Khamis, 10 Februari 2011

Duit haram: Takkan seorang ja kena dakwa

Bekas pembantu menteri didakwa-Malaysiakini

Bekas setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yakcop hari ini didakwa dengan pengubahan wang haram, setahun selepas beliau didapati memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.

Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Hasbie, 38 diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. Jika bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

Empat hari selepas ditahan oleh SPRM berhubung penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya itu, pejabat Nor Mohamed mengeluarkan kenyataan yang Hasbie telah meletakkan jawatan.-Malaysiakini.

Yang kena dakwa yang nampak pegang duit, yang tokey besar suruh dari jauh tak kena apa-apa. Ini duit haram duit apa sampai cash money RM 2juta.Duit rasuah, duit judi atau duit yang ditarik daripada alam ghaib yang dipanggil ibu duit.Nasib baik jumpa dalam pangsapuri yang didakwa kalau jumpa dalam pejabat Nor Yaakob nak kira lagu mana?

Adakah yang didakwa simpan duit haram tu dia buat kerja tu sorang-sorang tanpa libatkan jerung besar yang sedang melihat daripada jauh anak buahnya kena dakwa?Boleh percaya ka dia buat duit haram tu sorang-sorang? Duit yang dijumpai bukan RM2 ribu atau RM20 ribu tapi cash money RM2 juta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan