Khamis, 15 September 2011

Kamaruddin Kacha macam Firaun nak rebus Mat Sabu hidup-hidup


Kata kawan saya kepada saya, "Penyimbah asid hingga kini bebas baling asid kepada sesiapa yang dia suka dan belum boleh ditangkap oleh pihak polis.Tapi ugutan secara terang-terangan oleh profesor yang menjilat Umno yang mengugut mau rebus Mat Sabu hidup-hidup tak pulak diambil tindakan."

Dalam Al-Quran surah Al-Anbya ayat 68 ada dikisahkan bagaimana Raja Namrud membakar Nabi Ibrahim A.S Kekasih Allah SWT dalam api yang menjulang-julang.Begitu juga kisah Firaun pada zaman Nabi Musa A.S yang merebus hidup-hidup Mashitah (bukan Ustazah Umno Mashitah tu) yang jadi tukang sikat rambut anak-anak Firaun hanya semata-mata menyebut kalimah Allah SWT.

“Saya minta semua menentang habis-habisan Mat Sabu, komunis bukan sahaja menyerang tapi mereka seksa, tebuk perut dan mahu kita iktiraf komunis.
“Mat Sabu mari sini saya mahu tempeleng dia, jangan main-main dengan kita... Mat Sabu hingus belum kering, biadap dan kurang ajar, kita rebus dia hidup-hidup dan jangan perlekeh Islam dan Melayu,” katanya.Kata Kamaruddin Kacha bekas Naib Canselor Unisel.-TheMalaysian Insider.

Siapa yang hina Melayu dan Islam kalau bukan Umno yang kononnya mengaku berjuang untuk Melayu dan Islam.Nak termuntah dengar!

Altantuya mati kena bom dan dibakar di Puncak Alam.Hingga kini siapa yang suruh dua koperal cabuk tu bunuh Altantuya hingga kini masih jadi misteri.Mungkin profesor yang tak ada hujah ni nak ikut jejak bapa kepada segala bapa yang bunuh Altantuya.Dalam Umno ni Namrud pun ada Firaun pun ada.

1 ulasan:

  1. Dah ulas banyak kali tentang mamat ini dan perkasam dalam blog lain.Ingat!Andai tersilap
    tindakan "Melayu sama Melayu akan bertempur".
    Dan bukan semua melayu di Malaysia ini yang begitu
    bodoh nak jadi ahli Perkasam!

    BalasPadam