Cara senang Umno nak tipu orang Melayu, kencing orang Melayu ialah dengan putar belit isu, putar alam isu semasa alihkan isu besar dan timbulkan isu yang tak ada nilai letak dalam kepala otak orang Melayu untuk difikirkan sampai pecah kepala otak.
Sebagai contoh isu sejarah Bukit Kepong yang ditimbulkan Mat Sabu Timbalan Presiden Pas.Umno tau orang Melayu bila sebut saja komunis , orang Melayu akan ingat orang tak ada agama amat sensitif bagi orang Melayu yang malas berfikir dan terima bulat-bulat apa saja yang disebut Umno.Umno jadikan isu komunis ini berlegar-legar dalam kepala orang Melayu dengan andaian Pas dah iktiraf komunis sebagai sebahagian daripada perjuangan Pas.
Ada ingat pembunuhan ustaz Ibrahim libya di Memali dan anak muridnya oleh kerajaan Umno-Bn zaman
Tun Madey jadi PM pada tahun 1985?Tun Madey dalam halalkan pembunuhan tersebut berkata Pas parti komunis,Dah lama Umno tuduh Pas parti komunis.Umno main isu komunis ini tiap malam dan saban hari dalam media kerajaan dan milik mereka supaya rakyat dapat tidur lena dan dibuai mimpi indah kerana sebelum ini rakyat tak dapat tidur lena memikirkan barang mahal , belanja harian mahal tiada yang murah semua mahal belaka.
Umno ingat rakyat akan lupa akan sengsaranya hidup bila isu komunis ini disumbat dalam kepala otak sebagai pil penenang .Rakyat yang dikejutkan dengan dakwaan bini Najib Rosmah Mansor miliki cincin import bernilai berpuluh juta ringgit akan lupa begitu saja kerana bagi tumpuan kepada isu komunis.Orang Melayu jadi lupa saham bumiputera yang bernilai RM52 bilion lesap, syarikat penerbangan kerajaan , MAS rugi berjuta ringgit dan kena telan dengan Air Asia kerana syok bercakap isu komunis.
Imej Najib yang tercalar teruk dan merudum teruk kerana bersikap zalim dalam tangani demo Bersih 2.0 boleh hilangka dengan isu komunis ini?Kalau tak teruk hariraya baru ni kenapa Rosmah Mansor bagi ucap selamat hariraya dalam tv berulangkali sampai orang tengok naik menyampah.Adakah ini cara Rosmah nak pulih imej Najib yang semakin teruk?Zaman Madey pun tak ada macam ni hanya PM saja yang bagi ucap selamat hariraya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan