Sabtu, 12 Februari 2011

Mubarak dah tumbang , Umno-Bn bila nak tumbang?


Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya akur dengan kehendak rakyatnya dengan meletak jawatan sebagai Presiden Mesir.Walaupun pada hari ke 17 demontrasi Mubarak dengan bangga berkata tidak akan berundur hingga september akan datang tapi itu semua hanyalah taktik terakhir sebelum beliau melarikan diri bersama 'first lady' dan keluarganya.

Jumaat yang bersejarah pada hari ke 18 demontrasi, dengan berjuta-juta rakyat Mesir berhimpun di seluruh negara mahu Mubarak berundur dan mereka telah berjaya mengusir seorang diktator dengan penuh bergaya setelah berkuasa selama 30 tahun. Seluruh rakyat Mesir bergembira dengan perletakan jawatan Hosni Mubarak. Rakyat Palestine di Gaza turut bergembira dengan perletakan jawatan Mubarak.Ini adalah revolusi rakyat Mesir paling hebat dalam menjatuhkan pemimpin diktator seperti Mubarak dalam abad ini.Tahniah rakyat Mesir!

Selama 18 hari itu juga 3oo lebih rakyat Mesir terbunuh dan ribuan rakyatnya tercedera dalam usaha menjatuhkan Hosni Mubarak.Mereka tidak gentar dan takut lagi kepada serangan puak Hosni Mubarak yang cuba gagalkan cubaaan demontrasi terbesar bahkan rakyat Mesir semakin bersatu hati atas satu matlamat Mubarak mesti ditumbangkan akhirnya mereka berjaya.

Sekarang Mesir ditadbir di bawah kuasa tentera buat sementara waktu.Siapa yang akan jadi presiden Mesir yang seterusnya adakah talibarut Israel seperti Hosni Mubarak akan terus tadbir Mesir? Sama-sama kita tengok nanti.Baca juga di sini dan di sini.

People celebrating in Tahrir Square after the announcement that Mubarak had stepped down [Reuters]


Ini apa yang berlaku di Mesir setelah 30 tahun diperintah Hosni Mubarak. Bagaimana pulak dengan di Malaysia yang diperintah kerajaan Umno-Bn sejak merdeka 1957 hingga sekarang lebih kurang dah dekat 54 tahun dah..tak ada apa-apa perubahan ka dalam pru 13 akan datang?Adakah rakyat Malaysia akan bangun daripada tidur untuk tolak Umno-Bn daripada terus kuasai Putrajaya selepas pru 13?

Adakah pemimpin Umno-Bn tidak takut dengan gelombang kebangkitan rakyat Mesir akan merebak ke Malaysia?Semua ini hanya akan mampu dijawab rakyat Malaysia sendiri bukan orang lain macam kata rakyat Mesir yang tumbangkan Mubarak," yang tumbangkan Mubarak bukan Israel, bukan Amerika Syarikat..tapi kami rakyat Mesir yang bangun tolak pemerintah kuku besi."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan