Isnin, 5 September 2011

Pesakit Hospital Sultanah Bahiyyah dapat kuih raya 'BN Menang Kedah Senang'

Salam semua..
Kita semua dalam 'mood' seronok merayakan hari raya aidilfitri ketika ini.Dalam kita berseronok jangan kita lupa kawan kita , sahabat kita yang sambut raya dalam suasana sedih dan pilu terutama yang jadi korban di jalanraya semasa musim perayaan ini.

Kelmarin , orang KL kata semalam la..saya pi la melawat sahabat saya yang juga satu perjuangan dengan saya dalam bab melawan Umno di Hospital Sultanah Bahiyyah di Alor Setar.Beliau dah tak dak keja lain dah.Keja beliau hanya keluar masuk hospital saja.Macam-macam penyakit beliau ada.Ketika saya melawat beliau tengah jalani rawatan mencuci buah pinggang.

Sambil jalani rawatan cuci buah pinggang tu beliau bercerita kepada saya.Katanya bini TPM Muhyiddin Yaasin ada buat lawatan ke hospital dan bagi kuih raya menjelang hari raya Aidilfitri .Saya kata kat kawan saya tu, "Hang dapat ka kuih bini TPM bagi?"Beliau jawab, "Aku pun dapat macam orang lain juga dan aku pun pada mulanya tak kenai pun kata yang bagi tu bini TPM.Dia (bini TPM) tu perkenalkan diri dia kata bini TPM."

Selepas habis jalani rawatan buah pinggang saya tolong bawa beliau ke bilik wad di tingkat 4 beliau tinggal.Sebelum balik saya dan sahabat yang lain ada bagi sikit sumbangan .Saya buka beg pakaian beliau untuk simpan wang yang diberikan dan terjumpa la kuih raya sumbangan bini TPM yang tertulis perkataan 'BN menang Kedah senang', lambang Umno dan 1Malaysia pada kotak kuih tersebut.Saya pun melawak la dengan kawan saya tu dengan berkata,"hang makan kuih ni la penyakit hang jadi lagi teruk!".Beliau  ketawa bila saya kata macam tu.

Saya pun berkata lagi dengan suara yang agak kuat saja la nak bagi pesakit lain di sebelah kawan saya tu dengar,"Awat Umno-BN yang perintah Kedah 50 tahun sebelum ni semua rakyat Kedah senang ka?.Takkan PR perintah Kedah baru 3 tahun semua rakyat Kedah semua jadi susah ka?Takkan makan kuih raya Umno ni rakyat Kedah boleh hidup senang lepas ni?". Semua pesakit yang ada dalam bilik tu hanya senyum saja bila saya kata lagu tu.

Tuan-tuan jangan kita jadi syirik dengan percaya agenda karut marut Umno yang kata 'BN menang Kedah senang'.Sia-sia amalan posa dan solat kita kalau kita percaya agenda karut Umno ini.Umno-Bn seperti yang kita tahu ketika ini jadi susah dan merana kerana tak dapat nak hidup senang di negeri-negeri PR perintah kerana tak dapat sapu projek yang berjuta ringgit.Sebab tu BN dok pulun nak tawan Selangor dan lain-lain negeri PR.Kedah negeri tak maju macam Selangor pun Umno nak ambik balik sebab Kedah yang di perintah PR ketika ini begitu lancar langsaikan hutang kerajaan persekutuan yang ditinggalkan Umno-BN dulu.Kalau Umno tawan Kedah semula depa akan buat hutang lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan