MB Pahang yang degil tidak bayar saman mahkamah berjumlah RM70 juta kepada syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd.Tawkey syarikat tersebut terpaksa ambil langkah mogok lapar untuk dapatkan wang daripada MB Pahang.Duit tak dapat perut jadi lapar. Ha Ha
Kini syarikat yang buat kerja mencetak kerja-kerja pilihanraya BN pulak terpaksa naik turun mahkamah untuk dapatkan wang mereka berjumlah RM218 juta.Banyak tu.Modal dah habis syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd terpaksa pula bayar kos mahkamah RM1500 dalam masa sebulan.Pihak tuntut hutang gigit jari pihak yang berhutang tepuk tangan ha ha.Ini perangai Umno-Bn .Awas! berhati-hati kalau buat kerja pilihanraya untuk BN.
Saman RM218 juta ke atas BN, Elegant terus gigit jari-M'kini
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan rayuan sebuah
syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisory Sdn Bhd
terhadap BN.
Hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata keputusan itu dibuat kerana mendapati tuntutan syarikat itu telah ketinggalan masa.
Katanya, terdapat tempoh masa kerana kes berkenaan difailkan selepas enam tahun dari tahun 2004.
"Mahkamah juga arahkan Elegant Advisory membayar kos RM1,500 yang mesti dibayar dalam tempoh sebulan dari tarikh ini.”
Ini percubaan kedua oleh syarikat itu untuk mendapatkan bayaran daripada BN/Umno.
Pada
18 Julai lalu, rayuan syarikat pembekal itu untuk mengetepikan
penghakiman ingkar terhadap Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor, dan dua lagi berhubung dakwaan tidak membuat pembayaran
bagi pembekalan bahan pilihan raya bernilai RM218 juta pada pilihan raya
umum 2004.
Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan saman
pada 17 Februari selepas saman awal pada 2009 ditolak apabila Umno
berjaya mengetepikan saman atas alasan bahawa plaintif tidak mematuhi
Akta Kontrak 1950.
Dalam saman itu, plaintif pada awalnya memperoleh penghakiman ingkar
pada 7 Mac dan defendan memohon untuk mengetepikan perintah itu pada 24
Mac.
Timbalan Pendaftar membenarkan permohonan defendan pada 23 Jun.
Dalam
writ samannya, Elegant Advisory mendakwa ia terbabit dengan kegiatan
membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan dan
pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004, ia membekalkan BN dengan
pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.
Syarikat itu mendakwa sudah menghantar invois RM218,013,475 namun defendan gagal membayarnya.-M'kini
Pru 2004 BN menang besar tapi tak boleh bayar hutang cetak , pru 2008 Bn kalah teruk hingga hilang 5 negeri.Tahun menang besar pun tak bayar hutang tambah la tahun kalah teruk!Kalau syarikat Elegant tu syarikat bumiputera bermakna inilah yang dikatakan Melayu tolong Melayu, bukan tolong Melayu bagi kaya tapi bagi bangkrap dan muflis.Jatuh dah tak boleh bangun dah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan