Isnin, 7 Februari 2011

PM jangan takut rakyat Malaysia 'baik-baik belaka'


Bila baca laporan Malaysiakini PM:Jangan kaitkan dengan pergolakan negara lain menggambarkan PM Najib rasa macam takut rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan bangun tolak kerajaan Umno-Bn seperti yang berlaku di dunia Arab ketika ini seperti di Tunisia, Yemen dan yang paling dasyat ketika ini ialah di Mesir di mana rakyat Mesir bangun di jalanraya mahu tumbangkan Hosni Mubarak.Gambar sebelah daripada Malaysiakini.

"Kita tidak perlu buat perkara seperti itu (mengwujudkan pergolakan) sebab semangat satu keluarga ini sudah kita tanam selama ini," katanya semasa berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina, yang dirasmikan oleh Yang
Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin di Dataran Kipas Bandaraya Miri.

Najib jangan takut rakyat Malaysia 'baik-baik belaka' tak macam rakyat di dunia Arab yang dah celik mata betapa sengsaranya hidup di bawah kuasa diktator.Dunia Arab diperintah pemimpin diktator 22 hingga 30 tahun baru rakyatnya bangun daripada tidur dan tersedar bahawa betapa zalimnya hidup di bawah kuasa mutlak seorang presiden.

Umno-Bn mampu bertahan perintah negara ini dah lebih 50 tahun walaupun ada macam-macam penyakit seperti rasuah, tahanan tanpa bicara (ISA), ada skandal bunuh Altantuya, komisen kapal selam Scorpene, rasuah dalam pilihanraya, berlaku salahguna wang rakyat dalam laporan ketua audit negara, kronisme dan nepotisme ..semua ni tak jadi hal kepada rakyat Malaysia kerana mereka dah lali kena tuba dengan semua ni..

Tambah-tambah bila PM Najib kata sanggup pertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun.Kalah menang tak kira janji Putrajaya Umno-Bn yang punya..rakyat jadi 'takut' dengan ugutan PM Najib."Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!” kata beliau.

Rakyat Malaysia berdemontrasi sokong rakyat Mesir jatuhkan Hosni Mubarak tapi apa yang mereka dapat? Mereka dapat maki hamun, kena tangkap, kena pukul.Mereka bukan berdemo jatuhkan PM Najib dan Umno-BN!




1 ulasan:

  1. woi misai merah gua follow lu... lu jgn takut.. gua jumpa polis ni...gua akan tampar muka dia..

    BalasPadam