Khamis, 24 Februari 2011

Saman trafik 18 juta :jangan ugut rakyat!


Solah Mat Hassan (kiri) bersama Abdul Aziz Yusof (tengah) dan Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Mohamad Sauffi Mohamad pada sidang akhbar mengenai pelaksanaan kadar kompaun baru kesalahan lalu lintas di Putrajaya, semalam.

Bayar Sekarang!-Utusan Malaysia Online

Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009.

Daripada sejumlah saman itu, 15.6 juta daripadanya merupakan saman polis, 1.8 juta saman DBKL dan kira-kira 606,800 lagi saman JPJ.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, semua pesalah trafik yang menerima saman daripada JPJ dan polis mesti menyelesaikan saman mereka selewat-lewatnya 28 Februari ini atau nama mereka disenaraihitamkan.

Statistik menunjukkan hanya 113,447 saman polis dan 1,227 saman JPJ dijelaskan dalam tempoh 11 Februari hingga 17 Februari, walaupun pemandu terbabit berdepan risiko disenaraihitam.

Statistik turut menunjukkan bahawa hanya 35 saman DBKL dijelaskan dalam tempoh sama sekali gus menunjukkan sikap orang ramai yang selalu mengabaikan saman pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kerajaan tidak akan menangguhkan tempoh pembayaran saman, orang ramai dinasihatkan membuat pembayaran secepat mungkin dan jangan menunggu sehingga hari terakhir.

"Mereka boleh membayar secara dalam talian, di kaunter agensi atau melalui 688 buah pejabat pos seluruh negara," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Solah berkata, JPJ, polis dan DBKL telah bersetuju dan bersedia melaksanakan kadar kompaun baru mulai 1 Mac seperti yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

"Kadar kompaun lama bagaimanapun masih terpakai untuk saman-saman yang dikeluarkan sebelum 1 Mac.-

"Untuk saman PBT, buat masa ini hanya DBKL yang terlibat dengan kadar kompaun baru tetapi ia akan diperluaskan ke lebih banyak tempat selepas ini," katanya.-Gambar dan berita Utusan Malaysia Online

Rakyat sedang bergelut dengan kenaikan harga barang petrol, gula , gas, minyak masak jangan nak ugut-ugut rakyat suruh bayar segera.Rakyat yang tidak punya wang hanya cukup untuk sara keluarga, anak sekolah, bayar kereta, bayar rumah macam mana nak bayar segera saman trafik secepat mungkin. Mungkin rakyat yang takut dengan ugutan akan terus terpa pergi bayar dekat kaunter saman trafik tapi kalau dah tak ada duit ugut macam mana pun tentu tak jalan.

Apa kata kerajaan BN turunkan semua harga barang dan bagi ruang rakyat bernafas untuk bayar saman ni baru ada tolak ansur! Tang saman pun rakyat didahulukan kena bayar cepat-cepat, tang naik harga barang pun rakyat didahulukan ..ini bebankan rakyat namanya bukan tolong rakyat.

Awat BN tak dak duit sangatka sampai nak 'kejan-kejan' ( paksa) rakyat segerakan bayar saman trafik lepas tu buat cadangan baru pulak supaya saman DBKL pun kalau tak bayar nak di senarai hitamkan rakyat..Tah-tah ada udang disebalik batu dok kumpul duit saman cepat-cepat daripada rakyat.Maklumlah pru 13 dah dekat.

Tekan rakyat, paksa rakyat selagi boleh tekan tapi bila rakyat dah bangun, dah bangkit Bn pun akan terima nasib macam Tunisia, Mesir,Yaman, Bahrain, Algeria, Maghribi dan Libya.Sekarang kita dok kutuk kata MuammarGaddafi pemimpin Libya yang berkuasa selama 42 tahun sebagai zalim, Bn juga kena suluh muka depan cermin tengok atas bawah depan belakang zalim ka tak zalim perintah Malaysia 50 tahun lebih!

1 ulasan: