Ahad, 13 Februari 2011

Kuasa rakyat

Bermula dengan gelombang kebangkitan rakyat Tunisia Presidennya Ben Ali dan 'first lady' terpaksa lari ke Arab Saudi kerana takut dihukum kerana kezaliman yang dilakukan.Kalau tak zalim buat apa nak lari. Inilah hebatnya kuasa rakyat .

Gelombang kuasa rakyat juga memaksa Presiden Yaman Ali Abdullah Saleh berkata beliau berjanji akan berundur pada tahun 2013. Terpaksa mengaku dan tunduk kepada kuasa rakyat takut jadi macam Ben Ali.

Di Jordan juga rakyatnya bangun supaya Perdana Menterinya Samir Rifai ditukar akhirnya Raja Abdullah terpaksa akur dengan kehendak rakyatnya dengan istihar Perdana Menteri baru untuk Jordan.

Kuasa rakyat di Mesir yang berdemontrasi selama 18 hari tanpa henti, tanpa rasa takut, sanggup mati untuk turunkan Presiden Hosni Mubarak berakhir dengan kejayaan.Mubarak tumbang dan melarikan diri bersama 'first lady' ke pusat peranginan mewahnya buat sementara waktu sebelum melarikan diri ke negara lain untuk elak pendakwaan ke atas dirinya selama 30 tahun berkuasa.Kalau tak zalim buat apa nak lari.

Kuasa rakyat juga menyebabkan rakyat Bahrain bangun berdemontrasi minta pembaharuan ekonomi, politik dan sosial dengan Rajanya King Hamad mengumumkan bantuan segera satu keluarga 1000 dinar ($2650) untuk setiap keluarga rakyat Bahrain.Ini baru kata rakyat didahulukan.Kita tang naik harga barang, harga petrol rakyat yang didahulukan.Tu pun tak sedar -sedar kata slogan tu cuma kosong tak dak apa pun.

Kini kuasa rakyat juga telah bangkit di Algeria rakyat bangun berdemontrasi meminta kebebasan demokrasi di negara yang istiharkan darurat sejak sekian lama, meminta pemerintah yang ada letak jawatan sama seperti yang berlaku di Mesir.

Kuasa rakyat , gelombang kebangkitan rakyat begitu cepat merebak dan berjangkit macam penyakit H1N1. Semuanya mahu menukar pemimpin dan kerajaan yang ada.Kita bila nak tukar?53 tahun dah BN perintah kita..Menarik -Dr Asri:Rakyat akan bangkit jika terus ditindas-TVSelangor.com

Many demonstrators in Algeria have been inspired by the events unfolding in Egypt and Tunisia [AFP]

1 ulasan:

  1. Bawa beringat lah sama.. Ingat sama pesanan Rasulullah s.a.w. berkaitan peranan dajjal di akhir zaman tatkala kamu dilanda musibah. Saat beginilah yang dinantikan. Kenalilah siapa bakal pemimpin kamu..terutamanya si Anwar Ibrahim.
    Kamu si Misai Merah, ajaklah sahabat kamu tu si Mat Sabu, buat homework banyak-banyak untuk mengenali kebenaran. Setiap tulisan kamu akan dipertimbangkan. Janganlah kamu tergolong di dalam kalangan yang mudah dibuai angan. Kenalilah dajjal disaat begini...

    BalasPadam