Isa Samad yang dipertikaikan moralnya , perangainya kerana dilantik sebagai Pengerusi Felda pertahankan dirinya dengan berkata "Bila kita dilantik, biasalah ada yang tak suka, orang tak suka saya dari dulu. Apa sahaja jawatan yang saya pegang...ada sahaja yang tidak suka. Biarlah, saya tetap akan terus majukan Felda."
"Mereka yang cakap begini biasanya mestilah hebat tapi kita kena tengok rekod mereka, hebat sangat ke sehingga boleh sesuka hati mendakwa itu dan ini... apapun biarlah," katanya.-Malaysiakini.
Tambah-tambah bila PM Najib juga pertahankan Isa Samad dengan berkata "Kita (kerajaan) tak ada ketetapan sedemikian. Kerajaan akan melantik berdasarkan kemampuan seseorang itu tak kira sama ada orang korporat, bekas pegawai kerajaan atau bekas ahli politik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Kompleks Yayasan Pahang di Kuantan hari ini.-Malaysiakini.
Bukan masalah suka dan tak suka tapi rekod buruk Isa yang dipertikaikan kerana terlibat dengan politik wang dalam perebutan jawatan dalam perhimpunan agung Umno.Kalau nak kira kemampuan memang ramai yang berkemampuan dan berkelayakkan tapi kenapa Isa juga yang dipilih sebagai Pengerusi Felda?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan