Mat Sabu asak balik , dakwa umno di ambang tumbang-M'insider
PAS semakin hampir untuk mengisytiharkan pihaknya “juara” kempen
bersaing dengan Umno bagi mendapatkan undi orang Melayu kawasan luar
bandar ketika sambutan Aidilfitri, dengan Timbalan Presidennya Mohamad
Sabu yakin Umno bakal tumbang dalam waktu terdekat.
Meskipun berhadapan dengan siri kecaman dan kritikan berhubung
kenyataan mengenai tragedi Bukit Kepong, Mohamad menegaskan kepada The Malaysian Insider,
usaha mengedar bahan kempen Aidilfitri sudah cukup berjaya untuk
mendapatkan sokongan orang Melayu memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).
“Ceramah-ceramah kami di surau dan masjid cukup baik. Respons daripada rakyat sangat baik,” katanya.
Kedua-dua PR dan Barisan Nasional (BN) mengadakan kempen prapilihan
raya umum ketika Ramadan, masing-masing dengan agenda dan mesej untuk
memikat sokongan pengundi Melayu, khususnya mereka di luar kawasan
bandar.
Bagaimanapun pada Sabtu lalu, PAS — komponen PR, berhadapan dengan
serangan Utusan Malaysia kononnya Mohamad mempertikaikan pejuang
kemerdekaan dan mengagung-agungkan komunis, ketika negara menyambut
ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-54.
Mohamad telah menafikan ada menyebut nama komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.
The Malaysian Insider semalam membawa laporan, sama ada
tafsiran Mohamad mengenai tragedi Bukit Kepong tepat ataupun sebaliknya,
isu itu telah membuka ruang kepada BN untuk bertindak secara ofensif
ketika ia bertungkus-lumus memperbaiki imejnya yang terjejas ekoran
perhimpunan Bersih 2.0 dan isu kenaikan inflasi.
Meskipun ada peralihan sokongan orang Melayu kepada perikatan itu
sejak pilihan raya umum 2008, Umno melihat Mohamad, timbalan presiden
PAS yang dipilih Jun lalu, sebagai “pengasak” yang belum boleh
memecahkan asas kekuatan mereka di kalangan kaum majoriti itu.
Bagaimanapun kenyataan kontroversi pemimpin itu telah membolehkan
Umno menyemai benih keraguan di kalangan pengundi Melayu, yang masih
menganggap komunisme sebagai satu momokan, khususnya di kalangan
masyarakat luar bandar.
Meskipun begitu, Mohamad masih yakin dengan sokongan orang Melayu sambil menegaskan, Umno sudah mula rasa tertekan dan terdesak.
“Anda tengok, saya hanya seorang yang sangat, sangat kecil. Bukan
orang besar pun, tetapi mereka menyerang saya... lima hari lima malam.
Jadi, mereka sudah jelas terdesak,” kata beliau.
Katanya, ketika kempen sempena cuti Aidilfitri yang diusahakan oleh
PAS, pemimpin-pemimpin parti Islam itu menjelaskan mengenai tuntutan
pilihan raya yang dibawa oleh Bersih 2.0 termasuk isu pengundi pos.
“Isu-isu lain termasuklah rasuah, skandal cincin RM24 juta melibatkan
isteri perdana menteri... mereka belum lagi menjelaskan dengan betul,”
kata beliau.
Reaksi daripada orang ramai cukup menggembirakan kata Mohamad sambil menambah, PAS telah berjaya membawa mesej ke akar umbi.
“Apa pun, Umno akan tumbang dalam waktu terdekat. Anda akan lihat,” kata beliau dengan yakin.
Ketika sambutan Aidilfitri kali ini, ahli-ahli PAS telah menyiarkan
video berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai dan mengedarkan
kira-kira 200,000 DVD.
Kalau Umno tumbang bagaimana dengan Bik Mama? Apa akan jadi dengan Bik Mama?Ha Ha ..kain kafan boleh sponsor percuma untuk Umno.Rakyat M'sia yang otak cerdik, yang tertekan dengan kenaikan harga barang, yang benci dengan cincin Bik Mama yang bernilai jutaan ringgit sedang memikirkan, menunggu-nunggu saat kejatuhan Umno macam tunggu keputusan tengok anak bulan nak raya!
Bagaimana dengan Muhyiddin Yaasin yang bercita-cita nak jadi PM, nak rasa nikmat jadi PM kalau Umno tumbang?Adakah Umno sudah standbye wang untuk dimasukkan duit di bank-bank di Switzerland untuk masa depan jika Umno tumbang?Mana mau lari haa..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan