni kerana sengaja mengada-adakan 'berita palsu' dan kacau pentadbiran negara Malaysia.

Bekas duta kecam Najib kerana ketegangan kaum-Malaysiakini

Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott mengecam kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung slogan 1Malaysia dalam sebuah artikel pedas yang diterbitkan di Asia Wall Street Journal, hari ini.

NONEMalott, seorang pengkritik kerajaan sejak menamatkan jawatannya selama tiga tahun sebagai duta besar Amerika pada tahun 1998, berkata Najib perlu "merenung lama di cermin" jika beliau serius mahu melihat matlamat 1Malaysia tercapai.

"Di sebalik slogan baru kerajaan, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi hari ini berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.

"Malah, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina," kata Malott dalam komentarnya di AWSJ-Malaysiakini.Baca lagi di sini.

Malott turut mendakwa seramai 500,000 rakyat Malaysia berpindah keluar negara sejak 2007-2009 kerana ketegangan kaum lebih dua kali ganda jumlah golongan profesional yang tinggal di luar negara.

Kita rakyat marhaen kalau apa pun terjadi tidak akan lari ke mana-mana kerana negara ini tempat kita hidup dan cari rezeki.Tak kira Melayu, Cina dan India ini hakikat yang kita kena terima negara ini bukan lagi sebuah negara kepunyaan satu kaum saja. Cuma yang tertera nama Melayu terang benderang ialah Keretapi Tanah Melayu Berhad saja. Tu pun cuma nama saja semua sudah diswastakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan